alhamdulillah, telah selamat kita menyempurnakan ibadah berpuasa di bulan penuh berkat, bulan ramadhan.....diharapkan segala amalan dibulan mulia ini akan diberkati olah ALLAH. namun begitu jangan la pula bila berakhirnya bulan ramadhan, maka berakhirlan segala amalan dan kebaikan yang kita amalkan sepanjang bulan itu. teruskan la amalan untuk bulan2 seterusnya kerana keberkatan dan pahala dari ALLAH akan datang sepanjang waktu jika kita beramal.......insyaAllah......
dan alhamdulillah juga kerana kita berjaya menyambut kedatangan bulan syawal, bulan kejayaan dengan selesa dan bahagia, nikmat dan berkat dari ALLAH jua. bagi aku, raya tahun ni agak istimewa sebab kehadiran teman dari jauh menyambut raya bersama di kampung.......
mulanya serba salah jugak nak pelawa dia, takut tak sesuai dengan keadaan kampung aku, tapi bila pikir pengalaman yang bakal dia dapat nanti, aku ajak jugak. biar dia merasa suasana beraya di kampung...(walaupun kampung aku ni dah kira moden ..... highway dah terbentang belakang umah....).
sehari sebelum raya, aku jemput dia di stesen komuter kajang......sampai je umah, mak baru je masak rendang ayam. apa lagi, dia pun cukup teruja dan terus ambik sudik (senduk panjang) dan mengacau rendang tu......(dia ni memang suka makan rendang.....). sampai siap dia 'setia' kat kuali rendang tu......dia la yang mak aku suruh merasa pedas dan masin rendang tu......ok, ok, ...jawab dia.......(betul ke ok tu....hehehe)
kusyuk mengacau rendang.....
waktu ni la rendang tengah sedap......hrmmmm
dia juga turut sama berbuka puasa dengan keluarga aku.....walaupun puasa terakhir, tapi dia kelihatan seronok....(sanggup tak makan tengahari siang tu sebab nak rasa berbuka puasa sama2 keluarga aku....). lepas isyak, dengan anak2 buah aku dia sama2 pulak main bunga api kat halaman rumah......dah macam budak2......seronok sungguh dia.....aku yang tengok ni pun seronok jugak..........(aku pikir, kat jepun pun ada bunga api...malah lagi canggih ..... mungkin dia tak main masa kecik2 dulu kot....ntah la.....hehehe)
menunggu berbuka puasa dengan anak2 buah aku....
mori san pun join sama......
baik2 pegang bunga api tu... kakak.....
nak cuba jugak la.......
mori san dengan anak2 buah aku.......
malam...adik aku ajak ke bazar ramadhan....malam terakhir sure kuih dan baju dijual lelong. aku pun ajak dia sama....walaupun aku tengok dia nampak penat, tapi dia nak ikut jugak......memang betul lelong sakan kat bazar tu...(pegi bazar kat kajang je....). pukul 12 mlm balik, sampai umah sume pengsan dek kepenatan......
keesokannya, hari raya......dia bangun dulu dari aku. siap mandi dan berbaju kurung.....malu pulak aku jadinya......siap tolong kupas nenas lagi....(dia kata 1st time tengok buah nenas bulat2 ni......sebab kat jepun nenas yang biasa dia tengok dalam tin je.....). lepas siapkan juadah.....dan lepas adik2 aku semua datang, sesi bermaafan pun bermula. dia pun sama bersalaman dengan mak aku. yang seronoknya dia pun sama bagi duit raya kat mak dan anak2 buah aku......(ntah sapa bagitau dia pasal duit raya ni pun aku tak tau.....) oh ye.....satu lagi seronoknya, dia nak pakai tudung dengan baju kurung........dia memang biasa berbaju kurung kat sekolah....so, aku tak heran la kalau dia pakai baju kurung. tapi bila dia kata nak pakai tudung, aku terkejut la.....aku cakap tak pakai pun tak pe. tapi dia kata nak pakai jugak. nak rasa suasana tu......so, satu hari 1st ari raya dia pakai tudung.......sume yang datang beraya rumah aku ari tu seronok tengok dia pakai baju kurung dan bertudung. aku rasa dia pun seronok jumpa sedara2 aku yang ramai datang ari tu.......(penuh la umah sampai ke dapur dek sedara2 yang datang sama2......)
1st time tengok nenas dan 1st time kupas nenas....
sopan nye berbaju kurung dan bertudung........
bersalaman dengan mak aku......(mak dapat duit raya lagi)
petang aku bawak dia ziarah rumah makcik2 dan pakcik2 aku (rumah wajib dizaiarahi bila hari raya).......makcik dan pakcik aku pun seronok tengok ada orang berlainan agama, bangsa dan adat resam turut sama menyambut raya bersama tahun ini.......yang bagus nya member aku ni, dia tak kisah pasal makan......apa yang dia nak cuba, dia akan makan. bukan kira pun makanan tu pedas ke, berminyak ke, dia makan jugak. (selalunya orang jepun ni jaga makanan dia tambah2 benda2 berminyak......) . dan lagi, dia ni ramah. rajin berborak.......(boleh berbahasa melayu sebab dia bersungguh belajar bahasa melayu selama berada di sini.....). sampai rumah terakhir, dia dah surrender.....dah tak larat makan........tapi masih tersenyum seronok.....
malam, sume flat dan kekenyangan. tapi sempat gak dia join anak2 buah aku main bunga api sekali lagi. semua ahli rumah aku malam tu jam 11 malam dah tido.......nyenyak sampai pagi.....
sampai x sempat tukar baju sebab nak main bunga api.....
rasa serba salah aku mula2 ari tu hilang sama sekali bila aku tengok dia seronok beraya bersama keluarga aku......aku harap pengalaman yang dia dapat selama berada di malaysia ni dapat menjadi kenangan buatnya dan akan diceritakan kepada keluarganya nanti tentang betapa harmoninya hidup rakyat malaysia baik di kota mahupun di kampung.........insyaAllah.......
kepada mori san, harap pengalaman berhari raya di malaysia ini dapat menjadi kenangan manis untuk di bawa pulang ke jepun......dan kepada sume guests, tak terlewat lagi rasanya aku nak mengucapkan ............
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR DAN BATHIN
keluarga aku + mori san.....
(2 keluarga adik aku x de sebab baik kampung isteri dulu)
anak2 buah aku balik beraya.....
anak2 buah kesayangan aku......+ mori san....
si comel.......(yang tengah2 tu la....)
Sensei, Raya no hi omedetou~ haha..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Maaf Zahir Batin..
Bestnye sensei bw org jepun beraya sekali..
reefqi san,
ReplyDeleteotagaini, rayano hi omedetou ;)...
dia pun seronok beraya.....hehehe