Sunday, July 18, 2010

Aku dan duniaku 169......jalan-jalan 8 .....hujung minggu terakhir di Jepun....

salam untuk semua......

hujung minggu ni 3 hari cuti kat sini sebab ari isnin 海の日(hari laut). awal2 lagi dah buat rancangan. lagipun hujung minggu kali ni adalah yang terakhir aku kat jepun ni. minggu depan ari jumaat aku dah ada ke malaysia semua.......tanah tumpah darah ku.....(hujan emas dinegeri orang, hujan batu di negeri sendiri.......seribu kali lebih indah di negeri sendiri......hrmmmm.....)
tapi yang penting nya aku dah lega sebab projek dah selesai. cuma tinggal last presentation je ari selasa nanti.....fuuuhhhh...

so, ari jumaat ari tu aku dan member buat rancangan nak jalan2. kebetulan kakak angkat dia nak jumpa sebelum balik malaysia, so dia pun ajak aku jumpa kakak angkat dia tu. akupu ok je. lagipun belum ada rancangan nak ke mana pun. so, ari sabtu kami ke yokohama. sebnarnya aku tak pernah sampai yokohama lagi walaupun duduk 5 tahun kat jepun ni.....jauh dari tempat aku belajar dulu. datang kali ke 7 ke jepun baru la menjejakkan kaki ke yokohama ni.....kira aku tak menyesal la ke yokohama kali ni sebab memang seronok.....(walaupun cuaca....mak aii! 32 darjah celsius....!! terbakar dibuatnya.......)

tempat pertama aku pergi ialah yokohama landmark tower. bangunan tertinggi di jepun gak la kiranya.....cam klcc. kami naik sampai tingkat 69, tempat tengok pemandangan. memang nampak semua la.....sampai ke gunung fuji....cuaca pulak cerah....cantik sungguh..!!! kalau malam lagi la cantik!!.....1 jam jugak la kami kat atas tu menikmati pemandangan bandaraya.....

depan yokohama landmark tower

yokohama dan sekitarnya.......


pemandangan dari atas landmark tower



yokohama landmark tower



kat kedai souviner dalam landmark tower

pastu lunch kat restoran dalam bangunan 赤いレンガ(batu merah) tinggalan masyarakat perancis yang pernah berada di jepun dulu...(ada dalam sejarah jepun....).....lepas makan kami jalan2 di kawasan sekitar menikmati pemandangan dan sakan bergambar sampai la ke 山下公園(Yamashita Koen-taman). dalam panas2 tu ramai jugak orang jepun yang bersiar2 ....(macam kami jugak la.....orang jepun ni memang suka cuaca panas kot......). 山下公園ni famous sebab selalu jadi lokasi romantik drama jepun.....yokohama ni pun memang favourite spot couple2.....



depan bangunan batu merah (赤いレンガ)

dengan member dan kakak angkat dia kat 山下公園


banyak jugak la tempat kami pergi sekitar yokohama tu......satu lagi tempat famous kat sini ialah chinatown. aku pergi ambik gambar depan pintu gerbang dia je. kami tak masuk kawasan tu sebab sesak dengan manusia.....(macam petaling street kita jugak la.....hujung minggu ramai tourist......)...lagipun bukan nak cari ape pun kat situ.....so kami ke tempat lain. singgah di 人形の家(muzium anak patung.....), rose garden (tapi ros dah tak de....musim dia dah habis), bukit pemandangan laut.....dan last sekali 桜木町駅(stesen sakuragicho).....hehehe......

depan pintu gerbang chinatown....



atas bukit tempat melihat pemandangan pelabuhan......kat belakang tu bay bridge, satu lagi landmark yokohama


dalam perjalanan ke eki, lalu depan yokohama international school


destinasi awal dan terakhir.....sakuragicho eki

lebih kurang 5 jam kami habiskan masa berjalan2 kat situ.....sampai naik tegang la muka dek 'sunburn'. sampai center, ada(matsuri) pulak.....aku dah tak larat nak join dah.....kaki dah menjerit2 mintak direhatkan.....malam lepas mandi aku terus tido.....tak sedar sampai pagi.......

berlatarbelakangkan landmark yokohama.......


papepun aku seronok dapat jalan2 di yokohama.....walaupun cuaca panas (hari ni kira dah masuk musim panas sebenarnya la .....). berjalan ke tempat baru, memang banyak benda baru yang aku dapat....memang betul la kata peribahasa, jauh perjalanan luar pemandangan.......



k la, nanti aku citer lagi....(itupun kalau ade citer la.......hehehehe.....)

No comments:

Post a Comment