Tuesday, February 7, 2012

Aku dan Duniaku 209 ......Tanda Kenangan.....

salam untuk semua,

kali ni aku nak berkongsi sedikit perasaan sedih, terharu dan gembiraku dgn guests dalam post kali ni. alaaa......bukan ape pun, kira sambungan drp post aku sebelum ni ...208...Kenangan terindah...........

utk makluman guests, di dalam majlis yng diadakan minggu lalu, aku menerima banyak cenderamata kenangan daripada pelbagai organisani sekolah sebagai penghargaan terhadap khidmat yang telah aku taburkan selama 11 tahun 8 bulan 16 hari di sana. bukan aku mintak pun tapi dah memang tradisi sekolah tu, setiap kali ada guru yang bertukar atau bersara, pasti akan diadakan majlis 'Jasamu dikenang budimu disanjung' dan pasti la ada pihak yang memberikan tandamata kenangan........so, akupun sama la..............

macam2 tanda kenangan yang aku terima.......ada tu, sungguh aku x sangka tanda mata itu datangnya drp pelajar lelaki.......oleh itu di sini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua organisasi dan individu yang telah sudi memberikan aku tanda mata untuk kukenang kalian selamanya.............


MENGINGATI KALIAN

'Sayounara Jurnal' (aku namakan sendiri) yang aku
terima daripada pelajar2 Jepun F5
Tandamata yang amat berharga buatku


.....jurnal yang terkandung segala kenangan dan memori aku bersama
mereka........
TERIMA KASIH JAPANESE STUDENTS WARISAN '812
(Omar dan rakan2)



Cenderamata kenangan yang aku terima
(masih belum dibuka)


TERIMA KASIH LPP, PIBG SDAR, RUMAH BENDAHARA,
KRS, BADAR, PANITIA PEND. ISLAM, BATCH F3,
PERS. SENI SILAT GAYUNG MALAYSIA & ZAFIQ ENTRP.


TERIMA KASIH GKMP, BRIGED BESTARI, BATCH F4,
KELAB GURU, KOPERASI, PERS, SAINS & MATH,
KELAB FALAK, AZIAN (bio), JAJA DAN AZRI (f4)


TERIMA KASIH PANITIA BI, F5 JAPANESE STUDENTS,
PASUKAN TAE KWAN DO, RUMAH SYAHBANDAR, ELADS,
PRS, KADET POLIS, KELAB KEBUDAYAAN, KELAB ADAT PERPATIH,
KELAB KESELAMATAN JALAN RAYA


TERIMA KASIH PANITIA BAHASA ANTARABANGSA,
PERS SILAT CEKAK, UBK, PASUKAN ORCHESTRA, BATCH F1
PSS, NOZAH, AFIF & IQHMAL


TERIMA KASIH BATCH WARISAN '812, REDWINGS,
PERSATUAN SEJARAH, FIVERS TEMENGGUNG,
GURU2 TEMENGGUNG, RUMAH TEMENGGUNG,
HICOM TEMENGGUNG, BATCH F2 DAN HAZMAN HAMIDON


TIADA UNGKAPAN YANG DAPAT MENGGAMBARKAN PENGHARGAAN TERHADAP INGATAN KALIAN ...........HANYA LAH

TERIMA KASIH!!!!

Saturday, February 4, 2012

Aku dan Duniaku 208....Kenangan Terindah

salam untuk semua,

kali ini aku terpanggil untuk berkongsi kenangan terindah yang berlaku semalam tanggal 03 februasi 2012....kenangan yang akan terpahat kukuh dalam naluri hati.....dan mereka ini telah kusediakan satu ruang istimewa di hati ku.....

semalam aku dijemput menghadiri majlis 'Jasamu dikenang, budimu disanjung' (majlis untuk aku laa.....) di sekolah lama ku, SDAR...huhuhu (sedih bila menyebut sekolah lama). sebelum tu aku dah bertekad x akan mengalirkan airmata.....aku x nak emosional2 ni....nak ucapkan selamat tinggal tanpa beremosi sangat.....tapi 'kita merancang tapi Tuhan yang menetukan"....

mulanya aku berjaya menahan airmata yang hampir nak tumpah masa memberikan ucapan (sebab atas pentas, x nak la orang nampak, khasnya students....nanti diaorang gelakkan.....hehehe) tetapi sebaik sahaja selesai berucap dan tayangan multimedia dimulakan, aku x mampu menahan airmata, lantas membiarkan saja jatuh berderai membasahi pipi aku......kata2 tuan pengetua (yang banyak mengajar aku tentang kerja berprosedur), kata2 kohaiku, hafiza sensei (yang kutinggalkan untuk terus mengajar bahasa jepun di sdar), pesanan adik umi keslsom (adik tempat ku merujuk dan meluahkan perasaan tika tiada siapa yang sudi mendengar), luahan shazreen (adik yang paling rapat, yang berkongsi banyak waktu bersamanya) dan suara syahmi saim (anak pelajar ku yang cemerlang.....), membuatkan aku gagal menahan kesedihkan.....ternyata ego ku untuk tidak menangis, terburai dengan mudah tatkala menatap video itu......

kemudian setelah seketika, sewaktu dijemput ke atas pentas sekali lagi untuk menerima cenderamata penghargaan drp pihak sekolah......aku sekali lagi cuba untuk menahan air mata......tetapi sekuat mana hati cuba menahan, sekuat itu juga terasa terjahan aimata ingin melimpah kelopak mata ku.......dan sesekali aku terpaksa mengesat airmata yang tertumpah tanpa disedari.............untuk semua, terima kasih atas semua tanda kenangan yang diberikan......

dan ku ingatkan majlis akan berakhir, namun dugaan datang lagi. bila pengacara mengumumankan persembahan akhir adalah drp pelajar2 jepun tingkatan 5 (warisan '812) dan melihat wajah2 mereka di atas pentas......kali ini ternyata aku kalah lagi......dengan hanya melihat mereka berdiri di atas pentas, aku tidak mampu lagi menahan airmata.......dan mendengar mereka manyanyikan lagu 'Mirai e'..... airmataku mengalir sederas air terjun, tanpa ada sekatan....ku rasakan aku hanya mendengar sahaja suara mereka tanpa mampu melihat kerana sepanjang persembahan aku cuba menahan airmata yang jatuh......dan ditengah2 nyanyian, ungkapan daripada Azzizat, Haziq Basyyar dan Nasif serta Hazman Hamidon (mereka juga gagal menahan airmata) menambahkan lagi sebak ketika itu.....seakan belati yang menusuk jantungku, sakit dan pedihnya ungkapan perpisahan daripada mereka......

dan kehadiran Omar Farouk dan Afif Aziz secara tiba2 di depan ku, sambil menghulurkan sebuah nota dan hadiah, memaksa aku untuk melepaskan sahaja tangisan........tanpa memikirkan rasa malu lagi........biar la hari ini menjadi kenangan untuk aku ingati selama2nya......tangis dan ceria bersama mereka.......



video


buat semua yang bersusah payah merealisasikan majlis berharga ini (aku sebenarnya nak tuliskan semua nama kalian kat sini, tapi takut akan ada yang tertinggal dan akan ada yang berkecil hati, maka biar la ......tapi kalian tau siapa kalian......) aku tunduk menghargai segala yang kalian untukku 03/02 yang lalu......segala kenangan akan aku simpan di satu ruang istimewa di sudut hati ku......

maaf kupohon andai sepanjang kita bersama, aku banyak meluka, menguris dan mengecewakan kalian.....aku sujud memohon keampunan kepada Allah jua atas segala kesalahan ku terhadap kalian.......insyaAllah selagi aku masih ada dibumi Allah ini, satu masa kita akan bersua semula......

15 APRIL 2000 ~ 31 DISEMBER 2011
KENANGAN TERINDAH HARI2 KU DI SDAR

TERIMA KASIH!!!!




(airmata ku jatuh lagi tika menulis post ini)