salam untuk semua......
MasyaAllah!!!!...hampir aku lupa dengan Duniaku ini. terlalu lama tidak menjenguk. Sawang pastinya sudah melata. Tapi Alhamdulillah, aku masih diberi peluang oleh Allah untuk meneruska kehidupan dan singgah lagi di sini untuk terus berkongsi cerita dengan guest semua.
Melihat saja tajuk entri kali ni, pastinya guests tertanya2 kan. Cerita apalah pulak kali ni......hrmmmm. Bukan nak bikin suspen, tapi memang tajuk entri ni signifikan dengan apa yang berlaku dua empat hari yang lepas.
Seperti yang semua sudah maklum, keputusan PMR telah pun diumumkan. Sekolah aku juga buat pertama kalinya mencatat nama dalam senarai ranking keputusan SBP. 2013, buat pertama kalinya sekolah aku, SASEM (Sekolah Menengah Sains Sembrong......kat Kluang, Johor) mempunyai calon PMR. Dan yang calon seramai 132 orang ini juga merupakan batch pertama dan terakhir menduduki PMR format lama (kerana lepas ni PMR akan ditambahbaik dan dengan format yang baharu....agaknya la....???) haaa....itulah yang dimaksudhan 'pertama dan terakhir' , tajuk entri ni......hehehe.....
sebenarnya keputusan PMR sekolah aku ni, walaupun tak seperti yang disasarkan (kerana untuk semua SBP sasaran GPS adalah 1.0 dan sekolah aku dapat 1.13 je) tapi sebenarnya meninggalkan kesan yang amat bermakna buat aku. Ini kerana setelah hampir 19 tahun meninggalkan subjek Bahasa Melayu (kerana menyambung pelajaran dan menukar opsyen kepada Bahasa Jepun - dan mengajar bahasa jepun selama 13 tahun), aku diamanahkan untuk mengajar Bahasa Melayu semula sebaik sampai di sekolah ini pada tahun 2012. Ditugaskan mengajar tingkatan 2 ketika itu, dan pada tahun 2013 terus mengajar kelas yang sama. Ini bermakna aku perlu mengajar Bahasa Melayu tingkatan 3. Bayangkan dengan hanya 1 tahun pengalaman mengajar (setelah 19 tahun tinggalkan), aku perlu menyediakan seramai 55 orang pelajar untuk mendudukui PMR pada hujung tahun. Terlalu besar cabaran yang diberikan. Tapi, dengan sikapku yang tak suka menolak tugas, aku menyahut cabaran ini dan nekad untuk mencipta kecemerlangan, bukan saja untuk pelajar dan sekolah, tapi untuk diriku juga. Aku teringat peribahasa Inggeris yang berbunyi , 'Its just like riding a bicycle, u'll get use to it again.'.....(lebih kurang camtu kot bunyi nyer.....hehehe). Dan memang benar, semakin hari aku semakin seronok mengajar bahasa Melayu semula (walaupun rindu dengan bahasa Jepun - aku dan 2 tahun x ngajar BJ....huuhuhu).
Alhamdulillah, bila keputusan PMR diumumkan, 128 drp 132 orng pelajar keseluruhan berjaya memperoleh A dalam kertas bahasa Melayu. Rasa bangga yang tak terkira, sebagai ketua bidang dan juga sebagai guru BM yang mengajar sebahagian calon tersebut, tergambar diwajah ketika itu. Walaupun tidak 100% mendapat A (yang sepatutnya 100% A sebab itu target SBP dan juga sekolah) namun keputusan yang diperoleh, sebagai sekolah yang baharu agak membanggakan, bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga semua warga pendidikan SASEM. Dan bila kemudian aku mendapat tahun bagi subjek BM, sekolah aku mendapat ranking 32 drp 57 SBP. Kira ok la tu, sebagai sekolah baharu berada di atas sekolah2 yang telah agak lama. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, sekali lagi. :-)
Dan cabaran seterusnya akan dihadapi lagi tahun 2014 nanti. Mungkin dalam bentuk yang lain pula (sebab aku x ngajar f3 dah....fuuhh!!....;-). Tapi walau apapun pengakhirannya, yang penting kita perlu yakin pada diri sendiri. Jangan terus berkata 'no' atau mengalah sebelum mencuba. Dan alhamdulillah, aku telah berjaya buktikan. Kalau aku boleh, pastinya guests juga boleh...!!!!! Percayalah, apa sahaja yang berlaku, ada hikmah yang ingin Allah berikan dan bersyukurlah.
Kepada semua pelajar t3 Sasem, tahniah diucapkan kerana berjaya melakar sejarah buat sekolah. Teruskan usaha untuk SPM 2015 nanti. Dan kepada semua guru T3, tahniah dan terima kasih. Marilah kita kenalpasti kelemahan diri dan perbetulkan untuk kecemerlangan diri, pelajar dan sekolah. InsyaAllah dengan kesungguhan dan keikhlasan, kita akan berjaya mengapai bintang cemerlang.........
Warga guru Sasem, walaupun PMR pertama dan terakhir kita, tapi usaha mendidik tidak akan berakhir hendaknya. Semoga terus berjaya.
Huhuhuhu.......mcm ilmiah la pulak entri kali ni. tapi x pe la, saja nak kongsi kegembiraan dengan guest. saje nak seri2 kan semula 'duniaku' yang dah muram ni......fufufu......
Ja, mata. Jumpa lagi...... <3 span="">3>
p/s sayang Allah, sayang Rasulullah, sayang Islam, sayang ibu, sayang diri, sayang keluarga, sayang bangsa dan sayang negara
No comments:
Post a Comment