Wednesday, January 25, 2012

Aku dan Duniaku 207.......ceritera dari dunia baru.....

salam untuk semua.....

lama sungguh aku tak melawat dunia ku ini. hampir sebulan lebih. kalau benda dah bersawang kot. sebenarnya banyak aku nak citer kat sini tentang dunia baru aku.

untuk makluman guests, pada 1/1/12 yang lalu aku telah memulakan kehidupan baru di tempat baru. aku telah bertukar tempat kerja di kluang johor. hanpir 12 tahun menjadi warga seremban, negeri sembilan, maka dengan fajar baru 2012 aku memulakan ceritera baru di sekolah menengah sains sembrong, kluang, johor.

sebaik sahaja menerima berita pertukaran aku ini, ramai yang bertanya adakah aku memohon bertukar sekolah?jawab aku ringkas, 'tidak'. memang aku tidak pernah mintak untuk bertukar ke sekolah lain. tetapi rezeki yang datang menjelang tahun baru memaksa aku untuk membuat keputusan menerima tawaran menneruskankan khidmat dan tanggungjawab aku di tempat baharu. mungkin ada hikmahnya bertukar ke kluang ini. memang la sukar untuk melupakan begitu saja kenangan 12 tahun di sdar tetapi setelah merasakan otak ku semakin tepu setelah sekian lama di satu tempat, maka aku mengambil keputusan untuk mencuba kehidupan di tempat lain. dan alhamdulillah, baru 3 minggu berlalu, ternyata perubahan telah aku rasai. aku semakin seronok dan bahagia di sini. hari2 ku sememangnya sibuk (juka dibandingkan semasa berada di sdar) tetapi entah mengapa aku merasakan satu kelainan di sini. mungkin kerana persekitaran yang baharu dengan suasana sekolah yang baharu, rakan2 sekerja yang baharu dan para pelajar yang baharu. tapi, senang cakap....AKU SERONOK KAT SINI!!!!!

setiap pagi aku terasa teruja untuk ke sekolah. walaupun aku diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek yang telah lama aku tinggalkan iaitu bahasa melayu, tetapi aku tidak rasa tertekan. malah semakin bersemangat aku untuk masuk ke kelas setiap hari. melihat wajah2 pelajarku yang kurasakan ikhlas dan bersungguh2 untuk menuntut ilmu, menyemarakkan lagi semangat aku untuk mengajar mereka.

berpengalaman lama mengajar pelajar 1 gender (5 tahun - pelajar perempuan dan 12 tahun - pelajar lelaki) menduga aku di sains sembrong ini. kelas yang bercampur iaitu pelajar putri dan pelajar putra membataskan teguran aku untuk mereka. klau sebelum ini aku boleh sebebasnya menggunakan perkataan apa sahaja untuk pelajar ku, tetapi di sini aku perlu membataskan penggunaan perkataan kepada yang tidak 'gender bais'. aku perlu berhemah dan menggunakan cara yang berbeza sekiranya hendak menegur pelajar putri berbanding pelajar putra. lawak2 ekstrem yang ku gunakan sebelum ini juga perlu ku tapis sebelum mengeluarkannnya. takut ada yang terguris, terutamanya pelajar putri. banyak hati yang perlu ku jaga semasa di dalam kelas. tapi ini semua tidak melemahkan semangat ku, malah kurasakan suasana baru ini cukup menyeronokkan.

bercerita pula tentang pihak pengurusan dan guru2 disini, juga satu kelainan. mungkin kerana sekolah baru, maka semua yang menjadi warga sains sembrong (SASEM) begitu bersemangat untuk membangunkan sekolah ini. dengan majoriti guru2 baru, semangat mereka jelas terlihat dengan kesungguhan membuat persiapan untuk apa jua program. suruh la apa saja, mereka sedia melakukan dengan senyuman. ini juga menaikkan semangat guru2 lama macam aku untuk turut sama membangunkan sekolah. diharapkan semangat mereka ini akan kekal untuk jangkamasa yang lama.

banyak lagi sebenarnya aku nak citer, tapi biar la aku simpan untuk modal post ku yang akan datang. tetapi kesibukan aku di sekolah baru ini mungkin akan mencuri masa aku untuk menulis di sini. oleh itu aku mohon maaf in advance....hehehe....insyaAllah kita jumpa di post seterusnya.....

salam dari SASEM!!!

(sebenarnya ada gambar yang aku nak upload bersama post ni, tetapi dek coverage yang lembab, aku tinggalkan dulu....insyaAllah aku upload kemudian)