pertamanya aku nak mendoakan semoga semua guest berada dalam kesejahteraan dan gembira hendaknya.......kerana di saat ini aku juga mendoakan agar Allah sentiasa memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan untukku, kerana aku amat memerlukannya......
beberapa minggu ini aku rasa sungguh tidak selesa. aku rasa bukan seperti diriku la. kemuncaknya ialah minggu ini, dan ketika berkira2 nak menulis di sini, aku barusaja menghamburkan airmata....namun aku bersyukur, selepas melepaskan segala yang tersimpan dengan menangis, aku sujud pada Allah memohon segala kebaikan dan kesejahteraan untuk ku. dan alhamdulillah, aku berasa lega dan akhirnya mampu untuk bercerita di sini.....
terlalu banyak yang berlaku sepanjang minggu ini yang mencabar kesabaran ku, sehinggakan terasa terlalu penat fizikal, mental dan emosi.....dan ini mengganggu gugat perjalanan hidup seharian ku. sepanjang minggu ini banyak yang aku hilang, hilang mood ceria, hilang konsentrasi thdp kerja, hilang kemesraan terhdp pelajar, hilang keramahan dengan rakan sekerja, hilang gelak ketawa,hilang keselesahan ditempat kerja, hampir hilang kesabaran............namun aku bersyukur, passion aku terhadap pdp tidak turut hilang....aku masih mampu untuk seronok mengajar, walaupun tidak sepenuh hati......alhamdulillah....
aku cuba mencari2 apakah penyebabnya....supaya dapat aku tahan perasaan2 ini dripada mengganggu lagi....namun nyata aku gagal. dan aku kecewa. dan akhirnya aku terpaksa melepaskan rasa kecewa ini dengan airmata....tapi alhamdulillah, Allah itu Maha Mengetahui....kerana selepas merembeskan airmata, aku berasa amat lega....itulah rencana Allah untukku, alhamdulillah.....lantas aku sujud mengucap syukur kehadrat NYA atas nikmat yang diberi......dan kurasakan aku perlu membiarkan saja perasaan2 yang mengganggu itu, terbang begitu saja, perlu aku lupakan. kerana aku perlu bersedia untuk hari2 mendatang. aku perlu kembali menjadi diri aku yang sebenarnya.....ya...
semalan adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, dan esok adalah harapan.....jadi, aku perlu lupakan semalam, jalani hidup hari ini dengan fikiran positif dan cuba merancang untuk hari esok yang lebih baik dan gembira......insyaAllah.....
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, aku bersyukur ke hadratMu Ya Allah atas segala limpah kurnia dan nikmat yang KAU berikan padaku. Hanya KAU yang Maha Mengetahui apa yang telah direncanakan untukku. Dan aku mohon keampunan dari MU Ya Allah atas segala kekurangan dan dosa2ku yang telahku lakukan samada sengaja mahupun tidak sengaja. Kerana hanyaKAU lah tempat mengadu dan meminta pertolongan. Terima kasih Ya Allah.......Amin
InsyaAllah, esok2 yang bakal ku lalui akan kuisi dengan momen2 indah dan bahagia.....aku akan kembali ceria, kembali mesra, kembali ramah, kembali fokus, kembali menjadi seorang yang sabar.....kembali menjadi diriku......
p/s sayang Allah, sayang Rasulullah, sayang Islam, sayang ibu, sayang diri, sayang keluarga, sayang bangsa dan sayang negara.