Friday, April 19, 2013

Aku dan Duniaku 222 ... kembalikan diri ku.....

salam untuk semua.....

pertamanya aku nak mendoakan semoga semua guest berada dalam kesejahteraan dan gembira hendaknya.......kerana di saat ini aku juga mendoakan agar Allah sentiasa memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan untukku, kerana aku amat memerlukannya......

beberapa minggu ini aku rasa sungguh tidak selesa. aku rasa bukan seperti diriku la. kemuncaknya ialah minggu ini, dan ketika berkira2 nak menulis di sini, aku barusaja menghamburkan airmata....namun aku bersyukur, selepas melepaskan segala yang tersimpan dengan menangis, aku sujud pada Allah memohon segala kebaikan dan kesejahteraan untuk ku. dan alhamdulillah, aku berasa lega dan akhirnya mampu untuk bercerita di sini.....

terlalu banyak yang berlaku sepanjang minggu ini yang mencabar kesabaran ku, sehinggakan terasa terlalu penat fizikal, mental dan emosi.....dan ini mengganggu gugat perjalanan hidup seharian ku. sepanjang minggu ini banyak yang aku hilang, hilang mood ceria, hilang konsentrasi thdp kerja, hilang kemesraan terhdp pelajar, hilang keramahan dengan rakan sekerja, hilang gelak ketawa,hilang keselesahan ditempat kerja, hampir hilang kesabaran............namun aku bersyukur, passion aku terhadap pdp tidak turut hilang....aku masih mampu untuk seronok mengajar, walaupun tidak sepenuh hati......alhamdulillah....

aku cuba mencari2 apakah penyebabnya....supaya dapat aku tahan perasaan2 ini dripada mengganggu lagi....namun nyata aku gagal. dan aku kecewa.  dan akhirnya aku terpaksa melepaskan rasa kecewa ini dengan airmata....tapi alhamdulillah, Allah itu Maha Mengetahui....kerana selepas merembeskan airmata, aku berasa amat lega....itulah rencana Allah untukku, alhamdulillah.....lantas aku sujud mengucap syukur kehadrat NYA atas nikmat yang diberi......dan kurasakan aku perlu membiarkan saja perasaan2 yang mengganggu itu, terbang begitu saja, perlu aku lupakan. kerana aku perlu bersedia untuk hari2 mendatang. aku perlu kembali menjadi diri aku yang sebenarnya.....ya...

semalan adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, dan esok adalah harapan.....jadi,  aku perlu lupakan semalam, jalani hidup hari ini dengan fikiran positif dan cuba merancang untuk hari esok yang lebih baik dan gembira......insyaAllah.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, aku bersyukur ke hadratMu Ya Allah atas segala limpah kurnia dan nikmat yang KAU berikan padaku. Hanya KAU yang Maha Mengetahui apa yang telah direncanakan untukku. Dan aku mohon keampunan dari MU Ya Allah atas segala kekurangan dan dosa2ku yang telahku lakukan samada sengaja mahupun tidak sengaja. Kerana hanyaKAU lah tempat mengadu dan meminta pertolongan. Terima kasih Ya Allah.......Amin

InsyaAllah, esok2 yang bakal ku lalui akan kuisi dengan momen2 indah dan bahagia.....aku akan kembali ceria, kembali mesra, kembali ramah, kembali fokus, kembali menjadi seorang yang sabar.....kembali menjadi diriku......

p/s sayang Allah, sayang Rasulullah, sayang Islam, sayang ibu, sayang diri, sayang keluarga, sayang bangsa dan sayang negara.

Thursday, April 11, 2013

Aku dan Duniaku 221......adakah kerana usia??

salam untuk semua.....

suasana pilihanraya yang tengah hebat ni kadang2 menyeronokkan, tapi banyak yang menyakitkan hati sebenarnya. apa yang seronok ialah bila melihat poster2 dan bendera2 parti dikibarkan dalam pelbagai bentuk. ada yang sanggup mengeluarkan belanja beribu2 ringgit untuk membuat replikan yang pelbagai bentuk utk menunjukkan sokongan kepada parti yang dipilih. bagi aku suasana yang hanya datang 4 tahun sekali ini sungguh meriah.....tapi waktu sebegini jugalah akan terserlah 'tikam menikam' dri belakang, kutuk mengutuk dan juga propaganda yang pelbagai. itu yang buat aku x suka. tap pape pun aku akan menjalankan tanggungjawabku sebagai rakyat malaysia, aku akan mengundi...!!!

hish, bukan citer pru sebenrnya aku nak kongsi dengan guest. tapi sebagai mukadimmah, cuit la sikit hal2 semasa ni....hehehe.

aku x tau kenapa seminggu ni aku rasa x seronok di sekolah. bermula hari isnin ari tu sampai la ari khamis ari ni, mood aku di sekolah tidak seperti selalu. perkataan 'malas', 'menyampah', dan 'x suka' selalu aku lafaz kan. entah kenapa aku pun x tau. perkara kecil yang selalunya aku x hiraukan, aku ambil sebagai benda yang terlalu sensitif. aku cuba untuk mengelak drp mood ini mempengaruhi pdp aku di dalam kelas. alhamdulillah, setakat ini tanggungjawabku sebagai pendidik kepada anak2 pelajarku tidak terganggu dek mood yang tidak menentu sebegini. aku tau tanggungjawab dan 'core business'ku. tambahan pula prinsip MMI (melindungi masa instruksional) yang diamalkan di sekolah menjadikan aku semakin mengambil berat terhadap pdp di dalam kelas. insyaAllah, anak2 pelajarku tidak akan aku abaikan. malah aku merasakan, saat yang paling seronok adalah bila berada di dalam kelas, bersama mereka. mereka seolah2 menjadi pengubat segala mood tidak baik dan akan menceriakan aku semula......terima kasih 3 khatir, 3 qayyim, 1 khaldun dan 4 ar-razi......:)

bila mengenangkan semula, banyak benda2 kecil yang pada pandangan ku yang tidak sesuai, tetapi tidak mampu untuk aku menyatakan ketidaksukaan aku kerana perlu menjaga hati banyak pihak. sudahnya bila membiarkan sume itu tersimpan dalam pikiran, secara tidak langsung mengganggu mood harianku. aku cuba untuk mencari2 insan yang boleh aku curahkan kegelisahan dan kerimasan aku ni. .......telahpun aku jumpa....tapi sebolehnya aku cuba mengelak untukberbicara dengannya. mungkin kerana rasa hormat dan tidak ingin membebankannya dengan masalah kecil tapi banyak yang aku hadapi ini.....(aaghhh...biar la, x yah la nak citer kat sesiapa......)

lepas seketika, aku rasakan benda2 ni sume ada kena mengena kot dengan faktor umur aku sekarang. agaknya semakin meningkat usia kita, semakin sensitif kita dengan benda2 yang berlaku di keliling, walaupun benda kecil. kita dah memandang sesuatu itu dengan cara yang berbeza......dah banyak 'kalau' yang dipikirkan......contoh, 'kalau aku boleh buat, x kan lah org lain x boleh buat'.....'kalau x tau,bertanya la, jgnlah berlagak....', 'kalau x suka, cakap je la......' dan macam2 'kalau' lagi laaa.......

tapi malam ini aku memaksa otak untuk berfikir. kalau bukan kita yang mengawal hati, fikiran dan perasaan kita sendiri, sape lagi. memang boleh berkongsi dengan orng lain, tapi x semestinya mampu diselesaikan. apa2 pun kita perlu berfikiran positif. dan selalunya bila benda2 camni berlaku, aku akan muhasabah diri dan berpegang kepada, 'apa yang terjadi itu, sama ada baik atau  tidak, insyaAllah akan ada hikmah yang akan dikurniakan oleh ALLAH kelak' ........

tapi kadang2 x aku nafikan, faktor usia juga menyumbang kepada kepelbagaian mood ini.......aku rasa camtu la......guests pulak cammana??!!


p/s sayang Allah, sayang Rasulullah, sayang agama Islam, sayang ibu, sayang diri, sayang keluarga, sayang bangsa, sayang negara.......

Friday, March 15, 2013

Aku dan Duniaku 220 ....... jiwa kacau...

salam untuk semua,

sepagi hari ini aku serba tak kena. sejak semalam sebenarnya, terlalu banyak yang perlu aku fikirkan. ada perkara yang memerlukan perhatian dan tindakan segera, ada perkara yang memerlukan aku menumpukan sepenuh jiwa raga untuk diselesaikan (wah! macam besar je tuuu!!!!....memang besar pun ....hehehe). jiwa aku kacau pagi ni......

aku serba salah. 'core business' ku terpaksa aku laksanakan. itu tanggungjawab hakiki. bagaimana aku hendak menghadapi para pelajar yang dahagakan ilmu dalam keadaan emosi dan fikiranku yang kacau begini??....menjelang waktu aku perlu bergerak ke kelas, semakin bercelaru fikiran ku. aku cuba merangka-rangka aktiviti yang akan aku lakukan dengan anak2 pelajar ku. langkahku yang biasanya pantas, pagi ini bergerak longlai.

'aduhai jiwa, janganlah kau seksa aku sebegini. tolonglah kembalikan semula semangat aku. tolonglah kembalikan semula rasa seronok aku untuk mengajar. tolonglah campakkan seketika rasa kacau yang mengganggu jiwa ini'.........

dan akhirnya aku sampai di pintu kelas. cuba kutundukkan muka dan berwajah selamba supaya tak dapat dikesan oleh anak pelajarku akan perubahan airmuka ku. sewaktu salam diucap dan doa dibaca, aku jadi sebak. dan selepas meletakkan buku dan beg di atas meja, aku terus keluar ke bilik air. dan aku melepaskan keresahan itu dengan tangisan sedu yang agak panjang.

setelah seketika, rasa bersalah kerana meninggalkan anak pelajar ku, memaksa aku melangkah kembali ke kelas. mereka perasan dengan mataku yang merah dan kelas senyap dan hening seketika. aku cuba untuk mengajar tp ternyata gagal, lalu aku meneruskan waktu yang bersisa dengan meminta pelajarku membuat latihan yang telah aku sediakan.  dan sebelum meninggalkan kelas, aku memohon maaf kepada mereka kerana tidak dapat menjalankan tanggungjawabku hari ini. dan nyata, mereka memahami. dan semasa bersalaman dan memeluk pelajar puteri ada yang membisikkan, "sensei, be strong ye, sensei x comel la kalau nangis," membuatkan aku tersenyum kembali.

ada sedikit kelegaan singgah di hati. namun jiwa yg kacau masih enggan berlalu, aku harus menguatkan semangat kembali kerana kelas seterusnya bakal memerlukan aku untuk menjadi kuat dan stabil. aku menarik nafas panjang lalu melangkah ke kelas seterusnya. melihat wajah2 pelajar yang serius (mungkin telah tahu keadaan aku melalui rakan2 dr kelas sebelumnya) hatiku semakin terusik. aku tewas lagi dengan air mata. sekali lagi kutinggalkan mereka untuk ke bilik air. seketika kemudian aku kembali ke kelas. dan aku telah sedia......

'tolong ceriakan sensei ya. ada perkara yang menbuatkan emosi dan fikiran sensei tak mengizinkan untuk mengajar kamu ari ni. sensei mohon maaf," pinta ku.

"jom ambik gambar sensei!!!" tetiba affan dan iqmal bersuara.....

"jom, jom...senseipun ada kamera...." aku mula ceria. dan selepas itu pelbagai aksi kami bergambar. mendengar gelak tawa dan melihat senyum ria mereka, keresahan ku hilang melayang entah kemana. hati jadi sayu tapi bukan dek kesedihan tapi kerana rasa bertuah dikelilingi anak2 pelajar yang begini,  yang prihatin. dan akhirnya sehingga petang aku tak diganggu resah lagi.

pastinya guests ingin tahu kenapa jiwa ku kacau dan resah kan? sebenarnya....hrmmmm.........rasanya tak perlu lah aku kongsi cerita itu......fufufufu....apa yang penting hari ini meninggalkan banyak memori dalam hidupku. satu lagi pengajaran untuk sebuah pengalaman yang sangat berharga.

terima kasih ya ALLAH atas hikmah yang telah KAU berikan untuk ku hari ni. hanya KAU lah yang maha mengetahui segalanya.......amin....

dan terima kasih untuk 'dia' yang sudi mendengar resah ku hari ini.......

saat2 menceriakan ......





 

p/s sayang ALLAH, sayang Rsulullah, sayang agama, sayang ibu,sayang keluarga, sayang diri, sayang bangsa dan sayang negara
 

Aku dan Duniaku 219.....hish, lupakan saja mariana!!!

salam untuk semua.....

mata yang masih belum mengantuk ini mengizinkan aku untuk menulis sesuatu di duniaku ini. kebelakangan ini aku sering mengabaikan duniaku ini. sebenarnya aku cuba untuk singgah dan bercerita di sini sekerap mungkin, tapi terlalu banyak yang mengganggu masa santaiku sekarang membataskan itu semua. namun aku akan cuba untuk bercerita jika sesekali aku singgah di sini.

sejak kebelakangan ini hatiku sentiasa resah. setiap malam aku jadi sukar untuk melelapkan mata memikirkan perkara 'itu'. aku seolah membiarkan hati dan perasaanku hanyut dengan perkara 'itu'.
aku cuba untuk membuangnya, tapi semakin aku terpaksa untuk memikirkannya. sehinggakan aku terpaksa menegur hati ini untuk melupaan 'itu' .

'hish, lupakan saje mariana!"

sepatutnya mudah untuk aku melupakan 'itu'. kerana aku sebenarnya sudah tidak mempunyai perasaan untuk bercakap dan memikirkan hal 'itu'. namun keadaan yang memaksa aku untuk setiap hari bersemuka dengan dia, menjadikan 'itu' semakin mendalam.

"hish, lupakan saje mariana!"

sebenarnya telah aku buangkan jauh2 'itu' itu. malas aku nak memikirkannya. kerana setiap kali menghantui, aku jadi semakin menyampah dan benci pada apa yang telah berlaku dulu. dan aku akan hanya mengumpul dosa2 dengan perasaan sebegitu.

"hish, lupakan saje mariana!"

aku kembali sedar semula. rupa2nya aku masih mempunyai perasaan 'itu'. walau cuba kucampakkan jauh2 ke dasar kolam kenangan, namun sesekali akan timbul dan terapung jua. cuma mungkin aku tidak tahu bagaimana untuk menangani.mungkin aku memang tidak handak memikirkannya. ya, dalam usia begini, malas untuk aku layan perasaan 'itu'.

"hish, lupakan saje mariana!"

ya, aku akan lupakan. tolong la sang akal, jangan kau layan jiwa dan perasaan aku dengan 'itu' ynag mengganggu. dan tolong la wahai 'kau', jangan la lagi kau menyapa dan mengambil tahun tetang diriku. kalau selama ini aku mampu untuk hidup tanpa hadirnya 'lelaki' dalam hidupku, biar lah aku terus menghabiskan sisa2 hidup ku ini dengan seronok tanpa ada gangguan daripada 'kau'.

untuk 'kau', terima kasih kerana sudi menyapa hati dan jiwaku. terima kasih kerana mengungkapkan 'itu' padaku. amat aku hargai keikhlasan itu. maaf kerana aku membiarkan 'kau' tanpa jawapan. andaikanlah, diam ku itu tandanya aku menolak....................maaf....


"hish, lupakan saje mariana!"




p/s sayang Allah,sayang Rasulullah, sayang agama, sayang ibu, sayang keluarga, sayang diri, sayang bangsa dan sayang negara......


Friday, February 22, 2013

Aku dan Duniaku 218.... "saya sayang awak"

salam untuk semua..........

maaf kerna aku lama tidak menulis. kesibukan yang melampau menjauhkan aku drp laman blog ini. (alasan yang sama, kan....tapi memang betul pun....). bulan2 awal tahun 2013 ini memerlukan aku untuk melaksanakan pelbagai tugas wajib.......aku harap guests sekalian paham....

aku terpanggil untuk singgah dan berkarya di sini kerana sesuatu yang mengejutkan berlaku kepada aku semalam dan hari ini. dalam kesibukan aku dengan kerja, aku dilontarkan ungkapan "saya sayang awak" oleh seseorang yang tidak pernah terduga olehku untuk mengucapkan ungkapan beracun itu. seharian dan semalaman aku dihantui oleh ungkapan itu dan insan yang melafazkannya. namun aku meyakinkan diri bahawa dia hanya bergurau. lalu aku lontarkan semula ingatan itu jauh2 ke dalam ruang kenangan hidupku.

namun,hari ini dia mengulangi semula. "awak ingatkan apa yang saya cakap semalam?"
"apa ya?" sengaja aku bertanya seolah tidak tau.....
"awak niiii....... saya sayang awak laaa.....,"ungkapnya selamba.

hish.....aku jadi serba salah. sukar aku nak meneka samada ungkapan "saya sayang awak" nya itu ikhlas dan tulus dari hati atau hanya gurauan. namun, aku tidak mahu mengharap. sisa hidupku yang masih ada ini tidak hendak aku rimaskan dengan hal yang begini. yang nyatanya, perasaan 'sayang' itu telah lama ku padamkan dalam hatiku. tidak mahu aku mensia2kan hidup bahagiaku sekarang dengan harapan2 palsu.

kalau benar ungkapan "saya sayang awak" itu betul2 lahir drp hatinya yang tulus ikhlas, aku ucapkan terima kasih kerana menyayangiku. dan aku memohon maaf kerana tidak dapat untuk menyambut perasaan itu dengan nada yang sama.

namun, kalau ungkapan itu hanya mainan lidah dan gurauan semata, terima kasih juga aku ucapkan kerana ternyata ia satu gurauan yang menghiburkan(sebenarnya merimaskan)

aku tidak mahu membina mahligai bahagia dengan derita insan lain...........

p/s sayang Allah, sayang Rasulullah, sayang agama, sayang ibu bapa, sayang keluarga, sayang diri, sayang bangsa dan sayang negara