Laaaama sungguh duniaku ini menyepi. Mohon maaf kerana terlalu lama membiarkan guests membaca catatan2 yang telah lapok di duniaku ini. Pelbagai alasan boleh diberikan, namun jujur aku katakan, tahap kemalasan yang semakin rajin bertamu menjadikan aku akur tidak menulis di duniaku ini. Jangankan menulis, menjenguk duniaku ini juga perlu dipaksa.
Namun, kali ini aku hadir di duniaku ini bukan kerna dipaksa. Keinginan untuk berkongsi peristiwa istimewa yang berlaku pada hujung minggu lalu (19 & 20 Ogos 2017) mendorong aku untuk hadir di sini.
3 in 1 plus 1, tajuk yang tertulis di atas, merupakan 3 peristiwa istimewa yang seakan sama yang berlaku dan 1 peristiwa yang cukup menarik yang terjadi terhadap diri aku ini. Peristiwa 3 ini 1, mengimbau kembali kenangan 6 tahun, 10 tahun dan 27 tahun yang lalu. 3 Reunion dalam 1 hujung minggu.
3 in 1 yang pertama.......
Reunion bersama SDARIAN Batch 07/11 di walimatul urus salah seorang drp mereka. Aku dihubungi oleh pengantin sendiri 2 minggu yang lalu, mengingatkan aku akan tarikh raja seharinya. Menginginkan sangat agar aku hadir di hari istimewanya. In syaa Allah, hanya seringkas itu jawapan aku. Tapi sebenarnya tarikh 19/08/2017 itu telah awal2 aku booking sebaik sahaja menerima jemputan melalui FB. Tidak hendak rasanya menghampakan perasaan si pengantin. Tambahan lagi, sipengantin merupakan bekas pelajar jepun aku yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Jepun dan akan menyambung pelajaran di peringkat master bermula September nanti. Alhamdulillah dan Tahniah buat Amirul Ridzuan bin Jamsari dan isteri (kerana kedua2nya akan melanjutkan pelajaran peringkat master di universiti yang sama.....:-) )
Aku hadir seiring dengan kedatangan mempelai. Dan pastinya ramai teman2 sepengajian semasa di SDAR dahulu yang hadir. Bagi mereka juga, hadir ke undangan perkahwinan ini merupakan salah satu cara untuk mereka kembali bersua setelah lebih kurang 6 tahun meninggalkan alam persekolahan. (Amirul Ridzuan merupakan orang pertama dalam batch mereka yang mendirikan rumah tangga.) Aku juga berpeluang bertemu dangan bekas2 pelajar kelas bahasa Jepun batch tersebut. Pastinya masing2 mengimbau kenangan lalu.
Buat Amirul Ridzuan dan isteri, Selamat Pengantin Baru dan Semoga Bahagia hingga ke Jannah. dan buat SDARIAN Batch 07/11, semoga terus sukses dalam apa juga yang kalian lakukan. Seronok dapat jumpa kalian <3 font="">3>
3 in 1 yang kedua......
Selesai menghadiri majlis Amirul Ridzuan, aku terus ke majlis yang kedua iaitu Reunion 10 tahun SDARIAN GEMILANG Batch 03/07. Aku kenal batch ni dengan Batch Kolar Merah je. Walaupun agak terlewat sampai, namun aku masih sempat bertemu dengan mereka. Melihat mereka kembali selepas 10 tahun, terasa pantas sungguh masa berlalu. Masing2 mereka telah berkerjaya dan berkeluarga. Namun, dalam kesibukan masing2, mereka masih komited untuk hadir ke majlis reunion ini. Utk makluman guests, SDARIAN akan datang semula ke sekolah setelah genap 10 tahun meninggalkan SDAR. Reunion 10 tahun, kembali ke sekolah ini seolah menjadi tradisi yang telah diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi SDARIAN. (Aku doakan semoga akan terus kekal majlis sebegini).
Batch Gemilang ini, menjadi batch yang akan kekal dalam ingatan aku kerana aku mengendalikan barisan pemimpin pelajar sepenuhnya bersama batch ini. Banyak kenangan bersama mereka. Manis dan pahit serta tangis dan tawa, banyak yang aku kongsi bersama mereka. 2 jam bersama mereka, bertanya khabar dan mengimbau kenangan lalu cukup menyeronokkan. Terkadang pecah hilai tawa, bila terkenang saat yang mencuit hati. Dan tanpa sedar, masa berlalu begitu pantas. 2 jam berlalu tanpa disedari. Walaupun sekejap, masing2 kelihatan puas dapat bertemu semula.
Kepada SDARIAN Batch 03/07, terima kasih atas jemputan (khas untuk Syakir kerana call sensei). Kepada Acap and the Gang, terima kasih atas kenangan yang sungguh indah. Satu lagi memori bakal tersimpan dalam diari kenangan Sensei.
Sensei doakan kalian akan terus cemerlang dalam apa juga yang dilakukan.
Bersama pelajar2 bahasa Jepun .......Sayang kalian <3 font="">3>
3 in 1 yang ketiga.......
Sabtu, 19/08/2017, menghadiri 2 reunion, cukup menyeronokkan. Rasa puas kerana dapat memenuhi undangan dan jemputan bekas pelajar. Dan aku menanti hari esok, Ahad (20/08/2017) dengan rasa tidak sabar.
Satu lagi reunion, tetapi kali ini cukup istimewa. Selepas 27 tahun meninggalkan sekolah pertamaku, SK Convent (1) Bukit Nanas, Kuala Lumpur, kali ini aku hadir ke majlis reunion cikgu2 CBN yang masing2 telah meninggalkan sekolah. Maksudnya, reunion YB (Yang Bersara). Walaupun aku masih belum bergelar YB, namun jemputan untuk hadir oleh kekanda2 YB tidak dapat aku tolak. 27 tahun tidak bertemu mereka, rasa ingin melepas rindu membuak2 dalam hati. Tak sabar rasanya bertemu mereka.
Jam 12.00 tgh, aku sampai di Sani Hotel Kuala Lumpur. Tak tergambar gembiranya dihati bila dapat bertemu kembali Guru Besar, PK, PK Koko dan PK HEM yang dulu, semasa aku masih mengajar di CBN. Alhamdulillah, syukur aku ke hadrat Allah, melihat mereka masih sihat dan ceria menjalani kehidupan bersara. Makanan yang dihidang seakan merajuk, tidak diusik kerana masing2 asyik bercerita dan bertanya khabar. Maklumlah 27 tahun tidak bertemu. Banyak kenangan bersama mereka. Dan kenangan hari ini pasti tersulam erat dalam ingatan aku buat selamanya.
Terima kasih buat kekanda2 ku yang hadir, Puan Sharifah (GB), Puan Maziah (PK), Datin Hjh Saleha (PK HEM), Pn Mariamah (PK Koko), Kak Adida (CC), Kak Habsah, Kak Selamah, Kak Zaiton, Kak Rosnah dan Kak Anita dan bonda. Aku doakan semoga kekanda semua diberikan kesihatan yang baik dan bahagia menjalani kehidupan dunia dan akhirat. Terima kasih atas segala2nya.
Bersama Kak Anita.....after 27 years....
Puan Sharifah....my x-Guru Besar yang masih comel
Kekanda2 YB.....cerianya mereka..
Dan ...plus 1....
Yang plus 1 ini bukan reunion, tetapi satu peristiwa yang aku cukup bangga dapat menyertainya. Ini kena balik semula ke tarikh 19/08/2017. Selesai reunion di SDAR, Seremban, aku bergegas balik kerana adik aku bagitau, dapat tiket untuk tengok Opening Ceremony SEA Games Kuala Lumpur di Sports City KL. Apa lagi, akupun henjut balik Kajang dan lepas solat asar aku bersiap. Cadangan adik aku, untuk mengelakkan tersangkut dalam jem, jom naik motor, katanya. Aku ok je. Nak tengok OC punya pasal. Bukan senang nak dapat peluang tengok upacara ini. Entah bila lagi giliran Malaysia akan jadi tuan rumah. Naik moto pun naik moto lah.
Malangnya separuh jalan, hujan lebat la pulak. Terpaksa stop di bawah jambatan, menanti hujan teduh. Sebaik hujan reda, walaupun gerimis, kami redah juga. Bila naik moto, walaupun gerimis, tapi basah lencun jugak la. Aaahhh, peduli apa, Sea Games punya pasal. Sampai saja di stadium, suasananya memangnya tidak dapat digambarkan. Menonton tv dengan menonton live memang berbeza keseronokannya. Gema sorakan di stadium saja sudah cukup menaikkan bulu roma. Bangga menjadi rakyat Malaysia, apabila menyertai sendiri upacara bersejarah dalam sukan tanah air ini. Saat kontijen Malaysia memasuki stadium suasana memang riuh dengan suara sokongan dan jeritan Malaysia! Malaysia! Malaysia!. Memang betullah kata orang, Sukan Menyatukan Rakyat Malaysia. Aku melihat kata2 itu terbukti di acara ini.
Sepanjang lebih kurang 3 jam bersama2 rakyat Malaysia meraikan majlis OC ini, aku bangga kerana teknologi yang digunakan untuk upacara ini setaraf dengan acara2 sukan luar negara. Bangga menjadi rakyat Malaysia, tanah tumpah darahku. Tika berkumandang lagu Negaraku, gemuruh di dada berbaur dengan kemegahan dan kebanggaan amat terasa sehingga terasa goosebump yang sukar digambarkan. Apa2 pun acara OC ini cukup meriah.
Kepada kontijen Malaysia, semoga kalian berjaya memburu emas dan meletakkan Malaysia sebagai negara terunggul dalam sukan Asean. Malaysia Boleh!!!
p/s buat adik aku, terima kasih atas tiket percuma. lain kali boleh la lagi ye......hehehehe
p/s sayang Allah, sayang Rasulullah, sayang Islam, sayang ibu, sayang diri, sayang keluarga, sayang agama, sayang bangsa dan sayang negara................