Wednesday, November 6, 2013

Aku Dan Duniaku 228.......semoga dirimu damai di sana, temanku.....

salam untuk semua,

lama meninggalkan duniaku ini. berkira2 untuk menulis peristiwa ini dengan segera, namun terasa perlu menyiapkan diri agar lebih kuat.
 
pagi jumaat, tanggal 1/11/13 seawal jam 6:30 pagi, telefon berbunyi menandakan mesej masuk.
"cuti2 ni x kan ada yang kata x datang sekolah kot??" hati berkata kerana selalunya pagi2 begini kalau menerima mesej hari persekolahan, mesti pasal cg mc atau cuti, sebab aku tukang buat relief.
mahu x mahu aku jenguk juga la msg tu. dari en Izzudin, pegawai SBP. Terkedu seketika membaca msg,
 
"Assalamualaikum wbt. Cikgu Latiffah Abdullah dari SBPI Rawang (dahulu SMS Dungun) telah meninggal dunia jam 2:30 pg td di HKL. Jenazah akan dikebumikan di Kg Melayu Subang. AlFatihah."
 
Innalillah hiwainnahilaihirojiun..... bagai disentak dan dipecahkan empangan airmata, menitis menangisi pemergian seorang sahabat. Dan memori tika bersama  arwah satu persatu mendatangi layar ingatan.
 
Menerima berita arwah mengidap kanser rahim stage 3 beberapa minggu sebelum itu merupakan sesuatu yang mengejutkan. Dan saat menerima beritu itu, mengimbau kembali kenangan ketika bersama2 arwah mengharung pahit getir dan kegembiraan meneruskan pengajian di Jepun selama 5 tahun. Mengetahui yang arwah seorang yang kuat, dalam semua perkara, terutama semangat yang kuat, aku mendoakan agar arwah akan tabah menghadapi dugaan ini dan kuat untuk menempuhnya. Dan aku tahu arwah akan berusaha untuk melawan penyakit ini dengan sepenuh kekuatan yang ada.
 
Namun selepas berpeluang menziarah arwah pada 23/10, aku dihambat kedukaan yang teramat sangat, dan segala harapan itu hilang tanpa aku berusaha untuk mencarinya. Melihat arwah terlantar dalam keadaan begitu, aku gagal menahan kesedihan. Cuba untuk mengelak daripd menghamburkan airmata, konon ingin kuat di hadapan kakak arwah yang ada ketika itu, namun hati ku menangis semahu2nya. Dan tika berseorangan di bilik selepas itu, nyata aku gagal mengawal perasaan.
 
Membayangkan arwah yang aku kenal adalah seorang yang periang, sentiasa mengukir senyuman dan suka berjenaka, dan serius dalam bekerja, aku sukar menerima arwah dalam keadaan sakit dan terlantar begitu. Aku kehilangan bicara. Ketika itu, hanya doa aku panjatkan agar Allah mempermudahkan segala urusan buat arwah walau dalam apa jua keadaan. Dan aku bersyukur dapat menziarah arwah sebelum beliau pergi menghadap Allah Maha Pencipta pada pagi jumaat yang mulia, 1/11/13 yang lalu.
 
Pemergiaan arwah amat aku rasai, dan begitu juga oleh guru2 bahasa jepun yang mengenali beliau. Kehadiran arwah setiap kali bermesyuarat, gurau senda arwah setiap kali bercerita, keseriusan arwah setiap kali berbincang dan senyuman tawa arwah setiap kali bergurau, akan hilang dan akan cukup dirindui setiap kali kumpulan kami (kumpulan guru) berjumpa dan bersama.
 
Kami akan merinduimu Pah!
 
Buat Allahyarhamah Latiffah binti Abdullah, terima kasih kerana berkongsi kehidupan indah dan ceria bersama kami. Kami mendoakan agar rohmu ditempatkan oleh Allah swt di sisiNYA bersama orang2 yang beriman. Amin.
 
Al Fatihah.......
 
kami akan merindui saat2 ini .......terima kasih Pah!!!
 
(airmataku gugur seiring ingatan kepadamu, sahabat. Semoga kau damai di sana Pah!!)


p/s sayang Allah, sayang Rasulullah, sayang Islam, sayang ibu, sayang diri, sayang keluarga, sayang bangsa dan sayang Negara......

No comments:

Post a Comment