Tuesday, September 29, 2009

Aku dan duniaku 113 ......... ひさしぶり.... hisashiburi...

salam untuk semua.......

hari ni 'hisashiburini' dapat cakap nihongo. biasanya aku guna nihongo masa dalam kelas je... itupun banyak bahasa melayu drp nihonga (ye la...... budak2 aku tu bukan nyer paham pun kalau aku cakap nihongo...... melopong ada la......sepatah2 tu boleh la...... ayat2 yang mudah2 je. tapi nak ajak bercakap.........hrmmm........ jauh la....!!!! )

aku nak citer pasal pertemuan aku dengan bekas pelajar sdar 037 yang datang jumpa aku siang tadi. sugoi!!! bahasa jepun dia berasap2..... (belum lagi level berapi..... hehehe.....) naik malu aku nak berbual dengan dia dengan nihongo aku yang dah berkarat ni........ tapi seronok sebab aku dapat 'brush up' balik nihongo aku. (やっぱりね、若いから。言葉がたくさん覚えているね。)

seronok dapat jumpa dan dengar pengalaman dia belajar bahasa jepun.... (sebab dulu dia budak perancis.........selalu cam tu tau..... budak bahasa lain yang dapat pergi jepun...... budak jepun tak nak ke jepun ke???? heran aku..........tapi tak pe la, sekarang dah jadi macam budak aku pulak..... sebab diaorang kalau datang sekolah akan cari aku.............. bangga jugak la..........). teringat balik masa aku mula belajar dulu. tergagap2.... (ye la... lidah dah keras......). tapi susah2 pun seronok sebenarnya. malah aku boleh bangga sebab ada extra bahasa yang aku kuasai......  難しいけど、面白い。

sebenarnya aku tak sangka dia berminat untuk ke jepun sambung pelajaran. sebab masa sekolah dulu dia seorang yang memang oustanding dalam pelajaran. resultnya sentiasa A. kedudukan dalam tingkatan sentiasa no 1. spm, straight A1. aku membayangkan dia akan ke UK ke, Ireland ke, australia ke, buat medic. sebab sebelum2 ni budak2 yang ke jepun bukan la budak yang secemerlang dia ni. so, bila dapat tau dia teruskan pelajarn untuk ke jepun, macam tak caya pulak............. tapi aku bangga jugak la sebab dia pilih untuk sambung belajar ke jepun... (walau pun bukan budak yang aku ajar dulu....) dan nampaknya dia dah menguasai bahasa yang dianggap paling susah di dunia ni. (orang pandai kan..... bagi lah bahasa apa pun sure boleh master punya....... lagi pun muda lagi............'benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau, di campak ke daratan menjadi gunung'..........teruskan ye!!)

bersama 'future kohai' yang bakal mengikut jejak langkah rifqi


papepun, terima kasih sensei ucapkan pada rifqi kerana sudi datang dan berbual dengan sensei tadi...... ひさしぶりに日本語をしゃべった。よかったね。ありがとう。ごめんね、ここに君のことを話した。いろいろ話して楽しかったよ........ 勉強のほう、がんばってね。君ならできるよ。いつまでも SDARの誇りになってね。

Saturday, September 26, 2009

Aku dan duniaku 112 ...... terima kasih kerana mengingati.....

salam untuk semua ........................

kesibukan hari raya dan berpeluang untuk rehat di kampung, menjauhkan aku dari laptop seketika. so, lama aku tidak menulis post. kepada yang setia singgah, aku mintak maaf.

post kali ni aku nak tujukan khas kepada beberapa insan dan kenalan yang masih mengingati tarikh 20 september (ada yang ingat tiap2 tahun......... terharu aku....thanks emie & lawi) dan tak lupa mengirim ucapan untuk aku. dan tahun ini tarikh itu agak istimewa buat aku. hanya ucapan TERIMA KASIH yang mampu aku bingkiskan buat kalian yang berikut........

*khairuddin
*shahir
*dayang
*wan huzaini
*munzir
*rizal
*nazrul
*azree
*rahman
*arsyad
*zairul
*fikrie
*ruzaimie
*thaqif
*azzairi
*umi
*lukmanul
*faidzal
*kak zila
*fidah
*pearl
*faisal
*kak shid
*aiman sulhi
*abdussalaam
dan anak2 buah aku - bang long, haris, abang, kakak & farhan

p/s walaupun semakin tua, bila ada insan yang mengingati, hati jadi terusik kerana dalam keseorangan aku masih punya teman meskipun jauh ............... terima kasih

Sunday, September 20, 2009

Aku dan duniaku 111......... 20092009....

salam untuk semua.....................

mula2 aku nak wish pada semua.........................




SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
DAN
MAAF ZAHIR BATIN

.......semoga lebaran tahun ini akan membawa kebahagiaan buat semua.

-------------------------------------------------------



20092009
angka di atas cukup cantik. cukup mudah diingati dan hanya ada satu saje kat dunia ni .......
dan aku cukup rasa bertuah dan bangga kerana angka itu adalah milik aku ....(dan beberapa orang yang lahir pada tarikh ni la..................). tahun ini 20 september membawa kenangan yang amat indah berbanding dengan tahun2 sebelum ini. dengan tarikh yang cukup istimewa, 1 syawal, dan ulangtahun kelahiran ku, aku cukup2 rasa istimewa tahun ni...........(biar la orang kate aku perasan ke, ape ke............ peduli apa aku............ yang penting aku rasa istimewa........eleh.... diorang jeles sebenarnya tu...... betul kan???)
aku memanjatkan kesyukuran ke hadratMU ya ALLAH kerana telah memanjangkan usiaku ke hari ini dan mengizinkan aku untuk merasa keistimewaan hari ini. aku memohon kehadratMU juga ya ALLAH semoga KAU limpahkan rahmat dan kesejahteraan untuk ku, dan mempermudahkan jalan untuk aku meneruskan kehidupan ini berlandaskan ajaran2 MU ya ALLAH. Amin.
p.s ..... no post pun cantik kan...... 111

Saturday, September 19, 2009

Aku dan duniaku 110 ........ keriangan berganda....

salam untuk semua............

ketibaan aidil fitri tahun ini cukup istimewa buat aku. insyaALLAH seluruh umat islam akan menyambut aidil fitri pada 20 sept nanti. dan tarikh itu juga amat bermakna buat aku kerana aku akan 'menjadi tua setahun lagi' pada tarikh itu.............tapi tak kisah la. tua pun tua la..... (at least aku jujur, mengaku diri dah tua...... ada orang tu tak nak mengaku pun diri tua.......... lagi teruk kan......). yang penting kedatangan 20 sept. itu nanti membawa keriangan berganda buat aku.......(walaupun aku tau tak kan ada orang yang ingat....... ye la, sibuk sambut raya kan.......)

seperti tahun2 sebelum ni, aku pasti nak menghadiahkan diriku sesuatu. menghargai diri sendiri pada hari2 istimewa camni telah lama aku amalkan....(ye la, kalau tak diri sendiri yang hargai diri sendiri, sapa lagi............ nak harap orang lain........ hmmm...... no komen la....). setiap hari istimewa, aku akan beli sesuatu untuk diri aku. mcm bila hari guru, hari pekerja, hari lahir atau bila aku berjaya lakukan sesuatu yang layak untuk dihargai............... sebelum ni dah macam2 aku beli............tahun ni tak tau lagi..............hah!!.... mungkin 'dia' yang baru kot............hehehe...(dalam perancangan tu...........)

papepun aku mesti cari jugak sesuatu untuk aku kali ni......

kesimpulannya.......... sesekali tu hargai la diri sendiri........... manjakan diri dengan sesuatu yang istimewa......... belikan diri sendiri sesuatu yang bukan biasa2............ ini akan menceriakan dan memotivasikan diri......... cuba la!!

Wednesday, September 16, 2009

Aku dan duniaku 109 ....... saat2 keriangan....

salam untuk semua.........
petang tadi lepas habis sekolah, aku terpanggil untuk balik ke kajang. biasanya aku akan balik kajang bila hujung minggu je. kebetulan pulak aku kena hantar adik aku balik sebab kereta dia rosak. sampai kat umah emak dah lewat petang (lebih kurang pkl 5:30). tetiba je adik aku yang bongsu ajak berbuka puasa di luar. kepoh la sekejap waktu tu.... mana nak booking restoran lagi, nak contact 2 orang adik aku lagi........ tapi alhamdulillah....... kami sekeluarga berjaya berkumpul untuk berbuka puasa bersama........
keluarga aku...................

keluarga aku memang akan berkumpul untuk keluar makan malam sama2 sebulan sekali/setiap bulan. so, bulan puasa ni pun tak terkecuali. cuma agak lewat la baru berjaya di buat...... masing2 ada kekangan masa............


alhamdulillah........... habis juadah berbuka.....




si kecik ni pun bersemangat berbuka puasa...............


lepas berbuka bersama, kami sama2 pulak solat maghrib. syahdu sungguh rasanya. saat bersama2 keluarga memang sentiasa menceriakan aku. dengan lawak adik aku si atan, akan pecah la gelak kami. dengan gurau anak2 buah aku, aku riuh la suasana..........aku cukup gembira jika dapat meluangkan masa bersama semua ahli keluarga ku. sebab tu la seboleh2nya aku akan balik tiap kali hujung minggu (hari jumaat petang biasanya aku dah balik....) kalau tak de pape program di sekolah.............


kedatangan lebaran ini nanti akan sekali lagi bakal menceriakan hari ku terutama pada 20 september nanti...........................(itu pun kalau ada yang ingat tarikh tu.........)

Tuesday, September 8, 2009

Aku dan duniaku 108 ..... terima kasih untuk 4 tahun yang indah...

salam untuk semua............

semalam aku mengucapkan selamat tinggal pada 'dia'
semalam aku melepaskan 'dia' ke tangan insan lain
semalam aku mengakhiri hari2 bersama 'dia'
semalam 'dia' tidak lagi menjadi milik ku

4 tahun aku dan 'dia' menikmati kehidupan bersama
4 tahun aku membelai 'dia'
4 tahun 'dia' membantu, berbakti dan menyempurnakan hari2 ku
4 tahun aku dan 'dia' membina cerita ceria dan duka bersama
dan semalam kisah aku dan 'dia' jadi memori dan nostalgia selama2

bukan aku tak sayang....
tapi aku perlu melangkah dan meneruskan hidup
sedangkan 'dia' semakin perlukan perhatian yang lebih
yang sesekali menarik aku ke ruang masalah yang pelbagai
dan aku tidak mahu 'dia' semakin terabai
dengan keperhatinanku yang semakin kurang

dapat aku rasakan ada insan lain yang lebih memerlukan 'dia'
dapat aku rasakan ada insan lain yang bakal mengasihi 'dia'
dapat aku rasakan ada insan lain yang bakal bahagia bersama 'dia'
lalu aku rasakan betul tindakan ku melepaskan 'dia'
biar la 'dia' rasa dihargai semula
biar la 'dia' mencurahkan bakti pada insan memerlukan
maafkan aku..........

terima kasih, untuk kenangan yang tercipta
terima kasih, kerana setia menjadi penyeri
terima kasih, untuk bakti yang dicurahkan
terima kasih, kerana tidak pernah mengecewakan

terima kasih, untuk 4 tahun yang cukup indah.......