Friday, March 15, 2013

Aku dan Duniaku 220 ....... jiwa kacau...

salam untuk semua,

sepagi hari ini aku serba tak kena. sejak semalam sebenarnya, terlalu banyak yang perlu aku fikirkan. ada perkara yang memerlukan perhatian dan tindakan segera, ada perkara yang memerlukan aku menumpukan sepenuh jiwa raga untuk diselesaikan (wah! macam besar je tuuu!!!!....memang besar pun ....hehehe). jiwa aku kacau pagi ni......

aku serba salah. 'core business' ku terpaksa aku laksanakan. itu tanggungjawab hakiki. bagaimana aku hendak menghadapi para pelajar yang dahagakan ilmu dalam keadaan emosi dan fikiranku yang kacau begini??....menjelang waktu aku perlu bergerak ke kelas, semakin bercelaru fikiran ku. aku cuba merangka-rangka aktiviti yang akan aku lakukan dengan anak2 pelajar ku. langkahku yang biasanya pantas, pagi ini bergerak longlai.

'aduhai jiwa, janganlah kau seksa aku sebegini. tolonglah kembalikan semula semangat aku. tolonglah kembalikan semula rasa seronok aku untuk mengajar. tolonglah campakkan seketika rasa kacau yang mengganggu jiwa ini'.........

dan akhirnya aku sampai di pintu kelas. cuba kutundukkan muka dan berwajah selamba supaya tak dapat dikesan oleh anak pelajarku akan perubahan airmuka ku. sewaktu salam diucap dan doa dibaca, aku jadi sebak. dan selepas meletakkan buku dan beg di atas meja, aku terus keluar ke bilik air. dan aku melepaskan keresahan itu dengan tangisan sedu yang agak panjang.

setelah seketika, rasa bersalah kerana meninggalkan anak pelajar ku, memaksa aku melangkah kembali ke kelas. mereka perasan dengan mataku yang merah dan kelas senyap dan hening seketika. aku cuba untuk mengajar tp ternyata gagal, lalu aku meneruskan waktu yang bersisa dengan meminta pelajarku membuat latihan yang telah aku sediakan.  dan sebelum meninggalkan kelas, aku memohon maaf kepada mereka kerana tidak dapat menjalankan tanggungjawabku hari ini. dan nyata, mereka memahami. dan semasa bersalaman dan memeluk pelajar puteri ada yang membisikkan, "sensei, be strong ye, sensei x comel la kalau nangis," membuatkan aku tersenyum kembali.

ada sedikit kelegaan singgah di hati. namun jiwa yg kacau masih enggan berlalu, aku harus menguatkan semangat kembali kerana kelas seterusnya bakal memerlukan aku untuk menjadi kuat dan stabil. aku menarik nafas panjang lalu melangkah ke kelas seterusnya. melihat wajah2 pelajar yang serius (mungkin telah tahu keadaan aku melalui rakan2 dr kelas sebelumnya) hatiku semakin terusik. aku tewas lagi dengan air mata. sekali lagi kutinggalkan mereka untuk ke bilik air. seketika kemudian aku kembali ke kelas. dan aku telah sedia......

'tolong ceriakan sensei ya. ada perkara yang menbuatkan emosi dan fikiran sensei tak mengizinkan untuk mengajar kamu ari ni. sensei mohon maaf," pinta ku.

"jom ambik gambar sensei!!!" tetiba affan dan iqmal bersuara.....

"jom, jom...senseipun ada kamera...." aku mula ceria. dan selepas itu pelbagai aksi kami bergambar. mendengar gelak tawa dan melihat senyum ria mereka, keresahan ku hilang melayang entah kemana. hati jadi sayu tapi bukan dek kesedihan tapi kerana rasa bertuah dikelilingi anak2 pelajar yang begini,  yang prihatin. dan akhirnya sehingga petang aku tak diganggu resah lagi.

pastinya guests ingin tahu kenapa jiwa ku kacau dan resah kan? sebenarnya....hrmmmm.........rasanya tak perlu lah aku kongsi cerita itu......fufufufu....apa yang penting hari ini meninggalkan banyak memori dalam hidupku. satu lagi pengajaran untuk sebuah pengalaman yang sangat berharga.

terima kasih ya ALLAH atas hikmah yang telah KAU berikan untuk ku hari ni. hanya KAU lah yang maha mengetahui segalanya.......amin....

dan terima kasih untuk 'dia' yang sudi mendengar resah ku hari ini.......

saat2 menceriakan ......





 

p/s sayang ALLAH, sayang Rsulullah, sayang agama, sayang ibu,sayang keluarga, sayang diri, sayang bangsa dan sayang negara
 

Aku dan Duniaku 219.....hish, lupakan saja mariana!!!

salam untuk semua.....

mata yang masih belum mengantuk ini mengizinkan aku untuk menulis sesuatu di duniaku ini. kebelakangan ini aku sering mengabaikan duniaku ini. sebenarnya aku cuba untuk singgah dan bercerita di sini sekerap mungkin, tapi terlalu banyak yang mengganggu masa santaiku sekarang membataskan itu semua. namun aku akan cuba untuk bercerita jika sesekali aku singgah di sini.

sejak kebelakangan ini hatiku sentiasa resah. setiap malam aku jadi sukar untuk melelapkan mata memikirkan perkara 'itu'. aku seolah membiarkan hati dan perasaanku hanyut dengan perkara 'itu'.
aku cuba untuk membuangnya, tapi semakin aku terpaksa untuk memikirkannya. sehinggakan aku terpaksa menegur hati ini untuk melupaan 'itu' .

'hish, lupakan saje mariana!"

sepatutnya mudah untuk aku melupakan 'itu'. kerana aku sebenarnya sudah tidak mempunyai perasaan untuk bercakap dan memikirkan hal 'itu'. namun keadaan yang memaksa aku untuk setiap hari bersemuka dengan dia, menjadikan 'itu' semakin mendalam.

"hish, lupakan saje mariana!"

sebenarnya telah aku buangkan jauh2 'itu' itu. malas aku nak memikirkannya. kerana setiap kali menghantui, aku jadi semakin menyampah dan benci pada apa yang telah berlaku dulu. dan aku akan hanya mengumpul dosa2 dengan perasaan sebegitu.

"hish, lupakan saje mariana!"

aku kembali sedar semula. rupa2nya aku masih mempunyai perasaan 'itu'. walau cuba kucampakkan jauh2 ke dasar kolam kenangan, namun sesekali akan timbul dan terapung jua. cuma mungkin aku tidak tahu bagaimana untuk menangani.mungkin aku memang tidak handak memikirkannya. ya, dalam usia begini, malas untuk aku layan perasaan 'itu'.

"hish, lupakan saje mariana!"

ya, aku akan lupakan. tolong la sang akal, jangan kau layan jiwa dan perasaan aku dengan 'itu' ynag mengganggu. dan tolong la wahai 'kau', jangan la lagi kau menyapa dan mengambil tahun tetang diriku. kalau selama ini aku mampu untuk hidup tanpa hadirnya 'lelaki' dalam hidupku, biar lah aku terus menghabiskan sisa2 hidup ku ini dengan seronok tanpa ada gangguan daripada 'kau'.

untuk 'kau', terima kasih kerana sudi menyapa hati dan jiwaku. terima kasih kerana mengungkapkan 'itu' padaku. amat aku hargai keikhlasan itu. maaf kerana aku membiarkan 'kau' tanpa jawapan. andaikanlah, diam ku itu tandanya aku menolak....................maaf....


"hish, lupakan saje mariana!"




p/s sayang Allah,sayang Rasulullah, sayang agama, sayang ibu, sayang keluarga, sayang diri, sayang bangsa dan sayang negara......


Friday, February 22, 2013

Aku dan Duniaku 218.... "saya sayang awak"

salam untuk semua..........

maaf kerna aku lama tidak menulis. kesibukan yang melampau menjauhkan aku drp laman blog ini. (alasan yang sama, kan....tapi memang betul pun....). bulan2 awal tahun 2013 ini memerlukan aku untuk melaksanakan pelbagai tugas wajib.......aku harap guests sekalian paham....

aku terpanggil untuk singgah dan berkarya di sini kerana sesuatu yang mengejutkan berlaku kepada aku semalam dan hari ini. dalam kesibukan aku dengan kerja, aku dilontarkan ungkapan "saya sayang awak" oleh seseorang yang tidak pernah terduga olehku untuk mengucapkan ungkapan beracun itu. seharian dan semalaman aku dihantui oleh ungkapan itu dan insan yang melafazkannya. namun aku meyakinkan diri bahawa dia hanya bergurau. lalu aku lontarkan semula ingatan itu jauh2 ke dalam ruang kenangan hidupku.

namun,hari ini dia mengulangi semula. "awak ingatkan apa yang saya cakap semalam?"
"apa ya?" sengaja aku bertanya seolah tidak tau.....
"awak niiii....... saya sayang awak laaa.....,"ungkapnya selamba.

hish.....aku jadi serba salah. sukar aku nak meneka samada ungkapan "saya sayang awak" nya itu ikhlas dan tulus dari hati atau hanya gurauan. namun, aku tidak mahu mengharap. sisa hidupku yang masih ada ini tidak hendak aku rimaskan dengan hal yang begini. yang nyatanya, perasaan 'sayang' itu telah lama ku padamkan dalam hatiku. tidak mahu aku mensia2kan hidup bahagiaku sekarang dengan harapan2 palsu.

kalau benar ungkapan "saya sayang awak" itu betul2 lahir drp hatinya yang tulus ikhlas, aku ucapkan terima kasih kerana menyayangiku. dan aku memohon maaf kerana tidak dapat untuk menyambut perasaan itu dengan nada yang sama.

namun, kalau ungkapan itu hanya mainan lidah dan gurauan semata, terima kasih juga aku ucapkan kerana ternyata ia satu gurauan yang menghiburkan(sebenarnya merimaskan)

aku tidak mahu membina mahligai bahagia dengan derita insan lain...........

p/s sayang Allah, sayang Rasulullah, sayang agama, sayang ibu bapa, sayang keluarga, sayang diri, sayang bangsa dan sayang negara

Sunday, December 23, 2012

Aku dan Duniaku 217.......Al Fatihah.....

salam untuk semua.....

lama sudah tidak bercerite di sini. tapi hari ini aku terpanggil untuk menulis cerita ini dan berkongsi dengan guests. 

Innalillah...................pagi hari minggu ini aku dikejutkan dengan berita pemergian ke rahmatullah senpai (senior)aku semasa di Jepun dulu dalam kemalangan ngeri. yang  lebih tragis lagi ialah isteri dan kedua orang anak beliau turut terkorban di dalam kemalangan tersebut. terkedu aku seketika membaca sms yang bertalu2 aku terima drp teman guru2 jepun yang mengenali beliau. seakan sukar untuk mempercayai pemergian satu keluarga ini. dan sepagi aku cuba untuk mendapat maklumat mengenai kejadian ini daripada pelbagai sumber. dan akhirnya pada jam 12:30 tengahari melalui berita tengahari aku mendapat kesahihannya.dan kenangan lalu saat aku bersama arwah dan isteri ketika di Jepun menjelma kembali. dan saat itu aku tidak dapat menahan air mata daripada membasahi pipi.

Arwah adalah senior aku setahun ketika aku menuntut di Bunkyo University Jepun. Beliau menrupakan orang yang menguruskan ketibaan batch aku kali pertama menjejakkan kaki ke Jepun. Beliaulah yang membantu urusan pendaftaran untuk mendapatkan kad warga asing di pejabat pendaftaran/daerah di jepun. beliau juga lah yang membantu menguruskan pertukaran travellers check dan pembukaan akaun di bank di jepun. aku menjadi rapat sebagai sahabat dengan beliau apabila mendaftar diri dan belajar di universiti yang sama. beliau membantu dalam banyak urusan...dan yang paling aku ingat ialah ketika beliau menemankan aku pergi membeli komputer di akihabara......dan sesekali bila aku mempunyai masalah, aku tidak segan untuk meminta pertolongan daripada beliau. ada kalanya kali saling membantu dalam menyiapkan assignment yang diberikan.

aku menjadi semakin rapat dengan beliau apabila beliau mendirikan rumah tangga dan membawa isterinya tinggal di jepun. aku menjadi rapat dengan isteri beliau terutama setelah lahirnya anak pertama beliau di jepun. aku lah yang setiap hari menjenguk  isterinya tika masih berada di hospital selepas bersalin. dan aku jugalah yang  memangku anaknya yang kecil di dalam teksi untuk balik ke rumah semasa isterinya keluar dari hospital. aku bersama2 melihat sianak  membesar (walaupun tidak lama) di jepun sehinggalah arwah tamat pengajian dan pulang ke malaysia pada awal tahun 1999. dan aku juga la yang mendukung sikecil di dalam train dari saitama sehingga ke narita airport. dan aku menitiskan airmata ketika memeluk sianak dan siisteri sebelum mereka terbang pulang ke malaysia. arwah menghadiahkan aku sebuah album gambar anaknya untuk menjadi peneman aku kerana aku terlalu rapat dengan anak beliau. banyak kenangan bersama arwah dan isteri selama aku mengenali beliau di jepun. terima kasih......

setelah aku balik ke malaysia, aku masih berhubungan dengan arwah dan isteri terutamanya bertanyakan khabar si kecil. walaupun tidak sekerap seperti ketika berada di jepun, namun kami masih berhubungan. dan kini, mereka telah tiada. satu keluarga pergi meninggalkan kehidupan di dunia. Qada' dan Qadar Allah tidak mampu manusia mempersoalkannya. Allah lebih menyayangi arwah sekeluarga. moga mereka damai di sana.....

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, aku memohon kehadratMu Ya Allah agar Kau cucurilah rahmah ke atas roh arwah Sabirin Sulaiman, isterinya Halina Saif, anak-anaknya Siti Aisyah dan Siti Khadijah dan tempatkanlah mereka di sisiMu, dalam kalangan orang2 yang beriman, Ya Allah........amin. Al Fatihah.....


http://www.sinarharian.com.my/semasa/4-rentung-kemalangan-bas-kereta-di-kemaman-1.114742


p/s....aku gagal menahan air mata ketika menulis post ini. semua kenangan terpancar bagaikan layar filem di depan mata memaksa aku berhenti beberapa kali .......

sayang Allah, sayang Agama, sayang diri, sayang keluarga, sayang bangsa dan sayang negara

Wednesday, November 14, 2012

Aku dan Duniaku 216 ... dari Johor ke Perlis.....cuti2 keluarga

salam untuk semua.....

mula2 nak ucap selamat bercuti kepada semua pelajar sekolah yang telah memulakan cuti persekolahan akhir tahun selama lbh kurang 11/2 bulan ni. kepada calon2 spm dan stpm, selamat menduduki peperiksaan dan semoga berjaya. kepada yang telah dan bakal menjadi raja sehari, selamat pengantin baru. kepada yang bakal melancong sempena musim cuti ni, selamat melancong dan jaga diri.......

aku pun menikmati cuti jugak, (walaupun x lama sebab kena kembali ke sekolah bulan disember nanti untuk membuat persediaan sesi persekolahan 2013) dan seawal hati sabtu 10/11 yg lalu aku dah isi cuti dengan berjalan ke utara iaitu penang, kedah dan perlis.

dalam masa 2 hari aku telah merentasi 8 negeri bermula dengan johor-melaka-negeri sembilan-selangor-perak-kedah-penang-perlis. bersama2 keluarga kami memulakan perjalan ke utara seawal jam 4 pagi (utk mengelakkan kesesakan lalulintas) . sebenarnya tujuan ke utara iaitu penang adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan anak sepupu aku di batu kawan. sambil menyelam minum air, kami sekeluarga juga menjadikan perjalanan ke utara ni sebagai percutian keluarga (yang memang kami lakukan setiap tahun)...kira 2 in 1 la ni....memang seronok berjalan dengan keluarga. kami konvoi dengan 2 kereta, exora dan avanza yang disumbat sume ahli keluarga seramai 17 orang !!!!.....hehehe....

menginap di TM resort penang selama 3 malam, percutian keluarga 4 hari 3 malam bermula dengan terus ke padang besar di perlis. untuk shopping la!! x sah pergi bercuti kalau x shopping....hehehe. aku x shopping ape2 pun.......(ye ke???). kemudian hari kedua kami menghadiri majlis perkahwinan anak sepupu di batu kawan. selepas tu aktiviti bebas. anak2 buah aku menghabiskan masa dengan mandi kolam yang ada di resort tu. sampai kecut2 la segala nyer....hehehe....kami juga jalan2 dan pusing penang island sehingga ke balik pulau, melihat perkampungan melayu yang masih tinggal (entah bila akan terhapus pula....doanya akan kekal la masy. melayu di situ). dan x lupa juga malam terakhir makan2 di padang kota. terlepas la hajat aku nak makan cendol dan kerang rebus padang kota...memang sedappp!!!!!

dalam perjalanan balik kami mengambil keputusan adhoc untuk naik cameron highland melalu simpang pulai. bukan main ramai lagi manusia kat atas tu. maklumlah cuti sekolah. ramai nak bawak anak2 bercuti. aku pun lama x ke cameron tu, rasanyer last sekali aku naik ialah pada tahun 2004 bersama2 budak sekolah aku dulu. kat sana ingat nak pergi petik strawberry, tapi sebab x musim dan mahal pulak, so x jadi la. x pe lain kali, insyaAllah.  lepas shopping strawberry dan apa2 yang perlu, kami pun turun melalu tapah dan sampai ke rumah di kajang jam 11:00 malam. penat kena lambung dalam kereta (sebab aku duduk belakang). sampai je rumah terus pengsan sebab penat dan sakit badan.....penat2 pun aku seronok dapat bercuti dengan keluarga!!!!

 shot2 masa percutian
masa kat wedding anak sepupu
dua orang anak buahku yang pandai bergaya

sikecik yang ambik gambar ni....

dengan anak2 buah aku kat majlis kenduri

si kakak yang melayan kerenah dua orang sikecik ni....

bukan main posing lagi !!!!

baby Ian yang menceriakan percutian kali ni.....

kat resort, sementara menanti untuk check in.....

gelagat sikecik Ian......

dengan Ian kat warong nasi ayam yang sedap

posing dengan gajah kayu.....ntah apa ntah nama tempat ni....

keluarga aku!!!!

sempat lagi free style....

aku dengan 7 orang anak buahku

ni sume adik beradik.....

ni tah posing ape ntah ni......

satu shot lagi dengan gajah kayu.....

dua org sikecik ni depan Transformer Avanbee....

masa makan kat padang kota.....

sedapnyer cendol tuuu!!!!

sikecik Ian dengan papa dan mamanyer.......

malam2 pun posing jugak......

anak2 buah aku yang sporting.......

hrrmm........no komen...hhehehe

saje ambik angin bawah pokok bunga tanjung ni.......

cuba teka kaki siapa????

kat cameron....belakang tu kebun sayur....

yang ket belakang tu pulak equatorial hotel......

si kakak yang kesejukan......tapi makan aiskerim
p/s sayang Allah, sayang agama, sayang diri, sayang keluarga, sayang bangsa, sayang negara