Sunday, December 23, 2012

Aku dan Duniaku 217.......Al Fatihah.....

salam untuk semua.....

lama sudah tidak bercerite di sini. tapi hari ini aku terpanggil untuk menulis cerita ini dan berkongsi dengan guests. 

Innalillah...................pagi hari minggu ini aku dikejutkan dengan berita pemergian ke rahmatullah senpai (senior)aku semasa di Jepun dulu dalam kemalangan ngeri. yang  lebih tragis lagi ialah isteri dan kedua orang anak beliau turut terkorban di dalam kemalangan tersebut. terkedu aku seketika membaca sms yang bertalu2 aku terima drp teman guru2 jepun yang mengenali beliau. seakan sukar untuk mempercayai pemergian satu keluarga ini. dan sepagi aku cuba untuk mendapat maklumat mengenai kejadian ini daripada pelbagai sumber. dan akhirnya pada jam 12:30 tengahari melalui berita tengahari aku mendapat kesahihannya.dan kenangan lalu saat aku bersama arwah dan isteri ketika di Jepun menjelma kembali. dan saat itu aku tidak dapat menahan air mata daripada membasahi pipi.

Arwah adalah senior aku setahun ketika aku menuntut di Bunkyo University Jepun. Beliau menrupakan orang yang menguruskan ketibaan batch aku kali pertama menjejakkan kaki ke Jepun. Beliaulah yang membantu urusan pendaftaran untuk mendapatkan kad warga asing di pejabat pendaftaran/daerah di jepun. beliau juga lah yang membantu menguruskan pertukaran travellers check dan pembukaan akaun di bank di jepun. aku menjadi rapat sebagai sahabat dengan beliau apabila mendaftar diri dan belajar di universiti yang sama. beliau membantu dalam banyak urusan...dan yang paling aku ingat ialah ketika beliau menemankan aku pergi membeli komputer di akihabara......dan sesekali bila aku mempunyai masalah, aku tidak segan untuk meminta pertolongan daripada beliau. ada kalanya kali saling membantu dalam menyiapkan assignment yang diberikan.

aku menjadi semakin rapat dengan beliau apabila beliau mendirikan rumah tangga dan membawa isterinya tinggal di jepun. aku menjadi rapat dengan isteri beliau terutama setelah lahirnya anak pertama beliau di jepun. aku lah yang setiap hari menjenguk  isterinya tika masih berada di hospital selepas bersalin. dan aku jugalah yang  memangku anaknya yang kecil di dalam teksi untuk balik ke rumah semasa isterinya keluar dari hospital. aku bersama2 melihat sianak  membesar (walaupun tidak lama) di jepun sehinggalah arwah tamat pengajian dan pulang ke malaysia pada awal tahun 1999. dan aku juga la yang mendukung sikecil di dalam train dari saitama sehingga ke narita airport. dan aku menitiskan airmata ketika memeluk sianak dan siisteri sebelum mereka terbang pulang ke malaysia. arwah menghadiahkan aku sebuah album gambar anaknya untuk menjadi peneman aku kerana aku terlalu rapat dengan anak beliau. banyak kenangan bersama arwah dan isteri selama aku mengenali beliau di jepun. terima kasih......

setelah aku balik ke malaysia, aku masih berhubungan dengan arwah dan isteri terutamanya bertanyakan khabar si kecil. walaupun tidak sekerap seperti ketika berada di jepun, namun kami masih berhubungan. dan kini, mereka telah tiada. satu keluarga pergi meninggalkan kehidupan di dunia. Qada' dan Qadar Allah tidak mampu manusia mempersoalkannya. Allah lebih menyayangi arwah sekeluarga. moga mereka damai di sana.....

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, aku memohon kehadratMu Ya Allah agar Kau cucurilah rahmah ke atas roh arwah Sabirin Sulaiman, isterinya Halina Saif, anak-anaknya Siti Aisyah dan Siti Khadijah dan tempatkanlah mereka di sisiMu, dalam kalangan orang2 yang beriman, Ya Allah........amin. Al Fatihah.....


http://www.sinarharian.com.my/semasa/4-rentung-kemalangan-bas-kereta-di-kemaman-1.114742


p/s....aku gagal menahan air mata ketika menulis post ini. semua kenangan terpancar bagaikan layar filem di depan mata memaksa aku berhenti beberapa kali .......

sayang Allah, sayang Agama, sayang diri, sayang keluarga, sayang bangsa dan sayang negara

1 comment:

  1. Semoga mereka tenang di sana.,. Dyg pun x henti2 menitiskan air mata tiap kali membaca berita d akhbar tentang kemalangan itu.. berat mata memandang berat lagi bahu memikul... semoga keluarga mereka d Johor dapat menghadapi dugaan ini.

    ReplyDelete