salam untuk semua.....
ni nak citer pasal kecuaian manusia. dah penat agaknye iklan kan radio dan tv ingatkan supaya berhati2 dijalan raya terutama dimusim perayaan ini. berkali2 diingatkan supaya men'servis' kenderaan sebelum memulakan perjalanan, terutamanya perjalanan jauh.....aku yang balik kampung dekat ni pun...(ikut lekas highway, 20 minit dah sampai umah....memang lekas!!!...) servis kereta gak......apatah lagi kalau bas2 yang bertanggungjawab membawa penumpang ke destinasi masing2....
nampak cam bas berhenti nak bayar tol je......
pagi tadi aku ada janji dengan member nak jumpa di tol sungai besi sebab dia nak bagi barang kat aku.....tepat jam 10 aku kuar umah......sampai je kat tol sungai beli tiga lorong belah kiri dari selatan kereta tak boleh masuk......sebabnye ada kemalangan dekat tol tu.......betul2 kat laluan tol tu sebuah bas sekolah dengan plat pendaftaran penang tersadai kat situ.......ni mesti bawak rombongan kemana2 sempena cuti sekolah ni......kebetulan pulak lorong yang aku ambk betul2 kat sebelah lorong kemalangan tu........sampai je dekat, rupanya bahagian kanan bas (kat bahagian pemandu tu) dah langgar pembahagi lorong tol.....nasib baik tak langgar pondok tukang kutip tol.....aku rasa penumpang dan pemandu bas tu selamat kot......sebab tak la teruk sangat....tapi yang teruknya adalah dua buah kereta yang tersadai kat lorong tu.....bila aku tanya brother tol tu, dia kata bas tu brek dia tak makan......nak elak dari terus langgar kereta dpan, pemandu bas tu terus langgar pembahagi lorong tu.......
.....tapi sebenarnya berhenti sebab langgar pembahagi lorong
......sebab brek tak 'makan'.......
kereta yang jadi mangsa di tengah lorong tol.....
hrmmm.......aku nak ingatkan sekali lagi la.....pada semua yang akan memandu jauh utk balik beraya tahun ni, servis la kenderaan tu betul2 dan berhati2 la ketika memandu. waktu2 begini....biar la lambat asalkan selamat.....kampung tu tetap akan ada kat situ...tak payah nak di kejar2 ..........
akhir sekali.......aku nak ambik kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI dan JUTAAN KEMAAFAN aku pohon andai ada yang tersinggung dan terasa ketika membaca citer2 aku kat sini........
No comments:
Post a Comment