Friday, March 15, 2013

Aku dan Duniaku 220 ....... jiwa kacau...

salam untuk semua,

sepagi hari ini aku serba tak kena. sejak semalam sebenarnya, terlalu banyak yang perlu aku fikirkan. ada perkara yang memerlukan perhatian dan tindakan segera, ada perkara yang memerlukan aku menumpukan sepenuh jiwa raga untuk diselesaikan (wah! macam besar je tuuu!!!!....memang besar pun ....hehehe). jiwa aku kacau pagi ni......

aku serba salah. 'core business' ku terpaksa aku laksanakan. itu tanggungjawab hakiki. bagaimana aku hendak menghadapi para pelajar yang dahagakan ilmu dalam keadaan emosi dan fikiranku yang kacau begini??....menjelang waktu aku perlu bergerak ke kelas, semakin bercelaru fikiran ku. aku cuba merangka-rangka aktiviti yang akan aku lakukan dengan anak2 pelajar ku. langkahku yang biasanya pantas, pagi ini bergerak longlai.

'aduhai jiwa, janganlah kau seksa aku sebegini. tolonglah kembalikan semula semangat aku. tolonglah kembalikan semula rasa seronok aku untuk mengajar. tolonglah campakkan seketika rasa kacau yang mengganggu jiwa ini'.........

dan akhirnya aku sampai di pintu kelas. cuba kutundukkan muka dan berwajah selamba supaya tak dapat dikesan oleh anak pelajarku akan perubahan airmuka ku. sewaktu salam diucap dan doa dibaca, aku jadi sebak. dan selepas meletakkan buku dan beg di atas meja, aku terus keluar ke bilik air. dan aku melepaskan keresahan itu dengan tangisan sedu yang agak panjang.

setelah seketika, rasa bersalah kerana meninggalkan anak pelajar ku, memaksa aku melangkah kembali ke kelas. mereka perasan dengan mataku yang merah dan kelas senyap dan hening seketika. aku cuba untuk mengajar tp ternyata gagal, lalu aku meneruskan waktu yang bersisa dengan meminta pelajarku membuat latihan yang telah aku sediakan.  dan sebelum meninggalkan kelas, aku memohon maaf kepada mereka kerana tidak dapat menjalankan tanggungjawabku hari ini. dan nyata, mereka memahami. dan semasa bersalaman dan memeluk pelajar puteri ada yang membisikkan, "sensei, be strong ye, sensei x comel la kalau nangis," membuatkan aku tersenyum kembali.

ada sedikit kelegaan singgah di hati. namun jiwa yg kacau masih enggan berlalu, aku harus menguatkan semangat kembali kerana kelas seterusnya bakal memerlukan aku untuk menjadi kuat dan stabil. aku menarik nafas panjang lalu melangkah ke kelas seterusnya. melihat wajah2 pelajar yang serius (mungkin telah tahu keadaan aku melalui rakan2 dr kelas sebelumnya) hatiku semakin terusik. aku tewas lagi dengan air mata. sekali lagi kutinggalkan mereka untuk ke bilik air. seketika kemudian aku kembali ke kelas. dan aku telah sedia......

'tolong ceriakan sensei ya. ada perkara yang menbuatkan emosi dan fikiran sensei tak mengizinkan untuk mengajar kamu ari ni. sensei mohon maaf," pinta ku.

"jom ambik gambar sensei!!!" tetiba affan dan iqmal bersuara.....

"jom, jom...senseipun ada kamera...." aku mula ceria. dan selepas itu pelbagai aksi kami bergambar. mendengar gelak tawa dan melihat senyum ria mereka, keresahan ku hilang melayang entah kemana. hati jadi sayu tapi bukan dek kesedihan tapi kerana rasa bertuah dikelilingi anak2 pelajar yang begini,  yang prihatin. dan akhirnya sehingga petang aku tak diganggu resah lagi.

pastinya guests ingin tahu kenapa jiwa ku kacau dan resah kan? sebenarnya....hrmmmm.........rasanya tak perlu lah aku kongsi cerita itu......fufufufu....apa yang penting hari ini meninggalkan banyak memori dalam hidupku. satu lagi pengajaran untuk sebuah pengalaman yang sangat berharga.

terima kasih ya ALLAH atas hikmah yang telah KAU berikan untuk ku hari ni. hanya KAU lah yang maha mengetahui segalanya.......amin....

dan terima kasih untuk 'dia' yang sudi mendengar resah ku hari ini.......

saat2 menceriakan ......





 

p/s sayang ALLAH, sayang Rsulullah, sayang agama, sayang ibu,sayang keluarga, sayang diri, sayang bangsa dan sayang negara
 

Aku dan Duniaku 219.....hish, lupakan saja mariana!!!

salam untuk semua.....

mata yang masih belum mengantuk ini mengizinkan aku untuk menulis sesuatu di duniaku ini. kebelakangan ini aku sering mengabaikan duniaku ini. sebenarnya aku cuba untuk singgah dan bercerita di sini sekerap mungkin, tapi terlalu banyak yang mengganggu masa santaiku sekarang membataskan itu semua. namun aku akan cuba untuk bercerita jika sesekali aku singgah di sini.

sejak kebelakangan ini hatiku sentiasa resah. setiap malam aku jadi sukar untuk melelapkan mata memikirkan perkara 'itu'. aku seolah membiarkan hati dan perasaanku hanyut dengan perkara 'itu'.
aku cuba untuk membuangnya, tapi semakin aku terpaksa untuk memikirkannya. sehinggakan aku terpaksa menegur hati ini untuk melupaan 'itu' .

'hish, lupakan saje mariana!"

sepatutnya mudah untuk aku melupakan 'itu'. kerana aku sebenarnya sudah tidak mempunyai perasaan untuk bercakap dan memikirkan hal 'itu'. namun keadaan yang memaksa aku untuk setiap hari bersemuka dengan dia, menjadikan 'itu' semakin mendalam.

"hish, lupakan saje mariana!"

sebenarnya telah aku buangkan jauh2 'itu' itu. malas aku nak memikirkannya. kerana setiap kali menghantui, aku jadi semakin menyampah dan benci pada apa yang telah berlaku dulu. dan aku akan hanya mengumpul dosa2 dengan perasaan sebegitu.

"hish, lupakan saje mariana!"

aku kembali sedar semula. rupa2nya aku masih mempunyai perasaan 'itu'. walau cuba kucampakkan jauh2 ke dasar kolam kenangan, namun sesekali akan timbul dan terapung jua. cuma mungkin aku tidak tahu bagaimana untuk menangani.mungkin aku memang tidak handak memikirkannya. ya, dalam usia begini, malas untuk aku layan perasaan 'itu'.

"hish, lupakan saje mariana!"

ya, aku akan lupakan. tolong la sang akal, jangan kau layan jiwa dan perasaan aku dengan 'itu' ynag mengganggu. dan tolong la wahai 'kau', jangan la lagi kau menyapa dan mengambil tahun tetang diriku. kalau selama ini aku mampu untuk hidup tanpa hadirnya 'lelaki' dalam hidupku, biar lah aku terus menghabiskan sisa2 hidup ku ini dengan seronok tanpa ada gangguan daripada 'kau'.

untuk 'kau', terima kasih kerana sudi menyapa hati dan jiwaku. terima kasih kerana mengungkapkan 'itu' padaku. amat aku hargai keikhlasan itu. maaf kerana aku membiarkan 'kau' tanpa jawapan. andaikanlah, diam ku itu tandanya aku menolak....................maaf....


"hish, lupakan saje mariana!"




p/s sayang Allah,sayang Rasulullah, sayang agama, sayang ibu, sayang keluarga, sayang diri, sayang bangsa dan sayang negara......