Thursday, March 27, 2014

Aku dan Duniaku 231 ..... minggu dugaan.....

salam untuk semua,

negara dan dunia bersedih dengan pengakhiran MH370 di lautan hindi nun jauh di sana. aku juga turut merasakan kesedihan waris dan kaum keluarga mangsa yang terlibat. Al- Fatihah untuk yang beragama Islam.

minggu 16 ~ 20/3 yg lalu juga merupakan minggu penuh dugaan buat ku. minggu yang setiap malam memaksa aku untuk menangis sehingga tersedu2. dua berita yang kuterima dalam minggu itu betul2 menduga kesabaran dan ketabahanku. mendapat tahu aku akan kehilangan teman yang cukup baik menyesakkan nafasku. pada mulanya pelbagai perasaan yang bertandang. marah, geram, kesal, terkilan, sedih dan macm2 lagi bercampur aduk dalam hati dan fikiranku. walaupun hanya perkenalan yang singkat, iaitu selama setahun, namum aku serasi dengannya, baik dalam hubungan sahabat, mahupun rakan sekerja. aku memaksa diri untuk menerima kenyataan ini, namun pada awalnya amat payah. bila memikirkan aku tidak akan berpeluang utk bersamanya setiap hari, bertugas bersama2, aku gagal menahan perasaan. tapi walauapapun, aku harus menerima kenyataan ini

tidak cukup dengan berita itu, aku dihambat dengan satu berita yang paling menyakitkan, paling dalam luka di hatiku. AKU DIFITNAH. aku difitnah memburukkan seseorang kepada masyarakat luar. MasyaAllah!!!! kenal pun tidak aku dengan masyarakat luar yang dimaksudkan. tidak ada perkaitan apa2 aku dengan orang yang memfitnah. apakah tujuannya??? mengapakah begitu sekali hasad dengki manusia??? apa salah aku terhadap orng yang memfitnah??? Ya Allah, ampunkan lah dosa orang yang memfitnahku itu kerana aku telah mengampunkan dosanya. dan ampunkanlah dosa2 ku ya Allah. dan apabila aku dikatakan sebagai pengaruh tidak baik kepada teman baikku sehinggakan menutup peluangnya untuk meningkat dalam kerjaya, aku jadi bertambah sedih. dua malam aku menangis memikirkan perkara ini. yang hairannya, aku tidak lagi berada dalam komuniti temanku dan orng yang memfitnah itu, tetapi aku masih menjadi penyebabnya. aku jadi keliru. sukar untuk aku menerima kenyataan ini. tapi aku tetap bersyukur ke hadrat Illahi kerana mendatangkan ujian dan dugaan ini buat ku agar aku menjadi insan yang lebih mendekatiNYA dan bersyukur atas nikmat yang bakal diberikan buat ku. 

aku seorang yang kuat. bagi ku dugaan2 ini hanyalah cara ALLAH untuk menguji samada aku mampu menghadapi dugaan yang diberikan. kerana Allah tidak akan mendatangkan dugaan kepada manusia seandainya Dia tahu manusia itu tidak mampu menanganinya. ini hanya sedikit daripada pengalaman kehidupan yang Dia handak aku pelajari. Subhanallah, alhamdulillah, terima kasih Allah atas segala dugaan dan hikmah yang bakal Kau berikan nanti. 

InsyaAllah aku akan semakin kuat meneruskan kehidupan ini. walaupun aku tidak bisa melupakan persitiwa2 ini namun aku boleh belajar daripadanya. kata orang, luka itu akan sembuh tetapi parutnya akan tetap ada. parut itulah yang akan mengingatkan diri agar terus tabah untuk apa juga dugaan yang mendatang. 


p/s sayang ALLAH, sayang Rasulullah, sayang Islam, sayang ibu, sayang keluarga, sayang diri, sayang bangsa dan sayang negara.................. 

Tuesday, March 4, 2014

Aku dan Duniaku 230 ...... aku menegur kerna sayang.....

salam untuk semua......

selalunya frasa yang sama aku akan mulakan bicara di sini.....'lama tidak singgah di duniaku ini'.....sebab memang dah lamapun meninggalkan duniaku ini. bukan kerna tidak punya cerita, cuma masa untuk singgah itu seringnya terisi dengan perkara yang lebih penting. banyak sebenranya yang hendakku kongsi dengan guests di sini. .....dan malam ini aku terpanggil untuk singgah dan bercerita di sini. aku rasa perlu aku luahkan apa yang sedang terbuku dihati ini. aku perlukan 'seseorang' untuk mendengar luahan ku ini. dan seseorang itu sukar utk ditemui, jadi, di'duniaku' ini aku luahkan.

aku seorang yang susah nak marah. aku akan cuba untuk 'control' kemarahanku sedaya mungkin. kerana aku tau kalau aku marah, aku akan gagal untuk mengawal diri. selama aku hidup ni, hanya 2 kali aku gagal mengawal kemarahan dan kesannya terkena pada orang lain. aku menyesali perkara yang berlaku dulu. dan aku tidak mahu perkara itu berulang lagi. aku cuba melupakan peristiwa itu tapi sesekali keadaan memaksa aku untuk mengingati kembali. seperti apa yang berlaku tadi.........

aku hampir 'naik tangan' dengan salah seorang pelajar tadi. pelajar yang kurasakan 'kurang ajar'. aku cukup pantang kalau pelajar aku kurang ajar terutama pada cikgu. tapi alhamdulillah, aku beristighfar.....dan aku berjaya mengawal diri, walaupun seluruh anggota badan ku menggigil cuba menahannya. berdepan dengan pelajar yang bermasalah (dari feedback yang aku dengar tentang pelajar ini), kemahiran berkomunikasi, bercakap, eye contact, body language, kaunseling dan macam2 lagi kemahiran perlu ada dalam diri seorang pendidik. situasi yang kualami tadi menyebabkan kesemua kemahiran ini seakan berlumba menguasai akal pemikiran, naluri jiwa dan perasaanku. kemahiran mengawal diri ketika seluruh badan menggigil dan kedua tangan tergengam, mengelakkan aku 'naik tangan'. kemahiran berkomunikasi berjaya menjatuhkan ego pelajar yang pada mulanya tidak mahu mengaku kesalahan dan cuba membela diri. kemahiran kaunseling kurasakan berjaya menyedarkan pelajar agar melihat kedalam diri dan mengenalpasti baik dan buruk diri sendiri. dan sedikit pengetahuan agama membantu menyedarkan pelajar bahawa apa yang berlaku pada diri semuanya bermula dengan niat. niat tidak boleh dipaksa. niat datang dalam diri sendiri. niat menentukan perlakuan seseorang. 

dan ungkapan 'sensei menegur sebab sensei sayang dengan kamu' yang sebenarnya meruntuhkan tembok keegoan yang cuba dipertahankan oleh pelajar itu. akhirnya senjata yang kuanggap amat berkesan setiap kali aku berdepan dengan situasi sebegini, aku gunakan disaat2 terakhir. 

'selagi ada yang ingin menegur kesilapan kita dan marah dengan perlakuan tidak elok kita, bersyukurlah kerana itu tandanya orang itu masih sayangkan kita. dan bila  tidak ada lagi yang marah dan menegur segala perlakuan yang buruk dan tidak elok kita, bila mereka membiarkan saja kita berbuat jahat, maka sedarlah waktu itu mereka sudah tidak lagi menyayangi kita.' ..............pesan arwah nenekku dulu. dan sering aku kongsikan nasihat ini dengan anak2 pelajarku. 

oleh itu buat aqiel, aiman dan faiz........sensei marah, menengking dan menegur  kamu tadi adalah untuk menyedarkan kamu yang apa yang kamu lakukan tadi adalah salah dan merupakan satu kerugian kepada diri kamu. dan yang penting, sensei marah, menengking dan menegur kamu tadi adalah kerana sensei sayangkan kamu............oleh itu, jangan dikhianati rasa kasih dan sayang seorang guru terhadap anak pelajarnya kerana doa seorang guru itu umpama doa seorang ibu.............

sebenarnya aku juga belajar sesuatu kesan peristiwa yang berlaku malam ini. aku belajar bagaimana menggunakan kemahiran yang pelbagai disaat kritikal. aku belajar bagaimana mengawal kemarahan jika ditahap optimum (rasanya tadi kemarahan ku diskala 9/10). dan yang paling penting aku belajar betapa pentingnya peranan 'niat' dalam membuat sesuatu keputusan. niat itu datangnya dalam diri sendiri. tiada yang menyuruh dan tiada siapa yang menegahnya. mulakan sesuatu itu dengan niat, insyaAllah apa yang dilakukan akan menjadi mudah.

(puas dapat meluahkan kepada 'duniaku' ini)

p/s sayang Allah, sayang Rasulullah, sayang Islam, sayang ibu, sayang keluarga, sayang diri, sayang bangsa dan sayang negara