Sunday, May 31, 2009

Aku dan duniaku 32 ................... supporters



salam untuk semua...........

kali ni aku nak sambung pasal kisah aku tengok basketball. hari ni pun aku pergi lagi tengok perlawanan basketball. best tuuuu......!!! lagi fight la hari ini.......!! tapi aku control sikit la........tak la melompat macam semalam (tapi menjerit tu lebih dr semalam...........hehehe) esok pun aku akan pergi tengok lagi...........lagi best sebab dah masuk semi final. (kali ni aku dapat tengok semua perlawanan sebab rumah aku dekat je dengan tempat pertandingan..........so dah cuti sekolah ni, ada la masa nak tengok pun............kat rumah pun bukan buat ape). nak bagi support kat team redwings.

aku dulu kaki sukan jugak. sebab tu la aku minat dengan ape je jenis sukan. (berenang je aku tak buat sebab tak tau berenang..........tapi aku minat jugak.........hehehe) yang tak main pun aku minat. kat sekolah dulu aku main basketball, netball, hoki dan olahraga. masuk maktab aku tambah softball, kat universiti aku tambah tenis. itu yang main, yang tengok, semua aku tengok. sumo pun aku pergi tengok (bila dapt tiket free la...........nak beli tak mampu ooiiiiiiii...!!!!!...... boleh beli handphone sebijik harga tiket dia.....!!!!) kat jepun dulu aku paling suka tengok baseball. sport ni memang famous kat sana. aku duduk kat sana terpengaruh jugak la. punya la minat sampai tahan beratur 2 jam beli tiket untuk tgk baseball terutama bila game giants main. dapat masuk tokyo dome tu punya la puas. banyak kali jugak aku dengan member tengok sampai tertinggal densya la nak balik ...........(itu semua kenangan manis..........'natsukashii naaa......). sekarang pun aku ikut jugak perkembangan baseball jepun khasnya pasukan giants.....(aku memang minat sungguh kat team ni sebab pemain dia ada macam2 kerektar..........tapi tak la sampai 'diehard fan'.........) tapi aku suka tengok supporters team baseball kat jepun ni. memang setia la...memang 'diehard fan'. bila menang gembira dan bersorak giler. tapi yang aku puji, bila kalah dia orang bukan kutuk atau booo team dia malah bersorak bagi semangat lagi.........'tak pe, lain kali kita menang' adalah prinsip yang mereka pegang. mereka selalu memandang ke depan. sebab tu la jepun maju dalam semua aspek. bagi team ni supporters amat penting. tak de supporters tak wujud la team mereka.



Supporter atau penyokong ni perlu untuk menyuntik semangat kepada pemain. tetapi biar la jadi penyokong yang bersama2 samada menang atau kalah. ni ada yang sokong bila menang je. puji melambung, bangga giler. mengaku penyokong setia. tapi bila kalah, kutuk menjela2. boikot tak nak sokong. (penyokong setia kepala hotak dia...........opps!! sori, kasar sikit....) ye la..!!sapa tak sakit hati. (nak ikutkan tak luak apa pun kalau dia tak sokong...........) penyokong setia ni dia jatuh dan bangun bersama pasukan dia. sama2 gembira dan bersedih (......ala........macam orang bercinta tuuuu..........) so, kalau tak mampu buat camtu, jangan mengaku penyokng setia k..........!

berbalik pada basketball yang aku tengok tadi, memang peranan penyokong tu penting. satu, untuk menyuntik semangat kat pemain. dua, memeriahkan suasana perlawanan (.........tak syok la kalau main basketball senyap je macam main chess..........) tiga, gangguan psikologi kepada team lawan. penyokong bising dan bersorak, team kita bersemangat, team lawan gabra. tapi nak jadi penyokong ni pun ada syarat2 dia (syarat yang aku buat la...........) satu, jaga perkataan yang keluar masa bersorak dan menjerit tu. perkataan2 macam @$#%!$ tak boleh sebut. dua, jaga tingkah laku masa menjerit dan bersorak. jangan ekstrem sangat, nanti diri sendiri yang sakit (pemain tak cedera, penyokong pulak kena usung ke ambulan........hehehe) tiga, jangan booo team lawan. (.........ni bukan etika perlawanan) dan empat, jangan jadi extra coach tepi padang. ini akan ganggu tumpuan pemain.....(biar coach je yang arahkan pemain.......). so, kalau tak mampu ikut syarat ni, jangan jadi penyokong...........pergi tengok jauh2.

tapi aku tengok masa lawan basketball tadi, penyokong dua2 team memang bagus. dua2 pihak tunjukkan semangat kesukanan yang tinggi (sebab budak sekolah kut........ baik lagi...lgpun cikgu ramai kat keliling.........). seronok betul aku tengok.

yosh...!!! esok aku pergi tengok lagi. jadi supporter kat tepi padang..................!!! go redwings!!


Saturday, May 30, 2009

Aku dan duniaku 31............... semangat juang...

salam untuk semua...............

aku seronok betul ari ni. walaupun penat tapi dapat buat sesuatu yang dah lama aku tak buat.........menjerit..!! hehehe.........'natsukashii naaa......' sejak semalam aku berpeluang untuk menyaksikan perlawanan bola keranjang yang pada aku cukup menarik. walaupun perlawanan di antara para pelajar, namun semangat juang yang ditunjukkan oleh setiap pemain, cukup mengujakan. (macam tengok NBL kat ESPN tu............betul...!!! .....lagi thrill......!!) aku yang ada kat tepi padang tu pun terkinja2 melompat dan menjerit...........(lupa sekejap diri dan tua............hehehe) aku dulu pun basket baller jugak. sebab tu aku seronok giler tengok perlawanan tu. lupa sekejap tugas sebagai reporter PSS SDAR (....yg tak bertauliah....)

aku kagum betul la kat pemain2 basket ball SDAR. main punya la 'cantik'. hantar dan terima bola punya la 'sharp'(bola macam melekat kat tangan tuuuu........) lari punya la laju, shooting punya la tepat, brek kaki punya la 'makan' (.....kasut baru la katakan....hehehe) ............memang perfect la !!!....

aku suka tengok nazrin umar (posto) berlari........punya la laju. pastu dia brek........krrrriiiiittttt!!!! berbunyi kasut dia dan shoot......masuk!!! (kecik2 tapi 'berbisa'...........). aku suka tengok ghazali, dengan tangan diangkat tinggi, bola yang diterima terus melekat dan seolah mencecahkan tangan ke jaring dia memasukkan bola...........masuk!!!! (caya la ghazali.........). aku suka tengok diyyaz, bola rebound kalau dia dapat mesti dia dapat shoot ...........masuk!!! (top scorer aku rasa............). aku suka tengok arif, bila rebut bola mesti dia yang dapat dan dia shoot.........masuk!!!!(aku suka tengok dia baling bola tapi takut bila dia baling cakera.........sampai bila2 sensei akan ingat kamu arif). aku suka tengok razzan, bila terima hantaran bola jauh dia sure boleh tangkap, bawak dan shoot..............masuk!!!!.......... aku suka tengok hanif, bila dia shoot dari three pointer line, sure ........masuk!!! (keep it up hanif....!!!) aku suka tengok hambali, bintang baru yang masih takut2 dengan bola......(don't worry hambali, you'll be a star someday...........)aku suka tengok sir nordin kat tepi padang, bila players dpt shoot dia cool je.......... ( tapi dalam hati bersorak tu...........) aku suka tengok pemain2 lain kat tepi gelanggang bersemangat bagi sorakan bila bola ...............masuk!!! (walaupun tak berpeluang beraksi)................. dan aku suka tengok perlawanan basketball kat tepi gelanggang sebab ia mengimbau kembali zaman persekolahan dulu.......aku sebagai pemain bola keranjang....... (time camni la aku kadang2 rasa kalau lah aku kat sekolah perempuan sure aku join sama main...........eeeeee geramnya ...........)

lagi satu aku tabik kat pemain SDAR sebab semangat kesukanan dia orang cukup tinggi. aku tengok bila pemain pasukan lawan tercedera atau terjatuh, pemain SDAR mesti cepat datang tolong......... (posto....sensei tabik kat kamu.........). bila buat kesalahan atau kekasaran, pemain SDAR mesti cepat menjabat tangan lawan dan mintak maaf.........

aku kagum dengan semangat juang pemain SDAR. jatuh terguling ditolak lawan, masih mampu bangun untuk mengejar bola. merah muka terkena bola, masih mampu tersenyum meneruskan permainan walaupun sakit...... (kan iqmal???.......) tergolek beberapa kali dilanggar lawan, masih sempat berdiri untuk menghadang bola....... (tak sakit ke arif??....... kesian sensei tengok kamu......) walau pun menang perlawanan, masih menunduk diri mengucapkan 'thank you sir' kepada pasukan lawan...........

tahniah REDWINGS!!! kalian memenangi perlawanan dan memenangi hati semua.............



Friday, May 29, 2009

Aku dan duniaku 30.................menghargai dan dihargai....

salam untuk semua............

apa rasa guests agaknya kalau bantuan yang diberi tidak dihargai, jika pertolongan yang dihulur tidak dihargai, jika nasihat yang diberi tidak diendahkan...??? sedangkan niat untuk membantu itu ikhlas??? mungkin ada yang kata "tak pe la, yang penting kita dah tolong......". mungkin ada yang fikir "aku tolong ni ikhlas, bukan minta balasan," kalau beginilah jawapannya, alhamdulillah......... tapi adakah semua orang boleh pikir camni??? (kalau aku la.........mintak maaf la........cukup la sekali aku tolong kot........buat ape susah2 nak tolong orng yg tak tau nak menghargai kita..........???)

bukan susah nak tunjukkan kita hargai pertolongan orang lain. yang paling simple, ucapan 'terima kasih'. mulut yang murah dengan ungkapan terima kasih, menggambarkan sifat insan yang suka merendah diri. tak luaknya kita lafazkan terima kasih tu berkali2 atas pertolongan yang kita terima.........insyaALLAH, kita akan ditolong lagi kalau memerlukan.

ada orang buat macam2 untuk tunjukkan penghargaan. ada yang bagi hadiah, ada yang belanja makan, ada yang bagi kad dan macam2 lagi la.............. tapi walau camne pun bentuk penghargaan itu bagi aku biar la ia ikhlas dari hati..........

bagi pihak yang memberikan bantuan, aku selalu dengar diaorang cakap, "aku tolong ikhlas. hari ni hari kau, esok kena hari aku pulak, kau tolong la.........." tanpa mengharapkan balasan kebendaan. biasa jugak aku dengar, "ala....benda kecik je......aku boleh tolong..............". mungkin pada dia kecik tapi bagi orang yang ditolong tu mungkin satu rahmat. dan mungkin juga bagi dia benda kecik tu tak perlukan penghargaan, tapi bagi yang ditolong setidak2 nya 'terima kasih' perlu la diucapkan. (sebelum dapat bukan main sakan mintak tolong, tapi bila dah ada yang sanggup nak tolong, buat selamba je lepas tu............... tak malu ke??!!)

dan aku paling sakit ati kalau dengar, "ala....memang dia patut tolong pun. kerja dia. dia tau kan. aku tak tau." dengan muka selamba (kalau pun kerja dia, tak boleh ke nak hargai dan ucap terima kasih????.........susah sangat ke??? ..........dah la awak tu tak tau nak buat, orang dah buatkan selamba dek je............)

mana hilangnya rasa menghargai dan ingin dihargai...................???? renungkan la..........

Thursday, May 28, 2009

Aku dan duniaku 29 .................... 'natsukashii naaa.......'

salam untuk semua...........

baru kejap tadi aku berkemas rumah la sikit............(orang kemas rumah hujung minggu, dia kemas rumah tak menentu..............tu dah tak de kerja sangat la tu.........hehehe). kemas punya kemas terjumpa la beberapa buku yang aku beli kat jepun dulu. seronok juga.........dapat la aku 'brush up' balik bahasa jepun aku yang dan 'karat' ni............. tengok balik buku2 tu, '懐かしいなあ' natsukashii na......(hmm... susah la nak translate maksud ni tapi maksudnya 'rindu atau mengingati pada kenangan lama'........). teringat balik camne aku naik 'densya', keretapi elektrik.......(ala...macam komuter tu la......) dari univesiti ke kinokuniya di shibuya........(wei...jauh tau aku nak pergi kedai buku ni.........naik 'densya' lebih kurang 1 setengah jam baru sampai.............ye la aku punye univ tu kat kampung sikit........) aku suka ke kinokuniya sebab sume buku ada kat situ. buku dari sume negara ada. dari malaysia pun ada jual. bangga aku tengok buku bahasa melayu jual kat jepun...........(rasanye student malaysia kat sana je kot yang beli buku2 tu................nak lepaskan rindu.....) tapi mak ai!!! harga dia jangan la tanya. 5, 6 kali ganda kat sini..........pikir 2, 3 kali gak kalau nak beli....

lagi satu aku suka ke kinokuniya sebab kat sana jugak ada kedai muzik yang besar..........(tak salah aku HMV ...) kat sana ada jual sume album lagu dari semua negara. aku ingat lagi waktu aku kat sana, ada jugak la aku beli 2, 3 cd penyanyi malaysia. tak salah aku masa tu sheila majid famous kat sana. siti norhaliza pun baru nak naik.......... aku beli cd sheila majid..........mahal pun mahal la. sebab rindu nak dengar lagu melayu......(kalau kat sini boleh beli 3 cd dengan harga tu................)

bila dah balik malaysia ni pun aku selalu jugak ke kinokuniya kat klcc tu. tapi kali ni cari buku jepun pulak. tu je satu tempat yang ada jual buku2 dan majalah jepun. .........bab harga tu........aku tutup mata je.... nak buat camne.....aku tak nak bahasa jepun aku 'hilang' ( ...bukan senang belajar jepun tau............kalau tak kuat semangat, sure surrender la........... alhamdulillah........aku telah diberikan kekuatan oleh ALLAH untuk berjaya mengharungi semua itu..........kini aku bersyukur aku punya sedikit kelebihan berbahasa dan dapat aku kongsi bersama mereka yang berminat..................) sebab tu bila sesekali ke kinokuniya klcc terutama ke section bahasa jepun aku akan rasa .............natsukashii naaa.............sebab dikelilingi oleh buku2 dan majalah jepun.......(tengok pun jadi la walaupun tak beli................)

bila la aku nak dapat peluang ke jepun lagi..........???? (rindu kat 'four seasons')

日本.......本当に懐かしいなあああ.........

Wednesday, May 27, 2009

Aku dan duniaku 28 ............rindu....

salam untuk semua..........

'rindu'. ungkapan yang seringnya meruntun jiwa, ungkapan yang mengingatkan pada insan tersayang.......(biasanya la......) ungkapan yang mengimbau kenangan lalu. ungkapan yang akan buat orang tersipu2.............. namun adakah ungkapan 'rindu' itu dari hati yang memang rindu atau hanya dari mulut untuk menyedapkan hati?? (...sendiri pikir k......)

kalau di jepun, ungkapan rindu adalah 'ai tai' (逢いたい)lafaz 'ai tai' ini kalau diucapkan akan meruntun perasaan. biasanya ungkapan ini adalah untuk yang tersayang. tetapi sering juga digunakan untuk orang yang lama tidak bertemu (dengan kanji yang berlainan =会いたい tetapi sebutan sama) masyarakat Jepun mempunyai deskripsi yang pelbagai untuk ungkapan rindu ini. ia di bezakan dengan penggunaan kanji yang berbeza. walaupun sebutannya sama tetapi kanji nya adalah berbeza. maksud dan penghayatannya juga berbeza.

tetapi bagi kita ungkapan 'rindu' telah terlalu biasa gunakan. kadang2 kita ragukan kebenarannya. bila orang cakap "aku rindu la kat kau". jawapan kita "ye la tu......." jelas maksudnya seolah tidak percaya. mungkin cara ungkapan itu dilafazkan. atau mungkin kawan2 yang kita tau suka mengusik (kawan kepala otak tak betul............hari2 cakap rindu, rindu...........sapa nak percaya.............). tapi bagi aku, usik2 camne pun, bila terkeluar perkataan 'rindu' tu, tak dapat tidak mesti ada sikit la rasa rindu tu sebenarnya..............betul tak??? kalau tak, tak kan la terucapkan.....kan.....kan???

tapi bagi aku kalau lah ada orang cakap rindu kat aku, aku suka plus terharu la sikit. sebabnya.............itu tanda ada orang yang masih ingat kat kita. bila tetiba je dapat sms " rindu la nak jumpa mcm dulu2", "rindu la nak dengar gelak kau tu", "rindu la nak rasa masakan kau", "rindu la kat sekolah"...................... aku cukup seronok. kadang2 tu cuba mengimbau balik kenangan yang dirindukan itu. ungkapan 'rindu' ini memberikan impak yang besar. tapi jangan terlebih2 rindu tau.............. (takut mabuk kepayang...............ni dah kes lain pulak..........aku, no komen..........hehehe)

* aku rindukan sakura, momiji, salji dan PENCIPTAnya

Tuesday, May 26, 2009

Aku dan duniaku 27 ...........menegur dan berterus-terang??

salam untuk semua.............

aku cukup tabik kalau orang berani menegur dan berterus-terang ni. ada yang kata kalau menegur dan berterus-terang akan renggangkan persahabatan. ada yang kata akan sakitkan hati orang. ada yang kata akan keruhkan keadaan. ada yang kata akan menggugat keharmonian. tapi.........aku heran kenapa orang fikir kesan yang negatif je? kenapa tak fikir kesan yang positif kalau kita menegur atau berterus terang???

pada aku la kan, orang yang berani menegur dan berterus-terang adalah orang yang ikhlas, orang yang prihatin, orang yang inginkan perubahan, orang yang mudah menerima dan memaafkan. kan semua sifat yang baik tu kan...??? orang yang berterus-terang mampu merubah diri dan keadaan dari tidak baik kepada baik, mampu menyedarkan orang lain, mampu menjernihkan kembali keadaan, mampu menimbulkan rasa hormat kepada orang lain, mampu membuka hati untuk menilai diri sendiri, mampu menjadi orang yang dipercayai, mampu menjadi contoh yang baik dan banyak lagi la...............

aku rasa la, tak ramai orang yang berani menegur dan berterus-terang, tambahan la pulak kalau akan menyakitkan hati orang. tapi kadang2 tu kita perlu tegur atau berterus-terang untuk menyedarkan orang tu. kata la, ada kawan tu selalu mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain. so, kita tegur la sikap dia tu. kita terus terang cakap yang dia kena la berubah.
tapi ramai di antara kita, demi jaga hati kawan tak sanggup untuk menegur. tengok je. lagi teruk pulak, bercakap kat belakang. buat tambah dosa je. kalau tegur kan dapat pahala....

sanggup ke kita tengok kawan buat benda yang tak sedap mata memandang hanya kerana kita tak nak renggang persahabatan? Islam pun suruh kita tegur menegur dan memperingatkan terhadap perkara yang tak baik. sanggup ke kita buat kerja dengan sakit hati, hanya kerana kita takut nak menegur boss kita? ( tang ni aku no komen..........sebab aku rasa tak de sapa yang berani tegur boss kan??...........tak pasal2 kenal tukar kerja nanti.........tapi sebenarnya kadang2 kita perlu jugak kan...bukan tegur la tapi bagi idea..............strategi kena betul la..........hehehe)
sanggup ke kita tengok kawan kita diperbodoh2 dan diperkulikan, hanya kerana memang sifat dia yang baik dan angguk2 je bila disuruh buat kerja?? fikirkan la.............

tapi macam aku cakap tadi, aku tabik kat orang yang berani menegur dan berterus-terang ni. sebab bagi aku mereka ni adalah orang yang boleh menerima risiko untuk disisihkan dalam kumpulan walaupun berbuat perkara yang terpuji. tapi apapun, semuanya berbalik pada niat. kalau niat menegur dan berterus terang itu baik dan ke arah perubahan yang positif, insyaALLAH ada ganjarannya dikurniakan ALLAH nanti.

dan aku sendiri..........????

Aku dan duniaku 26 ..........the magic of numbers!!!

salam untuk semua............

aku nak kongsi ni dengan guests. aku jumpa dalam satu buku yang aku baca.


1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 + 10 = 1111111111
1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321


...........menarik kan ??

Aku dan duniaku 25 .............. mengambil kesempatan......

salam untuk semua.............

manusia ni diberikan oleh ALLAH akal untuk berfikir. berfikir macammana nak buat kerja, macammana nak hidup, macammana nak mengatasi masalah, macammana nak jadi kaya, macammana nak simpan duit dan macam2 macammana lagi la...............

tapi yang aku tngok la apa yang manusia pandai sekali nak buat ialah 'mengambil kesempatan'.........yg ni tak payah ajar pun semua orang pandai. dari kecik lagi dah pandai ambik kesempatan......... kalau ikut mak pegi kedai tu mesti nak ikut sebab nak beli coklat........(bukan mak tak belikan kalau tak ikut, tapi kalau ikut boleh pilih sendiri yang sedap dan yang mahal.........hehehe..........ni pengalaman). kalau ikut ayah pergi isi minyak mesti nak ikut sebab boleh singgah kedai kat stesen tu beli chikedees............ kalau ikut member pergi shopping tu boleh ikut, tumpang kereta dia.............. jimat la minyak kereta sendiri. semua ni 'mengambil kesempatan' la ni.

kalau tengok yang 'mengambil kesempatan' dan 'diambil kesempatan' ni biasanya orang yang rapat antara satu sama lain. bila rapat, kadang2 kita tak perasan kita 'mengambil kesempatan' atau 'diambil kesempatan'. kadang2 tu dalam berbual santai pun 'mengena' dan 'terkena' jugak.
"aku nak kuar pegi bayar bil la petang ni,"
"ye ke? bayar kan untuk aku sekali. dah alang2 kau kuar tu"
tanpa kita sedar kesempatan diambil di sini.
"alamak! tak bawak duit la. pinjam boleh? nanti aku bayar balik"
"ala........aku belanja la. tak pe. nanti kau belanja aku pulak"
ini juga satu caranya. (tak perasan kan.........?)

mungkin ada yang kata, "aku mintak tolong la. dah kebetulan dia nak pegi situ, aku kirim la". maksudnya cuma mintak tolong, bukan mengambil kesempatan. memang betul la, tapi cara kita bercakap tu yang akan membezakannya. tapi terpulang la bagaimana kita nak melihat maksud yang tersirat dalam cara kita mintak tolng tu. lain orang, lain fikiran dia.

satu lagi, orang yang selalu kena 'diambil kesempatan' ni biasanya orang yang baik, suka menolong dan tak suka membantah. orang camni dia tak nak kecoh2. mana yang dia boleh buat, dia buat. tapi yang sakitnya, orang camni la yang selalunya diberi kerja yang banyak.................(sebab dia jenis terima dan angguk je...........tak banyak cakap..........malas nak bising2). kadang2 tu kesian gak tengok.......... (tapi kalau dan selalu kena, 'mengamuk' juga ............)

aku rasa semua orang pernah 'mengambil kesempatan' dan 'diambil kesempatan'. cuma tak perasan je.........betul tak??!! yang tua ambik kesempatan drp yang muda, yang pandai ambik kesempatan drp yang tak pandai.....(ke sebaliknya....??), yang kecik ambik kesempatan drp yg besar, yang atas ambik kesempatan drp yang bawah......dan banyak lagi la............
ada pulak statement tu "nak hidup kena la pandai ambik kesempatan"...........bukan tak setuju dengan tu, tapi biar la untuk perkara yang baik. macam orang bodoh (...sori kasar sikit...) ambik la kesempatan belajar drp orang yang pandai, kalau tak tau ambik la kesempatan bertanya drp orang yang tau. yang penting niat kita tu betul. kalau niat kita betul tak ambil kesempatan pun orang akan bagi kesempatan.................

tapi ada juga orang yang melampau2 pulak nak ambik kesempatan. orang dah tolong sekali dua, nak mintak tolong tiap2 kali pulak. mana la orang nak larat. walaupun mintak tolong, tapi kalau dah selalu sangat...........(macam la tak de orang lain nak mintak tolong............) orang pun naik malas la........ dah tu bising pulak kata orang tak nak tolong dia. banyak kali yang dah tolong tu dia tak nampak, tiba yang sekali tak dapat tolong tu dia bising pulak............(.....banyak cantik dia!!!!) ni orang yang tak tau nak berterima kasih.............(kalau aku la, sahih aku tak tolong dah sampai bila2.............. bukan la kejam, tapi nak ajar sikit biar dia paham...........tak boleh ke???!!)

kesimpulannya, kalau nak mintak tolong kat orang tu biar la dengan bahasa dan cara yang betul. bila orang dah tolong, jangan la berat nak ucapkan terima kasih. yang penting niat. niat yang menentukan samada pahala atau dosa yang kita terima bila kita buat sesuatu.

cuba la fikirkan..........................

Monday, May 25, 2009

Aku dan duniaku 24 .................orang 'lama' masih berbisa....

salam untuk semua...............

hehehe.............jangan salah paham bila tengok tajuk tu tau. aku cuma nak citer pasal orang 'lama ni macam aku ni ..........ehem........ orang yang 'lebih dulu makan garam'...............(sebab tu ramai orang lama kena darah tinggi........tapi aku belum lagi tau!!.....maintain lagi gitu!!!..... jaga makan beb!!!.........hahaha............jangan marah....) orang yang banyak pengalaman. orang yang banyak ilmu.

aku tengok la kan, kat mana2 pun tempat kerja bilangan orang 'lama' lagi ramai drp muka2 baru. ini mungkin untuk memastikan kualiti kerja sentiasa di tahap yang tinggi. pengalaman dan pengetahuan yang telah banyak oleh orang 'lama' ni tidak dinafikan menjadi asas kepada perjalanan dan kejayaan sesuatu organisasi tu. datang la ramai mana pun muka baru, suara, idea dan teguran orang 'lama' ni masih 'berbisa'. cakap masih berapi2 walaupun sebenarnya dah semput, jantung dan laju je dan belakang dah lencun dek peluh...............(aku dah rasa ni......tapi yang penting gaya dan stail tu maintain je.................hehehe). masih dapat buat orang khusyuk dengar walaupun membebel marah2.........

namun begitu, kita tidak boleh menafikan peranan orang 'baru' ni. mereka adalah tenaga segar dan kuat untuk meneruskan kejayaan sesuatu organisasi ini. jangan lah menganggap mereka ini mentah, tak tahu buat keja. bagi lah mereka peluang untuk membuktikan mereka juga bolah melakukan kerja yang diberikan. mungkin awalnya masih terkial2 tapi peranan orang 'lama' ni la untuk menurunkan ilmu. yang baru tu pulak jangan la menyombong. tunjuk awak tu semua tahu. hormatlah kat 'kakak2' dan 'abang2' yang lebih berpengalaman tu. tak luaknya mintak tolong macam pantun dulu tu, "saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan". kalau pun tahu, jangan la tunjukkan awak tu pandai. tak luaknya ilmu tu kalau merendah diri. malah lebih baik lagi 'seperti resmi padi, makin tunduk makin berisi'.

orang 'lama' ni macam kelapa tau......makin tua makin banyak santannya, makin banyak gunanya. macam tapai.......... makin lama disimpan, makin manis. macam ASB.......... makin lama disimpan makin bertambah dividennya.

so, respect sikit kat orang 'lama' tau................

Aku dan duniaku 23 ...............sarang tebuan jangan dijolok...!!!!!

salam untuk semua...........

betul la kata orang kan, kalau ada benda yang kita tak puashati, terus luahkan. jangan simpan lama2 sebab lagi lama dipendam, lagi sakit jiwa, lagi sakit hati. so, bila dah 'meletup' sampai tak sedar diri. cakap pun berubah, nada suara pun berubah, bahasa pun berubah, airmuka pun berubah, 'body language' pun berubah............semua2 nye berubah la......

orang yang kita pikir "alah, dia tu bukan kisah pun apa nak jadi........dia duduk dalam dunia dia sendiri je...", bila tetiba 'meletup', semua terkena 'lahar'nya. dia bukan kira kau akak ke, abang ke, member ke, boss ke..........semua dia langgar sekali. itulah bahana nya kalau simpan lama2 sangat apa yang menyakitkan hati tu.

kadang2 tu bukan nak simpan pun......(ada tu yang tak de kena mengena pun................nak simpan buat apa kan......???) tapi sebab rasa bila tengok sakiiiiit je ati ni........!!! bila dengar geraaaammmmmm je jiwa ni !!!!!....... tu yang tak boleh nak buang can tu je. tapi kalau cakap, orang kata kita menyibuk kerja orang, kalau tak cakap ..............ni la jadinye..........

tapi bila dah bagi peluang, dah bagi 'kebenaran rasmi' untuk bercakap............kena pulak ada kena mengena dengan apa yang dah disimpan lama..................hah...!!! 'letusan' nya tak boleh di'control' dah!!!..............membuak2 keluarnya. tak boleh 'control' bahasa dah. dengan tangan2 pun naik.............orang bertanding pidato pun kalah agaknya. andrelin pun 'high speed' dia naik.(agaknya waktu tu kalau ada yang menyampuk, sure dah kena kaw2 punya la kan............hehehe...) tu yang macam sang tebuan tu........ kata dia " kau nampak rumah aku, tengok je. jangan kacau. aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku. tapi kalau kau jolok rumah aku, aku kerjakan kau sampai ke lubang cacing "................... tu yang berdengung bila dia serang tu..............

macam tu jugak la kita manusia. kalau kita hidup ikut peraturan, tak buat yang tak betul, tak kacau orang, tak sakit kan hati orang, tak buat orang geram, tak de nye orang nak bising. tak de nye orang nak kacau. tapi bila buat tak betul, jangan kan tebuan, buaya pun akan serang tau...............hahaha......

tapi aku rasa la kan, bila dah dapat luahkan apa yang disimpan selama ni, dada pun jadi lapang, fikiran pun jadi tenang, senyum dan ketawa pun tak la dibuat2. tak payah nak pikir tentang tu lagi dah. kata orang 'bukak buku baru'. betul tak....????

renung la diri, tanya la hati................

Sunday, May 24, 2009

Aku dan duniaku 22 ..........mengapa bila ada yang prihatin....????

salam untuk semua............
"tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima". apabila ada yang sudi memberi, pasti ada yang sedia menerima......tak kira la dalam bentuk camne pun. tapi realiti nya dalam dunia sekarang, bila ada yang ikhlas untuk memberi, ada pula yang mengatakan "ada udang di sebalik batu". bukan untuk bersyukur, tapi meragui keikhlasan orang yang memberi tu. sampai kadang2 terpaksa cakap "aku ikhlas ini, ambik la...." (cakap camni, lagi la orang ingat ada pape kan.........tapi kalau tak cakap, orang tak caya pulak............aduh!!!! cakap salah, tak cakap pun salah!...)
mengapa manusia sekarang telah hilang keyakinan untuk mengakui sesuatu yang benar?
mengapa manusia sekarang masih meragui keikhlasan yang ingin diberikan?
mengapa manusia sekarang perlu mempersoalkan keprihatinan seseorang?
mengapa manusia sekarang perlu bertanya "mengapa" untuk semua perlakuan?
mengapa manusia sekarang tak macam dulu,
murah sangat dengan "betul ke?? alhamdulillah"?
mengapa manusia sekarang tak macam dulu,
merendah diri "susah2 je. terima kasih la"?
mengapa manusia sekarang tak macam dulu,
mengambil tahu "ada yang boleh saya bantu ke?"?
mengapa manusia sekarang tak macam dulu,
melihat semua tanpa bertanya "mengapa?"?
mengapa..............
kalau dulu,
hutang emas boleh dibayar
hutang budi dibawa mati
tapi sekarang
hutang aku kalau tak bayar (tak kira la emas ke, budi ke...)
aku cari sampai mati
kalau dulu,
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan
tapi sekarang
saya dah pandai, tak payah ajar
cikgu kalau tak tau saya boleh tunjukkan...............???
kalau dulu,
kalau ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi
tapi sekarang
lain kali kalau nak datang
sms jangan la lupa bagi...............???
kalau dulu,
terima kasih daun keladi
kalau sudi datang lah lagi
tapi sekarang
terima kasih datang lah lagi
lain kali biar lah 'berisi'(dalam hati........) ...........???
mengapa bila ada yang prihatin, ada yang tak ambil peduli..........????
fikir2 kan lah.......................

Aku dan duniaku 21..........bila diri tak diterima.....

salam untuk semua.......
mula2 aku nak minta maaf la kalau apa yang aku nak cakap ni kena kat sesiapa. bukan apa......sebab aku rasa memang semua manusia akan merasa pengalaman ini (sama ada sudah...., sedang........ dan akan merasainya.......)
manusia ni perlu kan manusia lain untuk hidup. tak de manusia yang boleh hidup sndiri........(dulu adalah...........alah...kisah sorang tentera jepun yang hidup seorang dalam hutan kat......alamak! aku lupa pulak kat mana........yang dah hidup berpuluh tahun tanpa sedar perang dan berakhir tu la.............) tapi apa la rasa agaknya kan kalau hidup dalam organisasi/komuniti pun macam hidup sorang jugak...????? kita ada pun orang buat kita macam tak de je. kita cakap pun orang buat tak dengar je. kita tak de pun orang tak kisah kehilangan kita. kita mintak tolong pun orang buat muka toye je........apa rasa kita????
tentu kita akan tanya "apa hal diaorang ni buat tak paham je aku cakap?" "apa hal diaorang ni macam tak nampak aku je?" "apahal diaorang ni tak de hati perut ke nak tolong aku?"........dan macam2 lagi kita musykil apa masalah orang lain.
tapi pernah tak kita tanya "kenapa bila aku cakap je orang buat tak tau je?" "kenapa bila aku datang sorang2 mula beredar?" "kenapa bila aku tak de orang tak tanya pun aku ke mana?" "kenapa bila aku mintak tolong orang buat tak tau je?"................pernah tak kita musykil "kenapa aku................."
pada aku la, kalau keadaan camni, tengok dan cari dulu 'kenapa.....' dalam diri sendiri. cari dulu apa salah dan silap kita sampai orang buat camtu kat kita. cari dulu kekurangan dalam diri......(yang ni kadang2 kita tak nampak tapi orang lain nampak............) sebab nya mungkin perkara itu berlaku kerana diri kita sendiri......(biasanya camtu la......cuma kita tak perasan atau tak nak perasan...........ni sikap orang sombong........)
bila dah sedar kesilapan sendiri nak buat apa pulak??? (aku sakit hati betul bila dengar ada member yang cakap camni............) hello!!!! dan sedar buat salah, mintak maaf la!!!............perkara asas kan! tak kan itu pun nak ajar!.........sombong dan ego yang terlampau ni tak bawak diri ke mana la...............!!! aku rasa tak luak nya kalau sekadar nak mintak maaf kan...??
dan satu lagi kadang2 kita kena dengar dulu apa yang tak betul kat kita yang orang nampak ...... (biasanya kawan yang berani menegur ini la, kawan yang ikhlas, kawan yang sejati.............) ni kadang2 tu tak habis lagi kawan cakap dah menyampuk, melenting ............. dengar dulu, tapis dengan berfikir (betul ke aku camtu? betul ke aku camni?.........) kalau betul kita terima dan akui dan kalau tak betul kita terangkan dengan lembut.........baru la komunikasi itu berlaku. tak jadi la perang mulut, tak jadi la masam2 muka. tak jadi la hilang kawan. tapi kalau dah memang sombong dan ego, orang je salah, dia tak salah. kawan yang ada pun akan hilang................percaya la...!!
macam mana nak hidup dalam masyarakat kalau bangga sangat dengan sikap sombong dan ego melampau tu?? macam mana nak hidup dalam masyarakat kalau kehadiran tak dirasa dan kehilangan tak dicari?? macam mana nak hidup dalam masyarakat kalau diri tak diterima.....???
tepuk dada tanya la diri..........

Friday, May 22, 2009

Aku dan duniaku 20 .............warna.....

salam untuk semua......

kali ni aku nak citer sikit la pasal warna. (sebab aku dah baca satu buku ni......tentang warna.....menarik utk aku kongsi dengan guests.......) warna menceriakan suasana. warna mengindahkan pemandangan, warna mendamaikan hati, warna mententeramkan jiwa.
setiap warna membawa maksud tersirat dan menggambarkan peribadi seseorang. bagi yang meminati warna (semua orang suka warnakan..........apa benda yang tak de warna kan.........warna memperkenalkan sesuatu........) tertentu, ada banyak tafsiran boleh dilakukan.

bagi yang meminat warna merah, anda adalah seorang yang
  • sukakan kebebasan dan cabaran
  • sentiasa inginkan pembaharuan dalam pemikiran dan persekitaran
  • mudah simpati (ratu/raja air mata.......hehehe)
  • degil
  • keras hati
  • optimis
  • berani dan lantang menyuarakan pendapat

peminat warna jingga pula, adalah seorang yang

  • bagus dan cekap dalam menjalankan tugas
  • sukakan sesuatu yang baru
  • sentiasa ceria dan bertenaga
  • kreatif
  • beremosi (ni pun ratu/raja air mata jugak......)
  • kurang berkeyakinan
  • sukar terima tekanan

bagi yang meminati warna kuning adalah seorang yang

  • berfikiran terbuka
  • ceria
  • daya imaginasi yang baik
  • bertanggungjawab terhadap diri dan orang lain (ni nak buat kawan bagus....)
  • sensetif dan penyayang
  • sentiasa berhati2

mereka yang menyukai hijau adalah seorang yang

  • pentingkan kesejahteraan dan harmoni
  • bijak dalam menjaga perhubungan dengan kawan
  • perlukan sokongan daripada orang yang memahami (yang rapat la ni....)
  • pentingkan keluarga

bagi yang meminati biru adalah seorang yang

  • pentingkan perhubungan dan ikatan yang mesra (dengan orang tersayang la ni......)
  • ingin disayang dan menyayangi
  • bersikap terbuka dalam memulakan perhubungan
  • terlalu berhati2
  • bijak berbahasa ketika menyatakan pendapat
  • sukakan suasana damai dan harmoni

insan yang meminati indigo adalah seseorang yang

  • seorang yang suka berfikir (kurang bercakap)
  • ada ciri2 pemimpin
  • berpandangan jauh
  • berhati2 dalam sebarang tindakan
  • unik dan kreatif dengan gaya tersendiri (orang mudah tertarik dengan sifat ini............)
  • semangat tinggi
  • meminati perkara2 berkaitan dengan seni
  • tidak suka menonjolkan diri

peminat violet adalah seseorang yang

  • minda yang aktif
  • daya penilaian tinggi
  • berpandangan jauh (so....dapat lihat sesuatu yang orang lain belum nampak.......???)
  • terlalu mengharapkan orang lain
  • bercita rasa tinggi
  • kreatif dan berseni
  • sukakan keindahan semulajadi
  • meminati muzik
  • mempunyai daya kepimpinan yang baik

hah.........!!! dah tau kan sifat2 yang ada dalam diri masing2. kena tak........??? kat aku, adalah 3/4 betul..........(terpulang la kat guests nak percaya ke tak............aku tulis ni pun sekadar nak kogsi ilmu dengan guests...........)

satu lagi aku nak kongsi ialah setiap hari juga mempunyai warna (tak tau la betul ke tak.........ini aku dapat dari akak kawan aku beberapa bulan dulu...............ni pun terpulang ye........nak percaya ke tak...........) aku buat pun sebab suka2 je...........(macam menarik je.....) sekarang ni aku dengan 2 orang member lagi kat tempat kerja, amalkan yang ini....sebab akak kawan aku tu kata, ia akan mempengaruhi mood hari tu. apa kami buat ialah, setiap hari kami akan pakai warna baju yang dah ditentukan untuk mengekalkan mood bekerja hari2.

  • isnin ~ putih
  • selasa ~ pink/purple
  • rabu ~ biru
  • khamis ~ kuning/peach/light brown/jingga
  • jumaat ~ hijau
  • sabtu ~ merah
  • ahad ~ hitam

(semua warna tu adalah warna base untuk hari2 tersebut) lepas amalkan beberapa bulan, seronok pulak.............tak susah nak pilih baju warna apa nak pakai setiap kali tengok almari baju............

cuba la..........!!!!!

Aku dan duniaku 19 .................prinsip aku...

salam untuk semua...........

macam aku cakap mula2 dulu, aku ni memang tak ramai kawan. sebab aku susah nak percaya orang..........(sebab dah banyak kali terkena...........) tapi bila dah da kawan tu, aku akan jaga sebaiknya........mungkin jugak kawan2 aku sebelum ni tak boleh nak ikut cara aku pikir kot.......
tapi aku memang tak nak kawan2 aku ikut cara aku, sebab pada aku setiap manusia ni ada cara dia sendiri.............cuma yang penting kena paham cara tu...........kawan2 aku kena paham cara aku dan aku cuba dan kena paham cara kawan2 aku.........sebab tu aku pegang pada prinsip 'don't expect others to think like you think and do things like you do.........' aku guna prinsip ni sejak zaman sekolah lagi ...(fuuu........lama nye....)
aku rasa la......(bukan rasa, memang betul, fakta......)dalam dunia ni tak de orang yang sama dengan kita ........(walaupun ada yang kata ada 7 orang yang rupa macam kita..........) tapi itu pada rupa dan fizikal saja. pemikiran dan perasaan semestinya tak sama. itu la istimewanya insan yang diciptakan oleh ALLAH. (alhamdulillah...............)
mungkin sebab prinsip aku ni, aku boleh terima kalau orang kata "tak boleh" dan "tak tahu" pada kerja yang diberikan. pada aku, bila orang kata "tak boleh" tu, maksudnya orang tu memang betul2 tak boleh buat........... dan bila "tak tahu" tu memang betul2 orang tu tak tahu. tapi pada aku la kan...........yang "tak boleh" tu la kita kena cuba, barulah tau boleh ke tak ( satisfaction is when you realise you can make the impossible possible....) yang "tak tahu" tu la kita kena ambik tahu............sebab semua ini adalah proses belajar........(aku yang dah semakin 'dewasa' ni pun setiap hari belajar................) ............betul tak??
apa yang tak seronok aku dengar ialah, bila aku tau "tak boleh" dan "tak tahu" tu equal "tak mahu". (sikap camni la yang sebenarnya ada kat ramai orang..............)sikap ini pada aku, sikap orang yang sombong. aku tak boleh dengan orang camnii......sori la.........
aku rasa, kena tukar la "tak boleh" tu kepada "insyaALLAH saya cuba" dan "tak tahu" tu kepada "saya akan cari". dengan ungkapan macam ni aku rasa orang yang bagi kerja (...biasanya boss atau assistant boss la tu...........) boleh la rasa lega sikit walaupun hasil nya tak tahu lagi.............(kalau tak puas hati boleh la bincang dengan baik dan suruh perbaiki...............) ha.......kat sini la 'kepercayaan' itu penting. boss atau assistant boss mesti percaya anak buah boleh buat kerja dan anak buah pulak mesti hargai kepercayaan yang diberi dan mesti lah buat betul2. kan....kan...kan??? ....betul....betul....betul....!!!!

kesimpulannya, ALLAH jadi kan manusia berbeza2. gunakan lah akal yang dikurniakan ALLAH untuk jalan kebaikan. ubah lah sikap dan fikiran negatif kepada yang positif. insya ALLAH akan ada hikmahnya nanti..................

Aku dan duniaku 18 ..............salah aku ke???

salam untuk semua..............

dalam minggu ni aku rasa risau pulak. sebabnya ada seorang 'kawan' aku tu dah tak nak bercakap dengan aku (sehingga aku menulis ni............)aku pikir2 balik apa yang aku cakap dan buat tu, teruk sangat ke? salah aku ke? tapi bila pikir balik aku rasa aku tak salah...........guests pikir camne...???

citernya camni...........

hari isnin hari tu, ada majlis kat tempat aku kerja ni. mula pagi sampai la lebih kurang pukul 3:00 petang. semua kawan2 aku kepenatan tapi seronok. aku, walaupun tak joint aktiviti lasak tu, penat la jugak.........sibuk mengambil gambar........(camerawoman bawah sikit dari amatur..............)lepas tu aku buat la kerja cam biasa kat bilik aku............. 10 minit sebelum balik, akupun berkemas la. masa tu datang la seorang 'kawan' ni, "jom keluar," katanya selamba. "hah??!!......nak pegi mana?" aku tanya

"pegi mana2 la....... pegi makan ke, pegi borak2", selamba je dia jawab sambil tersengih2.

"biar betul??!! tetiba je...!!" aku macam tak percaya.

"betul la..............ala jom la, aku belanja.....ari ni kan special day," dia kata sambil tersengih lagi

"sori la, aku penat ni...........lain kali la kita kuar k....."aku jawab baik2.

tapi nak tau di cakap apa................

"alah.........bila orang ajak mesti tak nak kan. penat la. dia kuar selalu tu tak penat pulak....!" (eh.....dia ni. dah melampau. aku cakap baik2 nak tinggi2 kan suara pulak............aku punya pasal la nak kuar selalu ke................)

"bukan tak nak. memang betul penat. kan tadi ada program......lagipun malam ni ada jemputan dinner pulak. ni dah pukul berapa (waktu tu aku tengok jam dah pukul 5.25 ptg) kalau nak kuar borak2 bukan boleh kejap kan.........lain kali la........." panjang lebar aku cakap. baik2 aku cakap.

"dah la...!!! tak nak sudah.....!!!!" dia jawab sampil berpaling dan tinggal aku cam tu je..........(amboi.....!!! baik nya bahasa.....tapi aku tak heran pun dengan sikap dia tu. aku dah tau. dah lama kenal......) ah...!!! lantak la. aku tau 'kawan' aku tu merajuk. biar la.........aku nak tngok sampai bila dia nak merajuk...........aku boleh jamin la lepas ni dia yang akan tegur aku dulu............(hehehe.....confident je.......memang pun, sebab sebelum2 ni pun dia yang cakap dengan aku dulu.....dengan muka seposen nya macam tak de pape yang berlaku...............) aku tak nak menyemakkan kepala kau dengan hal2 ciput camni. banyak lagi benda2 penting yang aku nak pikir..........(apa lah agek nye tu kan...............) lagipun macam aku kata tadi, aku rasa aku tak salah....................kan?!?!

Wednesday, May 20, 2009

Aku dan duniaku 17 ...........terima kasih azalea....

salam untuk semua.............

hari ini aku rasa kan terlalu cepat masa berlalu.........mungkin sebab banyak kerja yang perlu dilakukan di tempat kerja. nak pergi lunch tadi pun kena curi2 masa. dapat la berbual dengan teman sekerja lebih kurang 15 minit je tadi......(kat kantin la tempat aku dapat berbual2 dengan kawan2 sebab bila masing2 dah mula mengadap kerja, memang tak da masa pun nak berbual santai...............kesian kan........terlampau sibuk sangat) penat tu jangan cerita la.........dah la penat, ditambah lagi dengan peristiwa yang mengejutkan berlaku yang menyebabkan aku mengalirkan airmata (mmm.......tapi tak payah la nak citer sebab menyakitkan hati je.........biar la aku citer peristiwa menarik yang menyebabkan hati ku terusik...........aku rasa kan ini sebagai mengubat sakit hati ku tu..... )
petang tadi kat dewan ada bengkel muzik untuk pasukan wind orchestra oleh mpo (malaysian philharmonic orchestra) sampai pukul 5:30 petang. pukul 6:15 petang baru aku balik ...........penat?? memang la penat. tapi hari ni terjadi satu peristiwa yang sungguh mengusik hati keras aku ni ...........(aku ni memang keras hati sikit...........tapi dalam erti kata positif la......hehehe.......hah!!?? ada ke keras hati tu positif...........bukan negatif ke....??? chewah!!! pandai je kan tunggang terbalikkan maksud............)
masa tengah makan bersama tetamu dari mpo tadi, seorang gadis manis yang duduk sebelah aku (dia salah seorang musician mpo...........) menegur aku,
"nama cikgu mariana ke mariani?"
"mariana", aku tunjukkan name tag yang aku pakai........
"cikgu pernah mengajar kat mana2 tak sebelum ni?"tanyanya lagi.
"pernah", jawab aku pendek.
"convent bukit nanas ye?" tanyanya lagi.
"ya?!" aku kehairanan.
"cikgu, saya azalea. cikgu pernah mengajar saya dulu", jelasnya sambil tersenyum, bersalam dan mencium tangan aku. ada kegembiraan di wajahnya. ada kegembiraan di hati aku.
"ya ke? ya Allah, tak sangka jumpa kat sini kan. maaf la cikgu tak ingat nama kamu." jawab ku gembira.
"tak pe cikgu. anak murid yang sepatutnya ingat kat cikgu. cikgu nak ingat camne kan, berapa ramai dah anak murid cikgu kan..............," jawabnya masih tersenyum.
sejuk hati aku mendengar ungkapan itu keluar dari mulut gadis manis bernama azalea itu.
selepas itu kami berada dalam dunia kami berdua. bangganya aku bila anak murid lama masih ingat pada cikgunya setelah beberapa lama...........(lama tau....dia kata aku ajar dia masa darjah 1, 2 dan 3...............)
"cikgu, saya ingat lagi masa cikgu marah kami masa nak melintas jalan pergi buat persembahan koir kat istana yang dipertuan agong dulu. cikgu cakap, "woi!!, cuba jalan kat tepi2 sikit. nak hilang punggung ke di sapu dek kereta?" cerita azalea sambil tersenyum.
("masyaAllah, ingat lagi dia kat peristiwa tu. aku pun dah tak ingat dah," )kata ku dalam hati, sayu dan terharu.
"cikgu garang waktu tu kan.......tapi sekarang ni dah nampak feminin la......," sambungnya sambil tersenyum dan memegang tangan ku.
"itu cikgu dulu. kat sini kena la berubah," jawab ku ringkas.
perbualan kami diganggu oleh panggilan dari seniornya yang menyatakan sudah waktu untuk beredar.
sebelum berpisah, "cikgu, terima kasih ya. seronok jumpa cikgu. harap dapat jumpa lagi," kata azalea mesra. kami bersalaman (sekali lagi dia mencium tangan ku..........) dan berpelukan sebelum dia menaiki bas untuk balik semula ke mpo klcc.
aku terpana............tersentuh hatiku bila anak murid yang kutemui semula setelah 17 tahun berpisah, masih mengingati aku, cikgu yang pernah mengajarnya dulu. kini aku tau nilai ilmu seorang guru, nilai bakti seorang guru. untuk anak murid yang tahu mengenang dan menghargai jasa gurunya, 17 tahun selepas itu, dia akan masih mengingati nama gurunya. dia akan masih mengingati peristiwa2 yang dilalui bersama gurunya. dia masih tahu berterima kasih kepada guru lamanya.
bertemu azalea adalah hadiah hari guru yang sungguh indah buat aku.
terima kasih azalea, kerana masih mengingati cikgu
terima kasih azalea, kerana menyedarkan cikgu betapa menjadi guru itu adalah pekerjaan yang mulia
terima kasih azalea, kerana meniupkan kembali semangat cikgu untuk terus mendidik anak murid seperti 16 tahun dulu.
terima kasih azalea...............

Tuesday, May 19, 2009

Aku dan duniaku 16 ........... penat sangat la......

salam untuk semua.............
kalau guests perasan, semalam aku tak menulis apa2 kat sini. niat nak menulis tu memang ada...tapi semalam bila mengadap laptop je(aku biasanya mula menghadap laptop pukul 10:30 setiap malam........), kepala dah tersenggut2 mengantuk...sambil mengetuk huruf, kepala pun mengetuk sama.....hehehe..... satu ketika tu jari lekat kat satu huruf dan sudahnya.............3, 4 line huruf yang sama..........hish!! tak boleh jadi ni. aku pun angkat punggung dan tergolek kat sofa.......saja tidur kat sofa sebab ingatkan boleh jaga balik nak sambung apa yang tergendala tadi................tup2 sedar2 tgk jam dah pukul 2:45 pagi....alamak!!!! dah terlajak tidur....badan2 pun sakit2 (sebab tidur kat sofa..........) so, aku sambung tidur la kat dalam bilik.....sampai la pagi. laptop ke mana, blog ke mana.............
kenapa penat sangat eh?
camni cerita nya...........satu hari semalam, banyak sangat benda yang jadi, macam2 adaaa....!!
8 pagi sampai pkl 4 ptg ada majlis kat tempat kerja tu. lepas tu sambung kerja sampai pkl 5:3o. balik sampai rumah dah penat. tapi penat2 pun kerja kat rumah kena buat jugak. begitu, begini dah masuk maghrib baru selesai.............. pastu nak bersiap untuk jemputan makan malam............(ni mesti pergi sebab bab makan.............alhamdulillah, lepas la makan malam........) majlis makan malam selesai pukul 9:30 (makan sedap walaupun simple,......dan penganjur pandai timing sebab selesai awal)
sampai rumah, lepas isyak dan siap kan supper..(aik?! supper jugak lagi?!!....bukan baru lepas dinner ke..??!!!!..........masyaAllah !!!.perut apa ni???..........wei!!! aku memang ambik supper tiap2 malam tau..........tak kira la dinner awal ke lewat ke???..........)......aku mula la mengadap laptop ni.......10, 15 minit ok lagi....tapi masuk minit ke 25.......waktu ni la tahap kritikal punya mengantuk!!!.......... biskut dan air kopi tu dah habis dah pun.........tapi mata tak boleh nak celik.........mengantuk dah terlampau ni, memang tak tahan!!!!............(tak jalan jugak air kopi cap 'kapal api' aku tu.......) tu yang lepas tu aku cari sofa tu..........ingat nak lelapkan mata sekejap je..............tapi sudahnya....................
aduh..........!!! cakap pasal kerja ni memang tak pernah selesai..........tapi satu je sikap aku, aku tak bawak kerja balik rumah (kecuali kalau terdesak tahap 'code red'.......)kat rumah, terutamanya malam adalah untuk aku.........jangan sapa2 kacau..........aku pantang betul orang suruh buat kerja ad hoc........tambah pulak kalau nak segera.......(apa...!!?? ingat aku robot ke???! bila teragak je nak suruh2...............sori ye.....) aku akan cakap........(aku ni jenis mulut lepas jugak la........kalau aku rasa tak betul aku akan cakap..............)so, kena la bagitau lebih awal atau bagi tugas tu lebih awal........jangan la pagi ni bagi, nak siap pagi ni jugak...........jangan la kejam sangat.......... aku ni jenis kalau buat kerja, aku buat kerja betul2.........
tapi, kalau dah penat sangat................buat kerja betul2 pun jadi tak betul kan.???.hehehe
pape pun aku buat kerja aku betul2...........

Sunday, May 17, 2009

Aku dan duniaku 15 ...........terbeli pulak!!!

salam untuk semua......
..........sebenarnya malu nak citer pasal apa yg berlaku ari ni. nanti orang kata, 'cakap tak serupa bikin'. tapi tak pe la. aku nak citer jugak ......hehehe....(memang muka tak tau malu punye...)
pagi ni lepas segala urusan rumahtang....eh, rumah je...... kaki ni mula la gatal je duduk kat umah. nak keluar la tu. (sedang kan malam tadi dan berazam nak duduk rumah je ari ni........)cuaca pulak punya la cantik, dan penat berkemas, perut pulak mula la lapar. mula2 ingat nak masak 'spagetti koboi' je ari ni, tengok2 kat dapur tu, spagetti adalah tinggal sejemput......so, kena la kuar beli...(alasan je sebenarnya tu.......alasan nak kuar....)
maka lepas zuhor aku pun bersiap la nak keluar......dalam hati dah kata, beli spagetti je, x boleh beli pape. (nak shopping memang tak boleh, sebab fulus dan sesak.......)
tapi nak jadi citer, ntah kenapa kereta tetiba je menghala ke highway......(kat kedai seremban jaya tu bukan tak de jual spagetti.........) tup2 dah sampai jj...(hehehe.......kat situ je ada jual spagetti sedap kot.......)
sampai jj, biasa la.....window shopping je......(konon.......tapi betul la, tak beli pape pun kat jj tu.......) lepas tu 'singgah' la kejap kat kedai buku......(habis la...!!! kalau dah masuk kat situ.......sori la, kaki ni tak boleh nak control.....walaupun dah berazam untuk tak singgah ke kedai buku untuk beberapa bulan ni..............tapi!!!!! tak boleh la.....!!!!! tak boleh !!!!!!)
aku cuba tutup mata ............(sbelah je la, tutup dua2 mana nak nampak jalan.......) untuk tak tengok 'hidangan' buku2 yang ada kat situ.......tapi tersangkut kat satu buku tu. belek dan tengok harga, boleh lagi nak beli.......(aku memang nak beli buku ni sebelum tengok wayang dia nanti.....)
yosh..!!!! tanpa banyak soal aku terus ke kaunter dan bayar buku tu...............fuh...!!! puas dapat beli.........tapi sebenarnya tak sengaja terbeli.....(ye la tu........dah memang kata nak beli kan.....ada pulak ter...,ter... pulak.......piii...laaa.....cakap tak serupa bikin...)
tapi aku tak nyesal sebenarnya kalau 'ter'beli buku sebab buku itu ilmu.......dan itu satu yang menyeronokkan......
lepas tu aku pun balik.....dengan gembiranya...
sampai rumah..........alamak!!!.....spagetti tak beli!!!....(hah...! padan muka aku!!!...)hehehe....aku tersenyum sumbing.....lain nak beli, lain yang terbeli (...makan la buku tu.....) sudahnya malam aku goreng maggi koboi je.......
pape pun aku sayang buku aku......

Saturday, May 16, 2009

Aku dan duniaku 14..............kenangan lalu....

salam untuk semua.....

alhamdulillah....hari ini yang aku jangkakan akan dilalui dengan mood yang terspoil, rupanya menjadi satu hari yang menggembirakan. memang lah mula2 kelam kabut sikit. pkl 9.30 pegi dealer celcom nak bayar bil....sampai pkl 10.00 tak buka2 juga.....hilang jugak sabar ni....pkl 10.15 pun tak buka jugak.....sudahnya pegi kedai hp kat sebelah, beli line prepaid.....fuh...activate line pun 5 min je.....senang betul. kelam kabut balas msg member...mintak maaf dan setuju nak keluar......
pkl 11 aku dah ada kat town tunggu member. seronok betul ingat balik citer2 lama, pasal kawan2 yang masih berhubung, pasal dia kat sekolah, pasal rumahtangga, pasal anak2.....(dia punya la....)pasal aku....mmmm...citer biasa je la....(biasa yang macammane tu??.....) ye la...aku pun citer pasal kerja, pasal keluarga, pasal .....macam2 la.....
yang best dengar dia citer pasal sambutan hari guru kat sekolah dia. biasanya pagi2 lagi kat atas meja dia melambak hadiah hari guru. bukan kecik2 dan murah2 tau....!! dia kata ada yang bagi kain, tudung dan kerongsang, minyak wangi, ....jam pun dia pernah dapat!!!......jeles betul aku. kalau bunga tu, bukan sekuntum dua, tapi berjambak2......tapi ya la....dia kat sekolah mana. kat sekolah yang anak2 orang berada.....namapun sek. convent.
akupun dulu masa kat sekolah (aku pun alumni convent tau......) bila hari guru je, mesti nak cari hadiah yang istimewa sikit untuk cikgu2 yang aku sayang. sebab aku ni bukan dari keluarga berada, aku plan nak beli hadiah tu 2 bulan lebih awal sebab nak kumpul duit belanja bulan2 yang aku dapat drp emak. so, dua bulan sebelum bln mei aku ikat perut la sikit. tak pe la....pengorbanan untuk cikgu aku. bila dah dekat nak hari guru, aku pun kuar dengan 3 member kamcing aku,.....ita, yan, dan zana...(kat mane la kau orang sekarang........ rindu la...) pegi cari hadiah. bila dah dapat dan puashati dgn benda yang dicari, aku bwk balik dan balut sendiri dengan keikhlasan dan niat agar hadiah aku yang tak seberapa ini akan disukai oleh cikgu aku.
(tapi sekarang ni balut kat kedai je......tak de perasaan pape....tau2 je dah siap....dengan riben lagi....cantik di mata tapi tak terkesan dihati.......)
bila menghulurkan hadiah itu kepada guru yang aku sayang....(cikgu jamilah, cikgu zakiah, cikgu fatimah, cikgu sofia, mrs benjamin, cikgu muliyani~cikgu math aku yg garang tu........aku rindu waktu2 dulu....terima kasih cikgu!!!) aku lafazkan "selamat hari guru, cikgu dan terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan". yang terharunya,....(aku tak lupa sampai sekarang........) cikgu aku cakap......"semua ni tak perlu la, terima kasih je dah cukup. cikgu tak mintak pun semua ini. yang penting, kamu belajar dan berjaya nanti. itu doa cikgu"........aduh!!! waktu tu,....sapp!!......jantung aku bagai disentap....aku tahan air mata drp keluar.......dan aku cakap......."apa yang saya bagi ni tak mampu sebenarnya nak membalas apa yang telah cikgu curahkan kat saya......tapi ini lah terima kasih dari hati saya.......ambik la cikgu"(....waduh...mcm drama la pulak.......tu cikgu tak tau lagi aku ikat perut 2 bulan nak beli hadiah tu....kalau dia tau....drama airmata kot...hehehe.......)(ini citer betul tau...bukan rekaan.....)
itu la suasana hari guru masa aku sekolah dulu.....(citer kat atas masa aku f5, tahun terakhir kat sekolah.........)bila ingat balik dan citer kisah2 lalu dengan kawan2, jadi bahan gelak sakan pulak......tapi papepun, itu lah aku dan cikgu2 aku dulu......kenangan yang akan tepat aku ingat setiap kali hari guru tiba.
untuk semua cikgu2 aku dulu.........terima kasih cikgu.....kerana mu aku adalah diri aku sekarang.....
kenangan lalu mengusik jiwa...

Aku dan duniaku 13.........pagi2 dah buat hal!!!

salam untuk semua..............

aaaggghrrrhhhh......................bengang betul la pagi2 dah buat hal ni...!!!!!! this for sure will spoil aku punya mood ari ni !!!! menyampah betul la...!!!!
(...sori guests, geram betul pagi ni...... nak tau kenapa??....nak citer la ni...)
aku dikejutkan dek melody 'sway' pagi tadi. ...aduh... pagi2 dah masuk msg. dengan mata terpisat2 aku baca la msg tu. rupa2nya member aku.....seorang guru. dia nak ajak keluar ari ni nak celebrate teacher's day. wow...!! seronoknya... aku pun balas la msg tu kata ok dan wish la dia selamat hari guru. dah send je..... ada bunyi....aku tengok hp.....alamak...!!!!! 'sending failed. message barred' .....aduh..!!!! boring betul la....geram, menyampah....sume keluar waktu tu. aku geram sebab tak de reminder pun pasal x bayar bill. tup..tup...dah barred. ni bukan kali pertama aku kena camni, dah banyak kali dah......(salah aku???.....memang la aku tau salah aku sebab tak bayar bill. bukan tak nak bayar, tapi kat tempat keje ni tiap2 petang balik lewat, mana sempat nak pegi bayar bill pun......) ni ari sabtu ni bukak ke tempat nak bayar bill tu?? aduh.....!!!! menyampah betul la.
so nak buat camne ye?? kalau tak dapat nak bayar bil, kena beli nombor lain la nampaknya. dah la ari ni aku nak antar wish kat sume kawan2 guru aku.......kena jugak la beli nombor baru.......
bila dah kena camni, baru la terasa betapa pentingnya rangkaian telekomunikasi mudah alih sekarang kan...dah jadi satu keperluan dalam hidup.....budak sekolah rendahpun mak bapak dia bekalkan handphone pg sekolah....hadiah lulus exam pun bagi handphone je....senang. beli line pun murah.....hp pun murah...dah melambak....(hah..!!! pasal hp ni pun aku ade citer nak bagitau...nanti la k...) ada tu pakai line sampai 4, 5. hp pun 4, 5 la tu......banyaknya kawan....aku ni pakai satu pun banyak lagi ruang kosong phonebook dalam sim kad dan phone tu......(ye le... aku tau aku tak banyak kawan........)
ni nak tunggu kedai bukak pukul 10 pulak.....aduuuhhhh......!!!!

*reminder untuk aku - bayar bill telefon setiap bulan!! jangan tunggu reminder....!!!

Friday, May 15, 2009

Aku dan duniaku 12 ......untuk kawan2 guru aku....

greetings to all.......fellow teachers, ......my friends...

just to share.....
......quotes to inspire teachers (in conjunction of Teacher's Day Celebration - 16 May )

teach to influence lives
~ "as speakers, we aren't the wings. we are the wind beneath the wings" - rosanne emmerich

prepare to exel
~ "he who prepares well, teaches well" - stan toler

just have some fun
~ "a smile is worth a million dollars, but it doesn't cost a cent" - talmadge johnson

teach the joy of discovery
~ "the mediocre teacher tells, the good teacher explains. the superior teacher demonstrates. the great teacher inspires" - william arthur ward

practice team-building
~ "coming together is a beginning; keeping together is progress; working together is success" - henry ford

be prepared
~ "plans are nothing. planning is everything" - dwight d. eisenhower

be yourself
~ "what the teacher is, is more important that what one teaches" - karl menninger

be available
~ "the most valuable gift you can give is time" - steve weber

keep excellent records
~ "it takes less time to do a thing right than it does to explain why you did it wrong" - henry wadsworth longfellow

emphasize understanding over memorization
~ "a well-trained memory is one that permits you to forget everything that isn't worth remembering" - battista

balance work with play
~ "i never did a day's work in my life. it was all fun" - Thomas Edison

teach the advantages of authority
~ "example is not the main thing in influencing others. it is the only thing" - albert schweitzer

document problems with difficult students
~ "until you do little details carefully, you will never do the big things correctly" - zig ziglar

meet life's challenges one day at a time
~ "there is no thrill quite like doing something you didn't know you could" - marjorie holmes

HAPPY TEACHER'S DAY FRIENDS...!!!

Aku dan duniaku 11 ........... pelik ke ni???

salam untuk semua.............
aku nak cakap pasal buku lagi ni. harap guests tak boring ye.....sebab buku adalah duniaku ...(heee............berapa kali nak bagitau la.....orang dah tau dah...............)
aku ni bila bab membaca ada satu tabiat pelik la. mcm aku citer sebelum ni, aku kalau nak mula baca buku bukan main payah. tapi bila dah mula tak boleh berenggang pulak dengan buku........ ingat kan??
yang peliknya ialah aku kalau dah mula membaca, sekali baca 4 buah buku. (hah?!....ya. ni aku nak citer la ni....) kat rumah aku tu aku ada 3 ruang bacaan. ruang depan, bilik dan bilik air. dan satu lagi ruang luar. kat setiap ruang tu mesti ada 1 buku yang akan aku baca. ...hmmm ... x paham ke??maksudnya cam ni la. bila aku kat ruang depan.....(masa aku banyak kat situ) aku akan baca 1 buku. bila kat bilik tidur...(ni biasanya waktu nak tidur la baca......) aku baca 1 buku lain. bila masuk bilik air nak.....ehem (yang lama tu la.......) aku akan baca 1 buku lain pulak. dan bila aku keluar pegi mana2 aku akan baca buku lain yang memang sentiasa ada dalam kereta aku tu..... (hah....paham kan??) pada aku dengan cara camni aku dapat habiskan 4 buku sekali gus...(tapi biasanya buku kat ruang tamu abis dulu, diikuti buku kat bilik air.........hehehe) ape??! lama nak abis kan?...hmmm...memang lah lama nak habiskan tiap satu buku tu, tapi aku dapat tahu 4 cerita sekali gus. canggih tu kan....!!!
tak ingat isi cerita..??? ingaaaat..... sebab tiap buku tu lain genrenya.
contohnya sekarang ni aku tengah baca buku...
~ kat ruang tamu - 'berdailog dengan jin'
~ kat bilik tidur - 'cinta yusuf dan zulaikha'
~ kat bilik air - 'saving grace'
~ kat dalam kereta - 'do you wear suspender?'
dan sekarang ni dalam handbag pun ada satu buku lagi. ni baru nak cuba biasa kan. sebab aku rasa buang masa je aku tak buat pape masa makan kat kedai, tunggu komuter atau bas, dalam komuter atau bas, dalam lif, tunggu giliran kat bank atau pejabat pos dan banyak tempat lagi la.....
pada aku dengan cara ni kat mana je tempat aku pegi, aku mesti ditemankan oleh buku. baik dalam rumah maupun bila aku kat luar. (punya la kamaruk buku kan.......)
semua ni sebab, 'membaca jambatan ilmu', 'membaca amalan mulia', 'bangsa membaca bangsa berilmu' dan 'reading is to the mind what exercise is to the body-joseph addison'

mmmm..............pelik ke aku ni???

Aku dan duniaku 10 ....... plan esok?

salam untuk semua......

fuh.... berakhir seminggu waktu bekerja. tak tau kenapa minggu ni rasa penat sangat. tiap hari balik mesti nak tidur je. tapi kata orng tak baik tidur lepas asar....... so. aku pun cuba lah tahan mata ni dari tak tidur. caranya dengan tengok tv......tapi sudahnya terlopong kat sofa.....maghrib baru sedar.........nak buat camna kan. penat dan mengantuk yang terlampau.
esok cuti........nak buat apa esok ya?
aku ni kalau time cuti memang tak boleh duduk rumah. dua benda je yg boleh paksa aku lekat kat umah. hari hujan atau x de duit...hehehe. kalau ari hujan nak jalan pun tak selesa. tambahan lagi kalau hujan lebat aku tak berani nak drive.....tak nampak. kalau tak de duit tak best la jalan sebab tak dapat shopping...(hah! ni satu lagi 'dunia' aku...nanti aku citer k...)
mmm.....nak buat apa esok ye?
nak berkemas, dah sudah ari tu....(masa rak patah tu...) nak shopping, tengah2 bulan ni takut budget lari pulak nanti.....(ari tu pun budget dah 'jogging' sebab beli rak buku.......belum start lari lagi...hehehe) tapi esok ari guru...... kawan2 aku ramai jd cikgu....mmmmm????
camni la, aku nak cari hadiah la untuk kawan2 aku......(tapi kena pegi 'kawanku' dulu....tak pe la. demi kawan2.....)
yosh...!!! esok aku pegi 'kawanku' untuk 'small shopping' untuk kawan2...hehehe
esok aku dah ada plan........
selamat hari guru, geng!!!
aku sayang kawan2 aku........

Aku dan duniaku 9............hari guru

salam untuk semua...........
aku rasa lah kan semua orang yang bekerja mesti jeles kat cikgu2 kat malaysia ni. sebab tiap2 tahun ada sambutan khas untuk ckgu2 ni. kalau diperhatikan hanya insan2 yang istimewa saja ada hari istimewanya. contohnya hari ibu, hari bapa, hari kekasih dan hari guru. mana ada sambutan untuk hari doktor, hari peguam, hari boss kan.......... ada pun sambutan untuk semua iaitu hari pekerja. bukan nak kata mereka ni tak istimewa, tapi sebab tak de 'hari'....... tak de la special sangat..........(jangan marah ye...)
tau tak kenapa guru ni ada hari istimewa utk mereka. aku rasa la kan, sebab cikgu2 ni kerja dia lah paling susah dan mencabar kalau nak banding dengan pekerjaan lain....betul tak cikgu..?? mana tak nya, sebab kalau tengok statistik penghuni 'rumah bahagia', golongan cikgu la yang paling ramai. sebabnya......... tekanan dalam menjalankan tugas sebagai guru.
satu lagi, cikgu ni selalu jadi sasaran........... sasaran orang2 besar, ibu bapa dan pelajar. tambahan pulak zaman sekarang ni. jadi cikgu kena kuat serba serbi. kena jadi 'superman' dan 'superwoman'. kalau tak..............tu yang masuk 'rumah bahagia' tu. kalau tak kuat luar dan dalam, jangan jadi cikgu.......(ini cakap betul2 tau, bukan main2..........berdasarkan pengalaman)
aku ingat lagi masa zaman sekolah...........(puluhan tahun dulu..........) selain nenek aku......(yang garang waktu tu.........) cikgu sekolah aku lah yang paling aku takut. bukannya sorang dua, tapi semua. aku ingat lagi cikgu matematik waktu form 4, punya lah garang, ada yang sanggup tak datang sekolah kalau tak buat homework dia. denda dia, berdiri tengah padang atau atas kerusi sepanjang waktu kelas. kalau satu masa tak pe, kalau dua masa, yg kat padang tu tak payah pegi tepi laut nak sunburn.......terlebih sumburn.........rentung!!! hahaha....... (tapi punya la camtu garangnya cikgu, aku tak pandai jugak matematik..........sampai sekarang pun......hehehe)
tapi dengan guru yang macam tu la, aku jadi 'manusia' sekarang. dengan guru yang macam tu la aku punya kerjaya profesional sekarang.
kepada semua bekas guru, guru2 dan bakal guru,
SELAMAT HARI GURU
TERIMA KASIH CIKGU
......cikgu, dulu kini dan selamanya...........

Wednesday, May 13, 2009

Aku dan duniaku 8 ..........bookmark aku

salam untuk semua......

ni satu lagi benda yang ada 'dunia' sendiri dalam hidup aku. aku pantang jumpa bookmark yg yang unik, terutama yg belum ada dalam koleksi aku. aku tak tau kenapa aku suka sangat beli dan kumpul bookmark. mngkn sebab bookmark ada kena mengena dengan buku kot......(buku lagi.....)punya la suka giler kat bookmark, sampaikan bookmark 'minyak cap buroh' pun aku kumpul.....hahaha.....betul ni, tak tipu.
aku mula kemaruk kat bookmark masa aku belajar kat oversea dulu. negara tempat aku belajar dulu memang 'negara membaca'..... maksudnya penduduk kat situ memang suka membaca.... kat sana aku jumpa bnyak bookmark yang cantik2 dan unik2. sakan jugak beli bawak balik. mula2 nak buat souviner tapi bila pikir harga dia mahal dan rasa tak bebaloi bagi kat orang....(takut ada orang tak tau nak appreciate kalau aku bagi nanti.........) aku pun simpan buat koleksi sendiri. sudahnya sekarang melambak bookmark aku. boleh kata sama banyak la dengan koleksi buku aku. sekarang ni mana2 pegi aku mesti cari bookmark nak buat souvenir untuk diri sendiri....hehehe..... kat kedai buku kat malaysia nipun aku jumpa banyak bookmark yang cantik2. ada yang mahal dan biasanya murah la. bookmark mana ada yang mahal kan.......(ehhh....sapa cakap....aku pernah jumpa bookmark kat satu kedai buku besar kat kl tu harga dia rm29.00......sama harga dengan rak buku aku ni....hehehe............dan aku beli tau.....ada kat rak buku aku ni.....nak guna, sayang.....)
aku suka tengok bookmark yang mcm2 bentuk dan drp macam2 bahan. ada drp dawai, plastik, daun, bunga, kain, kertas biasa, besi, benang, daun pandan, kayu, dan banyak lagi la.......kadang2 tu bila rajin aku buat bookmark sendiri......bagi kat kawan2.....
kalau guests ada atau jumpa bookmark yang unik2, kongsi2 la dengan aku k......
aku sayang bookmark aku...................

Aku dan duniaku 7 ...............apa nak buat eh??

salam untuk semua

tengah kemas2 buku ini tetiba terpikir pulak 'buku2 yang dalam rak ni dah makin banyak. lepas ni bila dah tak de ruang lagi nak letak rak dan buku2 ni, apa aku nak buah eh???' belek2 tengok2 aku rasa dah ada dalam 300-400 buah kot buku kat rak aku ni. takut esok aku lemas dalam buku2 ni.
aku pernah la tanya kawan2 apa nak buat dengan buku yang dah melambak ni. ada yang suruh jual kat second hand bookstore, sumbangkan kat library, dan ada yang suruh aku buka kedai buku second hand(hmmmm.......good idea jugak...). tapi masalahnya aku sayang nak 'berpisah' dengan buku2 aku ni. tambahan dengan buku2 karya sasterawan negara dan 'true crime'.... ada tu dah 4, 5 kali aku ulang baca....(bila budget tak de nak beli buku baru...hehehe.....)
entah la...... dulu tak terpikir pulak hal ni. ni tengah mengemas buku2 ni tetiba pulak aku terpikir. adus.....pening jugak ni.....(mngkn org gelak kat aku pasal benda kecik ni....tapi bagi aku ini masalah besar tau.........)
tapi...pape pun aku seronok betul tengok buku2 kat rak baru ni.....(x jadi beli yang besar.....tengah2 bulan ni takut budget lari......hehehe)
x pe la ...lemas dalam buku2......sebab aku suka dunia aku ni...!!!!!

Aku dan duniaku 6......pulang kaan......buku aku!!!!!

Salam untuk semua.....

aku rasa guests yg datng dah tau perangai aku skrang kan. aku dengan buku......
bila cakap pasal buku ni aku ada beberapa 'pantang'
~ aku cukup pantang tengok buku, novel la terutamanya... yang dilipat bucu atas muka suratnya (tanda kat ms mana pause baca buku.....) ini pantang no 1 aku. terutama kalau buku tu aku punya. sebab tu pada yg pinjam buku aku, aku ingatkan jgn lipat. takpun aku sematkan sekali penanda buku......(...hah...psl penanda buku/bookmark ni pun ada citer. nanti aku citer ye....)
~ perkara pertama yang aku buat bila beli novel ialah aku akan balut dengan plastik balut buku supaya terjaga dengan baik.......so pada yang pinjam buku aku, tolong jaga elok2 ye. kalau tak aku tak bagi pinjam lagi dah......
~ aku cukup pantang kalau orng pinjam buku aku tak reti nak pulangkan. oleh itu pada yang masih pinjam buku aku tu pulang2 kan lah cepat...........jangan buat harta sendiri....(aku ingat tau buku aku yang mana satu yang dipinjam...........so jangan nak kelentong ye.......)
~ last sekali aku cukup pantang tengok novel 'true crime' kat kedai buku. mesti beli lah..........
(yang kisahnya best la....)

aku ni obses dengan buku ke....????

Aku dan duniaku 5...........nak beli rak buku!!!

salam untuk semua,
malam td tak tau kenapa rajiin sangat, aku kemas sikit ruang depan rumah tu. semua sekali la aku kemas. ubah sikit kerusi ni kat sana, almari tu kat sini......... masa nak ubah rak buku, prrraaaakkk............. bersepah buku2 kat lantai....aduh!!! terbelah dua papan rak buku tu. aku geleng kepala. dah tak boleh pakai dah rak tu. tapi aku dah agak dah rak tu akan surrender jugak nanti. cuma tunggu masa je. apa taknya, dah la rak tu kecik (yang murah jual kat giant rm29.00 tu je) aku sumbat dgn buku yang punya lah tebal2. padat sepadat-padatnya. memang plan nak beli rak tambahan tapi tak sempat nak pergi beli. nanti punya nanti....hah! padan muka, dah hancur........
tu lah pasalnya kan. buku dah melambak tapi tempat simpannya tak de. sumbat lagi kat rak yang tak bolah nak disumbat tu..........so, lepas kerja nanti kena pergi beli rak buku. kali ni nak beli yang besar lah. senang. tapi ........beli yang besar pulak nanti, sakit mata pulak tengok kosong je. mula lah gatal nak beli buku lagi....adus...!!!! ada je rantaian peristiwanya kan..... hehehe...(saje je tu, alasan nak beli buku lagi.....)
ni kat ruang depan rumah tu bersepah dengan buku. malam nanti la nak kemas pun, lepas aku beli rak baru.......
tapi aku rasa lah rak buku tu rosak sebab nak sampaikan mesej kat aku kot. 'tuan aku ni, beli buku banyak2 tapi tak baca2 pun.....ntah bila masa la nak usik buku2 ni.....dah tak larat nak tanggung buku2 berat ni.......' hmmmm.....mungkin jugak kot. nanti la aku cuba habiskan baca buku2 yang ada ni dulu, baru aku cari buka baru........insyaALLAH......... (tapi boleh ke.......hmmm...boleh, dengan syarat lepas ni tak singgah mana2 kedai buku.......yosh!!! aku cuba.......hehehe....walaupun tau tak kan boleh.....)
aku ni obses dengan buku ke....????

Tuesday, May 12, 2009

Aku dan duniaku 4.......sesat dalam duniaku

salam untuk semua,

baru2 ni aku berpeluang ke satu acara yang sememangnya aku tunggu2 setiap tahun. pesta buku antarabangsa kuala lumpur. MasyaALLAH!!, macam bebudak dalam candy store aku kemaruk memilih buku. keseronokan yang terlampau....!!! tapi yang tak seronoknya ialah orang terlalu ramai. sampai berlaga punggung lagi.....hish, kalau tak pikirkan dunia buku aku tu, sure dah tak tahan nak berhimpit lama2. tapi peluang setahun sekali ni aku nak gunakan sepenuhnya, nak cari buku yang aku minat.

sebenarnya bagi aku satu keasyikan bila dikelilingi oleh buku2 yang pelbagai. bagi yang 'ulat buku' macam aku ni, sure nak kutip dan bawak balik semua buku yang ada kat situ kan... tapi syukurla aku dah budget berapa banyak nak beli. (memang kena budget pun, kalau tak sure 'terlajak' beli)budget punya budget pun melayang jugak la lebih kurang rm400. seronok tgk buku bertukar tangan. tak tercontrol dah duit yang keluar tu (....kan dan budget....so tak kisah la) yang penting aku puas. itu sebenarnya. aku tak tau kenapa bila dapat beli buku aku rasa puas dan seronok. tapi lepas ni problemnya pulak, bila nak baca sume buku tu....hmmm....buku yang beli sebelum ni pun tak berusik lagi. tapi tak pe la kan. ilmu dalam buku tu disimpan lama manapun tak luak.....

aku ni pulak bila nak mula pegang buku tu novel tu bukan main malas, tapi bila dan mula tu tak boleh nak stop pulak. berkepit je dengan buku. bila solat, tidur, mandi dan driving je aku tak boleh nak pegang buku. waktu lain sure ada buku di tangan. itu lah aku. dalam dunia aku.

tapi apa yang aku bangga masa pergi pesta buku tu ialah bila tengok hampir 90% pengunjungnya adalah orang melayu. so... sapa kata orang melayu dan orang malaysia tak membaca? kena tengok la balik statistik ni. tapi aku harap buku yang dibeli tu tak jadi hiasan rak buku je la. jangan sebab takut buku rosak tak bagi anak2 atau sapa2 baca. pada aku biar buku tu hancur sebab itu tandanya ia dibaca. ilmu yang terkandung di dalamnya telah tersebar. ilmu yang tersimpan tak kan bermanfaat.

fuh.....aku ni kalau cakap pasal dunia buku memang tak boleh nak stop. banyak sebenarnya tentang buku ni yang aku nak citer dan kongsi dengan guest semua. tapi cukup2 lah dulu untk kali ni. aku stop dulu. nanti aku sambung kemudian

Monday, May 11, 2009

Aku dan duniaku 3.......duniaku dulu

Salam untuk semua......
dulu...mmm......tahun bila nak mula tu....
beberapa belas tahun dulu aku 'tenggelam' dalam 'dunia buku'. buku yang mcmmana? buku2 karya pengarang2 besar mcm a. samad said, usman awang, keris mas, shahnon ahmad. aku simpan lagi koleksi karya2 sasterawan2 negara ini seperti 'salina', 'saudagar besar dari kuala lumpur', 'ranjau sepanjang jalan', 'daerah zeni' dan banyak lagi.
aku ingat lagi gaji pertama yang aku dapat, selepas memberi 1/4 drpnya untuk ibu tersayang, buku pertama yang aku beli ialah 'salina'. punya la bangga dapat beli buku tu. on the way balik, dalam bas lagi dah mula membacanya. mula-mula tu pening juga nak paham bahasa a. samad said. tapi itu lah uniknya karya insan seni bernama a. samad said. dalam ketinggian bahasa (walaupun susah nak paham) itu lah terletaknya keistimewaan dan keaslian karya yang dihasilkan. (macammana lah agaknya boleh tertarik nak membeli 'salina' waktu tu?...hmmm....sampai skrng pun tak pasti sebabnya. mungkin itu merupakan karya awal a. samad said kot......)
selepas mengenali a. samad said lah aku mula mendalami karya penulis2 besar yang lain. 'salina' lah yang telah memperkenalkan aku dengan dunia baru ku, 'dunia buku'.
sebenarnya zaman sekolahku lagi buku2/novel santai telah menjadi temanku. salah satunya adalah karya khadijah hashim. khadijah hashim banyak menulis tentang kehidupan remaja. aku juga tak ketinggalan membeli dan membacanya. waktu dulu memang tak mampu nak beli banyak buku. so, apa yang aku buat ialah share dengan kawan2. kau pinjam buku aku, aku pinjam buku kau. hinggakan bila buku sendiri sampai kat tangan, kulit ke mana, isi ke mana.....hancur..!!!
jadi bila dah berduit, aku mula mengumpul novel. novel2 'berat' menjadi pilihanku. setiap bulan mesti beli sekurang2nya satu buku. kalau masuk kedai buku tak sah kalau tak keluar dengan sekurang2nya satu buku...(tapi biasanya lebih dari satu....) sampai sekarang pun tabiat tu masih kekal.
itulah penangan 'dunia buku'....duniaku dulu.....dan juga sekarang

Aku dan duniaku 2.......bicaraku

Salam untuk semua.......
aku ni jenis yang suka sendiri. aku jenis yang susah nak berkawan.....sebab tu x de kawan baik. aku ni susah nak percaya orang. sebab selama ni orang yang aku percaya mesti akhirnya 'betray' kepercayaan aku tu. sebab tu la aku lebih senang dengan dunia aku........kat sini. kat blog ni. sebab kat sini x de sape nak sakit kan ati aku. kalau ada pun, aku tak terasa sebab aku tak kenal orang tu sapa.
biarlah x de sapa pun singgah kat sini, tapi aku tetap suka di duniaku ini. segala cerita yang aku catatkan kat sini sume pasal aku dan untuk aku baca sendiri. kalau yang lain sudi nak baca, sila kan lah. harap apa yang ada kat sini dapat memberi sedikit kesedaran dan manfaat untuk kamu. kalau ada yang nak kongsi, lagi elok. ada juga aku kawan......(hehehe......walaupun kata tadi aku suka sendiri........tapi tak la sampai nak jadi kera sumbang kan......betul, betul, betul....)
banyak aku nak citer sebenarnya......citer aku dulu, citer aku ari ni, citer aku esok......sume aku nak masukkan.
InsyaALLAH aku akan selalu update blog ni.

aku dan duniaku..............


aku singgah di sini seketika.........

lama sebenarnya aku mencari-cari ruang untuk 'duniaku'

......dan kutemuinya ......di sini....

lalu aku terlupa singgahku di sini...

kerana di sini aku ingin melayan jiwa

biarlah tidak ada yang menjeling

biarlah tidak ada yang menyapa

biarlah tidak ada yang sudi bicara......

aku senang di duniaku ini


salam untuk semua........