Tuesday, February 7, 2017

Aku dan Duniaku 234........ Perginya seorang lagi sahabat dan kenalan......


Assalam semua,

Maaf mengganggu guest semua dengan post yang tetiba ni. Lama dah tak menulis tetiba hari ini, di saat minda dan fizikal berehat di ofis yang serba sejuk ni, aku terpanggil untuk mencoret sesuatu. Telah terlalu lama rasanya (memang lama pun, hampir 2 tahun kottt!!!) tidak bercerita di sini. Kali ini aku cuba. Namun, hanya untuk meluahkan kesedihan.

Semalam, aku dikejutkan dengan berita pemergian seorang kenalan mengadap Sang Pencipta, Allah swt, setelah menderita sakit yang agak serius. Arwah Nerawi bin Sitam, guru bahasa Jepun (junior grup guru2 jepun) di SM Sains Labuan, telah kembali ke rahmatullah setelah menderita penyakit hipetitis C yang telah merosakkan hati dan buah pinggang arwah. Kami (guru2 bahasa Jepun) amat terkejut dengan penyakit yang arwah hidapi kerana arwah kami lihat sentiasa sihat dan sentiasa ceria. Mengikuti perkembangan arwah melalui FB (arwah merupakan seorang yang aktif mengemaskini FB, khasnya momen2 bersama keluarga), sungguh tidak kami sangka arwah akan pergi begitu awal.

Luluh hati menerima berita, walaupun tahu keadaan arwah, kerana mengingatkan tiga orang anakanda dan isteri beliau yang tinggal, kesedihan itu terasa lebih menusuk. Namun, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hanya ucapan takziah dan kata2 semangat, 'supaya kuat jiwa dan minda menghadapi dugaan ini', yang dapat aku titipkan buat isteri dan anak2 arwah.

Walaupun merupakan seorang junior, namun arwah amat dekat di hati. Masih aku ingat lagi ketika mengadakan bengkel kerja di Sabah, arwah datang dengan membawa buah tangan, sebakul coklat buat aku. Punyalah seronok waktu itu, sebb awal2nya memang bercadang nak beli coklat, dan dengan pemberian arwah itu, ada buah tangan aku untuk anak2 buah yang menunggu di rumah. Tak payah la beli .............. Banyak sebenarnya kenangan bersama arwah. Dan kenangan itulah yang akan aku simpan sebagai ingatan, arwah pernah menjadi sahabat dan kenalan aku.

Buat isteri dan anak2 arwah (suka dengan nama2 anak2 arwah kerana ada nama jepun digabungkan), aku mendoakan agar kalian tabah menghadapi dugaan ini. In syaa Allah, segala yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya. Berserahlah kepada Yang Esa. Aku doakan agar roh arwah ditempatkan bersama2 roh orang beriman di sisi Allah.

Buat sahabat dan kenalan, Nerawi bin Sitam, semoga kau damai di sana. Terima kasih atas segala2nya.
   
                                                  

                                     
Kenangan bersama arwah (duduk, kiri)



p/s sayang Allah, sayang Rasulullah, sayang agama, sayang diri, sayang keluarga, sayang bangsa, dan sayang negara ...................

No comments:

Post a Comment