salam untuk semua......
selalunya frasa yang sama aku akan mulakan bicara di sini.....'lama tidak singgah di duniaku ini'.....sebab memang dah lamapun meninggalkan duniaku ini. bukan kerna tidak punya cerita, cuma masa untuk singgah itu seringnya terisi dengan perkara yang lebih penting. banyak sebenranya yang hendakku kongsi dengan guests di sini. .....dan malam ini aku terpanggil untuk singgah dan bercerita di sini. aku rasa perlu aku luahkan apa yang sedang terbuku dihati ini. aku perlukan 'seseorang' untuk mendengar luahan ku ini. dan seseorang itu sukar utk ditemui, jadi, di'duniaku' ini aku luahkan.
aku seorang yang susah nak marah. aku akan cuba untuk 'control' kemarahanku sedaya mungkin. kerana aku tau kalau aku marah, aku akan gagal untuk mengawal diri. selama aku hidup ni, hanya 2 kali aku gagal mengawal kemarahan dan kesannya terkena pada orang lain. aku menyesali perkara yang berlaku dulu. dan aku tidak mahu perkara itu berulang lagi. aku cuba melupakan peristiwa itu tapi sesekali keadaan memaksa aku untuk mengingati kembali. seperti apa yang berlaku tadi.........
aku hampir 'naik tangan' dengan salah seorang pelajar tadi. pelajar yang kurasakan 'kurang ajar'. aku cukup pantang kalau pelajar aku kurang ajar terutama pada cikgu. tapi alhamdulillah, aku beristighfar.....dan aku berjaya mengawal diri, walaupun seluruh anggota badan ku menggigil cuba menahannya. berdepan dengan pelajar yang bermasalah (dari feedback yang aku dengar tentang pelajar ini), kemahiran berkomunikasi, bercakap, eye contact, body language, kaunseling dan macam2 lagi kemahiran perlu ada dalam diri seorang pendidik. situasi yang kualami tadi menyebabkan kesemua kemahiran ini seakan berlumba menguasai akal pemikiran, naluri jiwa dan perasaanku. kemahiran mengawal diri ketika seluruh badan menggigil dan kedua tangan tergengam, mengelakkan aku 'naik tangan'. kemahiran berkomunikasi berjaya menjatuhkan ego pelajar yang pada mulanya tidak mahu mengaku kesalahan dan cuba membela diri. kemahiran kaunseling kurasakan berjaya menyedarkan pelajar agar melihat kedalam diri dan mengenalpasti baik dan buruk diri sendiri. dan sedikit pengetahuan agama membantu menyedarkan pelajar bahawa apa yang berlaku pada diri semuanya bermula dengan niat. niat tidak boleh dipaksa. niat datang dalam diri sendiri. niat menentukan perlakuan seseorang.
dan ungkapan 'sensei menegur sebab sensei sayang dengan kamu' yang sebenarnya meruntuhkan tembok keegoan yang cuba dipertahankan oleh pelajar itu. akhirnya senjata yang kuanggap amat berkesan setiap kali aku berdepan dengan situasi sebegini, aku gunakan disaat2 terakhir.
'selagi ada yang ingin menegur kesilapan kita dan marah dengan perlakuan tidak elok kita, bersyukurlah kerana itu tandanya orang itu masih sayangkan kita. dan bila tidak ada lagi yang marah dan menegur segala perlakuan yang buruk dan tidak elok kita, bila mereka membiarkan saja kita berbuat jahat, maka sedarlah waktu itu mereka sudah tidak lagi menyayangi kita.' ..............pesan arwah nenekku dulu. dan sering aku kongsikan nasihat ini dengan anak2 pelajarku.
oleh itu buat aqiel, aiman dan faiz........sensei marah, menengking dan menegur kamu tadi adalah untuk menyedarkan kamu yang apa yang kamu lakukan tadi adalah salah dan merupakan satu kerugian kepada diri kamu. dan yang penting, sensei marah, menengking dan menegur kamu tadi adalah kerana sensei sayangkan kamu............oleh itu, jangan dikhianati rasa kasih dan sayang seorang guru terhadap anak pelajarnya kerana doa seorang guru itu umpama doa seorang ibu.............
sebenarnya aku juga belajar sesuatu kesan peristiwa yang berlaku malam ini. aku belajar bagaimana menggunakan kemahiran yang pelbagai disaat kritikal. aku belajar bagaimana mengawal kemarahan jika ditahap optimum (rasanya tadi kemarahan ku diskala 9/10). dan yang paling penting aku belajar betapa pentingnya peranan 'niat' dalam membuat sesuatu keputusan. niat itu datangnya dalam diri sendiri. tiada yang menyuruh dan tiada siapa yang menegahnya. mulakan sesuatu itu dengan niat, insyaAllah apa yang dilakukan akan menjadi mudah.
(puas dapat meluahkan kepada 'duniaku' ini)
p/s sayang Allah, sayang Rasulullah, sayang Islam, sayang ibu, sayang keluarga, sayang diri, sayang bangsa dan sayang negara
No comments:
Post a Comment