Saturday, September 19, 2009

Aku dan duniaku 110 ........ keriangan berganda....

salam untuk semua............

ketibaan aidil fitri tahun ini cukup istimewa buat aku. insyaALLAH seluruh umat islam akan menyambut aidil fitri pada 20 sept nanti. dan tarikh itu juga amat bermakna buat aku kerana aku akan 'menjadi tua setahun lagi' pada tarikh itu.............tapi tak kisah la. tua pun tua la..... (at least aku jujur, mengaku diri dah tua...... ada orang tu tak nak mengaku pun diri tua.......... lagi teruk kan......). yang penting kedatangan 20 sept. itu nanti membawa keriangan berganda buat aku.......(walaupun aku tau tak kan ada orang yang ingat....... ye la, sibuk sambut raya kan.......)

seperti tahun2 sebelum ni, aku pasti nak menghadiahkan diriku sesuatu. menghargai diri sendiri pada hari2 istimewa camni telah lama aku amalkan....(ye la, kalau tak diri sendiri yang hargai diri sendiri, sapa lagi............ nak harap orang lain........ hmmm...... no komen la....). setiap hari istimewa, aku akan beli sesuatu untuk diri aku. mcm bila hari guru, hari pekerja, hari lahir atau bila aku berjaya lakukan sesuatu yang layak untuk dihargai............... sebelum ni dah macam2 aku beli............tahun ni tak tau lagi..............hah!!.... mungkin 'dia' yang baru kot............hehehe...(dalam perancangan tu...........)

papepun aku mesti cari jugak sesuatu untuk aku kali ni......

kesimpulannya.......... sesekali tu hargai la diri sendiri........... manjakan diri dengan sesuatu yang istimewa......... belikan diri sendiri sesuatu yang bukan biasa2............ ini akan menceriakan dan memotivasikan diri......... cuba la!!

No comments:

Post a Comment