sakam untuk sume.....
lama tak menulis. cuti2 ni aku masih lagi sibuk. sibuk berjalan dan menanda exam papers yang melambak. cuba untuk fokus menanda kertas, tapi banyak sangat dugaannya. so, curi2 masa menulis kat sini.
aku hanya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah, kerana dengan izinNYA aku diberi rezeki untuk menjadi salah seorang daripada lebih kurang 400 warga guru sbp untuk menerima anugerah perkhidmatan cemerlang (APC) untuk tahun 2012. secara jujurnya, tidak pernah aku bayangkan akan menerima anugerah ini memandangkan aku masih baru di sekolah aku sekarang (SASEM). namun memang aku tidak nafikan, tahun pertama di SASEM benar2 memenatkan. sebagai sekolah yang baharu beroperasi, terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan. tambahan lagi, dengan bilangan guru yang sedikit tahun lalu, benar2 mengerah kudrat dan keringat melaksanakan segala tugas yang diamanahkan.
untuk itu aku merasakan agak serba salah untuk menerima anugarah ini kerana ramai lagi guru2 yang datang lebih awal dan membangunkan sekolah drp zero kepada yang ada sekarang. tetapi oleh kerana nama dipilih oleh pengetua, maka aku akur dan berterima kasih kepada tuan pengetua. aku buat kerja denganikhlas dan demi anak2 pelajar di SASEM dan bukan minta untuk segala kerjaku dibalas, tetapi jika ada yang menghargainya, alhamdulillah. insyaAllah dengan anugerah ini, akan menjadi pendorong untuk aku terus bekerja, menabur ilmu dan bakti kepada anak2 pelajar khasnya, dan sekolah amnya.
sekali lagi, alhamdulillah dan terima kasih Ya Allah atas nikmat yang diberikan ini dan terima kasih juga kepada tuan pengetua kerana menghargai tugas2 yang aku lakukan. dan terima kasih juga kepada rakan2 sekerja di SASEM kerana telah bersama2 membantu dalam apa juga tugasan yang diberikan. marilah sama2 kita bersatu untuk kejayaan pelajar, dan sekolah kita,SASEM.
Shots semasa majlis.....
di dalam grand ballroom vivatel hotel kuala lumpur..... |
bersama rakan penerima apc dri sasem...... |
dgn reen yg sama2 menerima anugerah....TAHNIAH DEAR!!!!! |
alhamdulillah, Ya Allah dan terima kasih atas penganugerahan ini...... |
p/s sayang Allah, sayang Rasulullah, sayang agama Islam, sayang ibu, sayang keluarga, sayang diri, sayang bangsa dan sayang negara
No comments:
Post a Comment