Wednesday, September 29, 2010

Aku dan duniaku 179...... nostalgia tarikh ini.....

salam untuk semua.......

fuuuhhh....!!!! kesibukan raya dan kembali semula ke sekolah, menjauhkan aku sekejap dengan 'duniaku' ini..... banyak sangat benda yang nak dibuat........sebab tu la aku tak berapa suka kalau cuti panjang sebab banyak kerja yang akan terkumpul lepas cuti tu nanti.......hehehe... bukan la tak suka cuti, tapi kalau panjang sangat, mood nak kerja lepas tu pun lambat je nak timbul semula.......bandan yang dimanjakan sepanjang cuti, malas nak aktif semula.....

nak tulis post kat blog ni pun camtu la...... kena tunggu mood betul2 ada. kalau tak, tak tau nak mengarang apa......bukan tak de citer, tapi kesibukan tahap melampau tu yang menghalang aku nak mengadap blog ni selalu.......sori la pada guests yang sentiasa singgah, tapi masih terpaksa membaca post yang sama.........

lepas cuti raya aritu, 1st day of school, isnin, 20 september, adalah tarikh lahir aku yang ke....ttuuuuuttttt!!!....hehehe....(kena cover gak la sebab angka dah terlampau unik....hehehe...). malam tu hp aku dah bertalu2 didatangi msg ucap selamat. mana yang aku rasa perlu jawab, aku jawab la.......yang lain tu aku k.i.v dulu. tapi salah satu sebab kenapa birthday tahun ni nostalgia ialah.......dah 1/2 jam dari teman2 dan bekas pelajar msg aku terima, msg dari orang yang ditunggu2 tak jugak tiba......aku mula rasa sedih dan kecewa.....kerana dia melupakan.....dan bila msg itu tiba pun, just ucap selamat yang ringkas...........bertambah 'sentap' la aku.......spoil mood ceria birthday aku hari tu......dan aku meraju dengan dia sepanjang minggu......(bukan sepanjang hari tau.... tapi sepanjang minggu!!!!)

tapi bila sebelah petang aku tengok fb, banyak ucapan yang diterima, terubat gak la sikit rasa kecewa.....aku cuba hilangkan rasa kecewa tu dengan membalas setiap satu ucapan yang dikirimkan dan menjelang jam 12 tgh malam ari tu, alhamdulillah, aku berjaya menghantar kepada semua ucapan terima kasih atas ucap selamat yang diberikan..........satu kepuasan!!!!

merajukku masih berpanjangan.............keesokan harinya aku terharu pulak dengan satu kejutan. menanti di pegion hole aku kat sekolah adalah kotak coklat. puas memikir, dari sapa dan setelah melihat postage dan alamat dibelakang kotak tu, aku jadi terkedu....... + gembira. rupanya kiriman hadiah hari jadi dari australia!!!!! bekas pelajar aku, faidzal dan bota yang mengirimnya......terharu aku sebab mereka yang jauh masih mengingati tetapi dia yang hadir dekat denganku lupa untk membisikkan ucapan...... ini satu lagi sebab mengapa tahun ni nostalgia sikit........thanks again faidzal, bota!!!

....drp faidzal dan bota.....down under.....

satu lagi nostalgianya tarikh 20 september tahun ini ialah hadiah dari teman istimewa dulu2......(citer lama la......)sebenarnya aku menerima hadiah ini sehari sebelum tarikh itu. bertemu dia di kuala lumpur....dia 'memaksa' aku untuk menerima pemberiannya....terima kasih teman....!!!! (pasal ni tak yah la citer panjang2.......hehehehe)

....drp teman dulu........

dan malam tarikh itu, aku mencari sesuatu untuk diriku....seperti tahun2 sebelum ni, aku mencari hadiah hari jadi untuk diri sendiri ....(walaupun tahun lepas dah kata tak beli hadiah untuk tempoh yang lama....sebab dah beli hadiah termahal.....wtf 9002....tapi kepuasan menghargai diri sendiri tu tak ada la pulak rasanya........) so aku dapat kan seutas jam tangan untk diri sendiri.........sebagai syarat memuaskan dan menghargai diri sendiri.......

oh ya.... tak lupa juga hadiah comel dari arif, bekas pelajar yang sentiasa menceriakan ....... thanks arif!!!

......si comel...drp arif....

nostalgianya tarikh 20 september tahun ini adalah suka duka yang aku alami pada tarikh ini......namun begitu aku memanjatkan kesyukuran kehadrat ALLAH swt kerana memanjangkan usia ku untuk menikmati kehidupan ini dan mengharapkan berkat yang berterusan dari NYA....insyaAllah...................

akhir sekali kepada semua teman dan bekas pelajar yang mengirim ucapan pada 20 sepetember lalu, sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih ikhlas dari hati aku sampaikan buat semua..............terima kasih kerana mengingati......(walaupun sebenarnya fb yang mengingatkan...... :).......

kenangan 20 september 2010...................

Saturday, September 11, 2010

Aku dan duniaku 178..... citer raya

salam untuk semua.....


alhamdulillah, telah selamat kita menyempurnakan ibadah berpuasa di bulan penuh berkat, bulan ramadhan.....diharapkan segala amalan dibulan mulia ini akan diberkati olah ALLAH. namun begitu jangan la pula bila berakhirnya bulan ramadhan, maka berakhirlan segala amalan dan kebaikan yang kita amalkan sepanjang bulan itu. teruskan la amalan untuk bulan2 seterusnya kerana keberkatan dan pahala dari ALLAH akan datang sepanjang waktu jika kita beramal.......insyaAllah......

dan alhamdulillah juga kerana kita berjaya menyambut kedatangan bulan syawal, bulan kejayaan dengan selesa dan bahagia, nikmat dan berkat dari ALLAH jua. bagi aku, raya tahun ni agak istimewa sebab kehadiran teman dari jauh menyambut raya bersama di kampung.......
mulanya serba salah jugak nak pelawa dia, takut tak sesuai dengan keadaan kampung aku, tapi bila pikir pengalaman yang bakal dia dapat nanti, aku ajak jugak. biar dia merasa suasana beraya di kampung...(walaupun kampung aku ni dah kira moden ..... highway dah terbentang belakang umah....).

sehari sebelum raya, aku jemput dia di stesen komuter kajang......sampai je umah, mak baru je masak rendang ayam. apa lagi, dia pun cukup teruja dan terus ambik sudik (senduk panjang) dan mengacau rendang tu......(dia ni memang suka makan rendang.....). sampai siap dia 'setia' kat kuali rendang tu......dia la yang mak aku suruh merasa pedas dan masin rendang tu......ok, ok, ...jawab dia.......(betul ke ok tu....hehehe)

kusyuk mengacau rendang.....

waktu ni la rendang tengah sedap......hrmmmm

dia juga turut sama berbuka puasa dengan keluarga aku.....walaupun puasa terakhir, tapi dia kelihatan seronok....(sanggup tak makan tengahari siang tu sebab nak rasa berbuka puasa sama2 keluarga aku....). lepas isyak, dengan anak2 buah aku dia sama2 pulak main bunga api kat halaman rumah......dah macam budak2......seronok sungguh dia.....aku yang tengok ni pun seronok jugak..........(aku pikir, kat jepun pun ada bunga api...malah lagi canggih ..... mungkin dia tak main masa kecik2 dulu kot....ntah la.....hehehe)

menunggu berbuka puasa dengan anak2 buah aku....

mori san pun join sama......

baik2 pegang bunga api tu... kakak.....

nak cuba jugak la.......

mori san dengan anak2 buah aku.......

malam...adik aku ajak ke bazar ramadhan....malam terakhir sure kuih dan baju dijual lelong. aku pun ajak dia sama....walaupun aku tengok dia nampak penat, tapi dia nak ikut jugak......memang betul lelong sakan kat bazar tu...(pegi bazar kat kajang je....). pukul 12 mlm balik, sampai umah sume pengsan dek kepenatan......

keesokannya, hari raya......dia bangun dulu dari aku. siap mandi dan berbaju kurung.....malu pulak aku jadinya......siap tolong kupas nenas lagi....(dia kata 1st time tengok buah nenas bulat2 ni......sebab kat jepun nenas yang biasa dia tengok dalam tin je.....). lepas siapkan juadah.....dan lepas adik2 aku semua datang, sesi bermaafan pun bermula. dia pun sama bersalaman dengan mak aku. yang seronoknya dia pun sama bagi duit raya kat mak dan anak2 buah aku......(ntah sapa bagitau dia pasal duit raya ni pun aku tak tau.....) oh ye.....satu lagi seronoknya, dia nak pakai tudung dengan baju kurung........dia memang biasa berbaju kurung kat sekolah....so, aku tak heran la kalau dia pakai baju kurung. tapi bila dia kata nak pakai tudung, aku terkejut la.....aku cakap tak pakai pun tak pe. tapi dia kata nak pakai jugak. nak rasa suasana tu......so, satu hari 1st ari raya dia pakai tudung.......sume yang datang beraya rumah aku ari tu seronok tengok dia pakai baju kurung dan bertudung. aku rasa dia pun seronok jumpa sedara2 aku yang ramai datang ari tu.......(penuh la umah sampai ke dapur dek sedara2 yang datang sama2......)


1st time tengok nenas dan 1st time kupas nenas....

sopan nye berbaju kurung dan bertudung........

bersalaman dengan mak aku......(mak dapat duit raya lagi)

petang aku bawak dia ziarah rumah makcik2 dan pakcik2 aku (rumah wajib dizaiarahi bila hari raya).......makcik dan pakcik aku pun seronok tengok ada orang berlainan agama, bangsa dan adat resam turut sama menyambut raya bersama tahun ini.......yang bagus nya member aku ni, dia tak kisah pasal makan......apa yang dia nak cuba, dia akan makan. bukan kira pun makanan tu pedas ke, berminyak ke, dia makan jugak. (selalunya orang jepun ni jaga makanan dia tambah2 benda2 berminyak......) . dan lagi, dia ni ramah. rajin berborak.......(boleh berbahasa melayu sebab dia bersungguh belajar bahasa melayu selama berada di sini.....). sampai rumah terakhir, dia dah surrender.....dah tak larat makan........tapi masih tersenyum seronok.....

malam, sume flat dan kekenyangan. tapi sempat gak dia join anak2 buah aku main bunga api sekali lagi. semua ahli rumah aku malam tu jam 11 malam dah tido.......nyenyak sampai pagi.....

sampai x sempat tukar baju sebab nak main bunga api.....


rasa serba salah aku mula2 ari tu hilang sama sekali bila aku tengok dia seronok beraya bersama keluarga aku......aku harap pengalaman yang dia dapat selama berada di malaysia ni dapat menjadi kenangan buatnya dan akan diceritakan kepada keluarganya nanti tentang betapa harmoninya hidup rakyat malaysia baik di kota mahupun di kampung.........insyaAllah.......

kepada mori san, harap pengalaman berhari raya di malaysia ini dapat menjadi kenangan manis untuk di bawa pulang ke jepun......dan kepada sume guests, tak terlewat lagi rasanya aku nak mengucapkan ............
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR DAN BATHIN


keluarga aku + mori san.....
(2 keluarga adik aku x de sebab baik kampung isteri dulu)


anak2 buah aku balik beraya.....


anak2 buah kesayangan aku......+ mori san....


si comel.......(yang tengah2 tu la....)

Sunday, September 5, 2010

Aku dan duniaku 177.....kesesakan 'manusia'...

salam untuk semua......

banyak la pulak citer nak tulis ni..... :) elok la kan, daripada tak de citer......

pagi tadi leaps ambik barang drp member, aku terus ke kl. pikir2 kat umah pun bukan buat ape, dan dah terlanjur keluar, aku ingat nak pg window shopping la kat kl....nak tengok suasana warga kota membeli belah di hujung minggu terakhir sebelum sambutan hari raya......

destinasi pertama aku adalah kat klcc. tapi mungkin sebab hujan pagi tadi, walaupun dah pukul 11:30 klcc masing lengang. tak ramai lagi pengunjung. so, lepas lebih kurang 30 min aku kat situ, aku ambik keputusan ke tempat yang sure ramai orang, tak kira pagi ke, petang ke, malam ke. halatuju aku ialah ke famous spot, JALAN TAR.......

sampai di jalan TAR, aku parking di tempat biasa....underground parking di sebelah semua house. rm3 per entry......murah jika dibandingkan dengan tempat2 lain (rm 8 per entry) . aku sampai dah pukul 12:30....memang peak hour la......

aku ke sogo dulu.....masyaAllah!!! punya la ramai manusia!!.....ruang bargain kat bawah tu sampai tak nampak barang dah. penuh dengan manusia. bersesak2 dan berebut2 memilih handbag dan kasut berjenama yang value buy dan ~% off...... tak sanggup aku nak bergesel2 badan kat situ......eee....x de la....

kesesakan manusia di sogo.....

tarikan diskaun sehingga separuh harga.....

aku naik ke tingkat 2, kat bahagian kasut. aku suka ke sini sebab pilihan kasut banyak. tapi kali ni tak selesa nak tengok dan pilih kasut sebab bukan main ramai orang. sudahnye lepas try beberapa pasang kasut, aku tinggalkan tempat tu dan keluar dari sogo.......tak sanggup nak bersesak2 dan beratur panjang time nak bayar......

di tingkat dua......ruang kasut

aku tukar haluan ke JALAN TAR.....tapi kat sini pun, mak ai!!! lagi sesak, kesesakan tahap ekstrem.....aku tak sanggup nak masuk kat lorong gerai2 kat situ......tak boleh nak bergerak......aku rimas bila tak dapat nak bergerak pantas....(dah biasa kot jalan laju2 stail jepun.....hehehe). sudahnya aku duduk kat entrance semua house dan memerhati gelagak manusia yang bukan main ramai kat situ........seronok jugak tengok macam2 sikap manusia bila bershopping ni......kesian tengok anak2 merengek keletihan, tersandar kat tangga2 dan kaki lima kedai.....sementara menanti mak2 bershopping....(dah tau jalan TAR tu sesak tahap cipan, kenapa la dok angkut anak2 besar tu.....kan terseksa sudahnye diaorang.... orang perempuan ni biasala, bila dah bershopping, memang tak ingat orang keliling dah.....tu bercakap berdasarkan pemerhatian.....hehehe...)

kesesakan kenderaan di jalan TAR

sepatutnye lorong kenderaan......dah jadi lorong manusia

kesesakan di lorong2 gerai......

kesesakan yang buat aku rimas......

kesesakan melampau di hadapan semua house....

seronok sebenarnya kalau jalan2 kat sini, tengok gelagat manusia. walaupun tak beli pape, aku puas dapat turut serta dalam suasana persediaan menjelang hari raya.......(walaupun lepas tu bersungut lenguh kaki dek banyak sangat berjalan......)

tapi papepun, beringat2 la ketika membeli belah tu sebab ada yang akan mengambil kesempatan ketika asyik sangat hingga tak sedar diri diperhati. pegang tangan anak2....(tadi je 2 kali aku dengar pengumuman jumpa budak ditinggalkan ibu bapa di sogo......) jangan nanti keseronokan bertukar kedukaan......dan berjimat2 la ketika berbelanja. pikir dulu perlu ke tidak setiap benda yang hendak dibeli.......sebaiknya rancang perbelanjaan dan sediakan list barang apa yang perlu dan anggaran harga yang bakal dibayar nanti.....insyaAllah lepas raya nanti, tak la pokai menjelang masuk gaji seterusnya.....hehehe.....

Aku dan duniaku 176.......berhati2 di jalan raya.....

salam untuk semua.....


ni nak citer pasal kecuaian manusia. dah penat agaknye iklan kan radio dan tv ingatkan supaya berhati2 dijalan raya terutama dimusim perayaan ini. berkali2 diingatkan supaya men'servis' kenderaan sebelum memulakan perjalanan, terutamanya perjalanan jauh.....aku yang balik kampung dekat ni pun...(ikut lekas highway, 20 minit dah sampai umah....memang lekas!!!...) servis kereta gak......apatah lagi kalau bas2 yang bertanggungjawab membawa penumpang ke destinasi masing2....


nampak cam bas berhenti nak bayar tol je......

pagi tadi aku ada janji dengan member nak jumpa di tol sungai besi sebab dia nak bagi barang kat aku.....tepat jam 10 aku kuar umah......sampai je kat tol sungai beli tiga lorong belah kiri dari selatan kereta tak boleh masuk......sebabnye ada kemalangan dekat tol tu.......betul2 kat laluan tol tu sebuah bas sekolah dengan plat pendaftaran penang tersadai kat situ.......ni mesti bawak rombongan kemana2 sempena cuti sekolah ni......kebetulan pulak lorong yang aku ambk betul2 kat sebelah lorong kemalangan tu........sampai je dekat, rupanya bahagian kanan bas (kat bahagian pemandu tu) dah langgar pembahagi lorong tol.....nasib baik tak langgar pondok tukang kutip tol.....aku rasa penumpang dan pemandu bas tu selamat kot......sebab tak la teruk sangat....tapi yang teruknya adalah dua buah kereta yang tersadai kat lorong tu.....bila aku tanya brother tol tu, dia kata bas tu brek dia tak makan......nak elak dari terus langgar kereta dpan, pemandu bas tu terus langgar pembahagi lorong tu.......

.....tapi sebenarnya berhenti sebab langgar pembahagi lorong


......sebab brek tak 'makan'.......


kereta yang jadi mangsa di tengah lorong tol.....



hrmmm.......aku nak ingatkan sekali lagi la.....pada semua yang akan memandu jauh utk balik beraya tahun ni, servis la kenderaan tu betul2 dan berhati2 la ketika memandu. waktu2 begini....biar la lambat asalkan selamat.....kampung tu tetap akan ada kat situ...tak payah nak di kejar2 ..........


akhir sekali.......aku nak ambik kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI dan JUTAAN KEMAAFAN aku pohon andai ada yang tersinggung dan terasa ketika membaca citer2 aku kat sini........

Wednesday, September 1, 2010

Aku dan duniaku 175......bonus bukan untuk aku..:(

salam untuk semua.......
alhamdulillah...ada citer aku nak post kali ni. lama aku tak tulis citer kat sini. post kali sepatutnya aku tulis dengan mood ceria.....tetapi cam tajuk post aku kali ni .....'bonus bukan untuk aku....'. so, tau la camne mood aku masa ni kan....:(
mula2 aku nak ucap berbanyak terima kasih kat kerajaan yang prihatin sebab tanpa dirancang dapat juga kakitangan kerajaan merasa bonus untuk belanja tahun ni...... memang tak sangka la akan dapat duit raya lebih tahun ni.......gaji bulan ogos yang dah dapat tu sebenarnya dah dibahagi2kan untuk belanja raya.....so, dengan adanya bonus kali ni dapat la tambahan sikit untuk bahagian2 itu.......SEPATUTNYA LA.......
tapi bukan untuk aku la.......bonus raya ni aku terpaksa bagi untuk 'buah hati' aku......nak buat camne, dah tiba masanya untuk 'dia' di'spa'kan....kalau tak nanti, merajuk la pulak.....hrmmmm....sudahnya bonus raya yang aku dapat tu, sume untuk 'buah hati'........cam tak dapat pape je la.........
sebenarnya nak tunggu gak dulu pasal nak antar 'spa' tu. tapi bila pikir, nanti-nanti pun aku kena gak antar, so ada rezeki sikit ni, baik aku antar je la.......dah selesai, senang hati.......kena la berkorban sikit nak jaga hati 'dia' ........lagipun dah tua2 ni, raya ke tak raya ke sama je.......lagipun untuk belanja raya memang aku dah siapkan awal2........
tu la kata orang kan......sume yang berlaku tu ada hikmahnya.......jangan la nak berungut bila kerajaan bagi rm500.....kata tak cukup la, kedekut la, ciput la........dah bagi tu, alhamdulillah.....ni bila tak bagi bising, bila dah bagi pun bising gak.......aku sakit telinga betul bila ada orang yang camni tau.......tak pandai nak bersyukur.......dah banyak tu je yang kerajaan mampu bagi.......terima je la......tu pun, berjuta gak duit kerajaan yang kuar sebab nak bagi bonus kat kaki tangan kerajaan.......tu nasib baik kerja kerajaan, kalau kerja swasta tu....tak dapat pun pape.....ikut syarikat la, nak bagi ke tak...(tapi biasanya x bagi....)
papepun......bersyukur la dengan apa yang kita ada dan kita perolehi......ramai lagi yang tak bernasib baik macam kita.......macam aku ni......dapat bonus tapi bukan untuk aku......untuk WTF 9002 aku.......:(