Tuesday, September 8, 2009

Aku dan duniaku 108 ..... terima kasih untuk 4 tahun yang indah...

salam untuk semua............

semalam aku mengucapkan selamat tinggal pada 'dia'
semalam aku melepaskan 'dia' ke tangan insan lain
semalam aku mengakhiri hari2 bersama 'dia'
semalam 'dia' tidak lagi menjadi milik ku

4 tahun aku dan 'dia' menikmati kehidupan bersama
4 tahun aku membelai 'dia'
4 tahun 'dia' membantu, berbakti dan menyempurnakan hari2 ku
4 tahun aku dan 'dia' membina cerita ceria dan duka bersama
dan semalam kisah aku dan 'dia' jadi memori dan nostalgia selama2

bukan aku tak sayang....
tapi aku perlu melangkah dan meneruskan hidup
sedangkan 'dia' semakin perlukan perhatian yang lebih
yang sesekali menarik aku ke ruang masalah yang pelbagai
dan aku tidak mahu 'dia' semakin terabai
dengan keperhatinanku yang semakin kurang

dapat aku rasakan ada insan lain yang lebih memerlukan 'dia'
dapat aku rasakan ada insan lain yang bakal mengasihi 'dia'
dapat aku rasakan ada insan lain yang bakal bahagia bersama 'dia'
lalu aku rasakan betul tindakan ku melepaskan 'dia'
biar la 'dia' rasa dihargai semula
biar la 'dia' mencurahkan bakti pada insan memerlukan
maafkan aku..........

terima kasih, untuk kenangan yang tercipta
terima kasih, kerana setia menjadi penyeri
terima kasih, untuk bakti yang dicurahkan
terima kasih, kerana tidak pernah mengecewakan

terima kasih, untuk 4 tahun yang cukup indah.......

4 comments: