Saturday, July 23, 2011

Aku dan duniaku 200........pandangan anak 11 tahun...

salam untuk semua.........

cuba untuk aktif menulis semula....hrmmm...boleh ke??? ...atau sekadar mengisi masa yang kadang2 terluang....(mungkin jugak)....???? tapi papepun, aku nak citer sesuatu la kat sini.....

siang tadi aku ke sunway lagoon, taman permainan yang cukup popular, bukan saja di malaysia, malah di benua asia juga.......(x pasti betul ke tak statement ni......aku agak2 je....). seronok dapat sesekali menghiburkan diri sendiri. sebenarnya aku pergi menemankan member aku bawak bebudak dia ke sana. kira menumpang la ni. dalam menumpang2 tu, aku ajak anak2 buah aku pegi sekali......maka bergembira la mereka di sana. berendam sampai segala2nya kecut...hehehe

bila hujung minggu memang la ramai manusia kat sini. macam2 jenis ada. kiranya kalau sesiapa hobi dia 'memerhati manusia' atau 'people watching', tempat ni memang sesuai sangat......apatah lagi kalau nak 'cuci mata'......hehehehe.......paham2 la kan......

tengah tercari2 tempat untuk 'berkelah' kat water park kat situ, tetiba anak buah aku bersuara, "macam kat luar negara kan makyong...."
"kenapa pulak bang?" tanyaku.
"sebab orang asing lebih ramai. macam kita pergi tempat dia pulak", selamba je anak buah aku yang berusia 11 tahun tu menjawab.
tersentak aku sekejap dengar jawapan tu. dan aku perhatikan sekeliling. hrmmm......memang betul pun.
sunway lagoon dipenuhi oleh pak-pak dan mak-mak arab (dan kaum yang sewaktu dengan nya) yang ramai membawa anak2 mereka ke sana. rasanya hampir separuh pengunjung sunway lagoon tu, puak2 arab ni je. itu belum tambah lagi yang dari korea, indon, india dan ada juga dari negara orang putih (sebab kulit dan pakaian dia berbeza.....)

selamba je puak2 ni berpakaian mandi yang menjolok mata...x kira la perempuan ke, lelaki ke, sumenya sama.......kemudian sesat la pulak kaum melayu kita yang juga berpakaian 'sesuai' untuk mandi tanpa rasa malu langsung........memang la ada etika berpakaian kat situ, tapi ada jugak etika untuk orang melayu, islam yang lebih sopan. ni melebihi minah saleh lagi.......hrmmmm.....biar la. itu hak dia...kan??

so, pada aku betul la kata anak buah aku tu. dah la yang memang pelancong luar tu dah ramai, ditambah la pulak orang negara kita yang nak jadi macam pelancong luar tu.......mana tak terasa macam berada di luar negara....kan???

itu pandangan anak buah aku yang berusia 11 tahun.
guests pulak macammana....??????


gambar2 ......sikit je

parking dalam sunway pyramid......
ambik gambar takut terlupa kat mana parking
(kenangan pahit di midvalley....hehehe)



x sempat nak feed sebab belum time feeding waktu tu.....
so, posing je la......


kat wild life park.....


rerama menghirup madu bunga yang dijadikan umpan


bear feeding......hehehe



the longest hanging bridge in the world......
masa nak cross tadi ada board yang tulis camtu....



nak juga la ada kenangan di sunway lagoon .....kan????


anak2 buah aku......
(si kecik tu dah masuk air x nak keluar)

Tuesday, July 19, 2011

Aku dan duniaku 199 ... bukan merajuk.....hrmmmm

salam untuk semua.....

bukan dah bosan, bukan dah malas, bukan dah ketandusan idea dan juga bukan dah merajuk.........semua itu bukan..... tapi ntah mengapa begitu sukar untuk aku mengetuk papan kekunci laptop ni untuk bercerite......
benda yang nak ditulis bukan main banyak lagi.....banyak peristiwa yang berlaku yang boleh aku ceritakan di sini tapi................entah la.....adakah minat ku semakin berkurang????

aku nak citer tentang pertandingan akhir wind orchestra, aku nak tulis tentang pertandingan akhir debate bahasa inggeris, aku nak komen tentang perhimpunan be%$#h yang aku x suka tu, aku nak kongsi cerita pergi bon odori di shah alam.................aku nak tulis sume tu.....tapi tak tertulis jugak....kenapa ye????? musykil plak aku.................hrmmmmm....

facebook pun aku malas nak layan sekarang........kadang2 aku naik menyampah baca post yang ntah pape kat situ.........ada yang memaki hamun la, mencarut la, bercintan dan berkasih2an la, berniaga la, berpolitik la, mengutuk2 la, ........pendek citer macam2 ada la kat fb tu........sampai citer dalam kelambu pun nak tayang2 kat orang lain......eeeee!!!! tak paham betul la manusia ni.....memang la dunia ni dah semakin tua, dah semakin hampir ke penghujungnya............

sori la guests.......entri aku kali ni mengarut sikit........tapi pape pun terima kasih kerana sudi lagi untuk singgah.........

....dan dikesempatan ini......................

rejab dah berlalu, syaaban dah sampai kepenghujungnya dan insyaAllah minggu hadapan kita akan didatangi bulan mulia, bulan yang dinanti2 , bulan untuk menambahkan amalan........bulan Ramadhan al Mubarak..............semoga kedatangan bulan istimewa penuh barakah ini akan mengubah diri kita menjadi insan yang lebih mulia di sisi Allah...........


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN, BULAN MULIA
&
SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA

Monday, July 4, 2011

Aku dan Duniaku 198.......mak aiii!!!!...sebulan hibernate....

salam untuk semua......

baru lepas jenguk2 blog. rupanya dah teramat lama sangat aku x mengupdate blog dengan citer2 aku. bulan jun langsung x de citer. sebulan blog aku hibernate. kenapa ye??? hrmmm......mungkin sebab bulan jun tu bulan cuti sekolah, so aku pun bercuti sakan. baik buku mahupun blog aku x usik langsung.

cuti sekolah minggu pertama aku ke penang, anak sepupu aku bertunang. minggu ke dua cuti aku pg langkawi dengan cikgu2 sekolah, program ldp. pastu buka je sekolah aku bermesyuarat selama sminggu di kl. balik ke sekolah semula sibuk dengan sukan tara, acara sebelum sukan. pastu tu sakan dengan sukan sekolah. malamnya pulak sibuk dengan dinner amal pibg.

pastu tu seminggu sekolah seperti biasa. hujung minggu ari tu (2, 3 Julai) bersama pasukan wind orchertra di alam shah dan picc. dan sekarang ni berbengkel dan berkursus di ipoh perak sampai ari rabu nanti (4 ~ 6 julai).

rasa melayang camtu je hari2 aku. rasanya dah lama aku x buat kerja yang menyeronokkan macam bersantai tengok csi series, kegemaran aku (sebab sejak kebelakangan ni malam pukul 10 je aku dah pengsan), baca novel2 ringann tentang kehidupan dan yang paling aku miss shopping buku kat mph.....lama sungguh aku tinggalkan aktiviti ni.......bila la boleh buat agaknya......tu belum lagi jalan2 kat melaka (yang memang aku suka.....)...InsyaAllah, aku akn curi2 jugak masa untuk buat sume tu balik......

ni pun aku curi2 waktu masa bengkel yang x de slot malam (kali pertama x de slot malam ni....) untuk jenguk2 fb dan baca blog2 favourite aku....lagipun wifi kat hotel ni memang laju giler....seronok sungguh surf internet........

kesimpulannya.......
kita perlu pandai menggunakan masa yang terhad yang kita peroleh dengan perkara yang berfaedah dan menggembirakan kita.....biarpun sekejap tapi jika memuaskan dan memberi kelegaan kepada kita, buat la.......kadang kala benda yang kita buat sebentar cuma itu mampu membuat kita tersenyum tanda kita gembira............. luv....:)