Sunday, October 24, 2010

Aku dan duniaku 182 ..... lama tak buat kan????

salam untuk semua........
lama gak la tak beridea nak tulis kat sini. satu lagi mungkin dek kesibukan yang melampau menyebabkan aku tak menulis. hrmmmm...... post kali ni pun bukan citer ape pun......just nak konsi keseronokan aku dengan guests je.......
lama dah sebenarnya aku tak buat kerja ni. berjaya menahan nafsu daripada menghabiskan duit melakukan kerja yang sangat aku suka ni......ntah kenapa dah agak lama jugak aku tak buat kerja ni (boleh pulak aku 'gaman' ... maknanye bertahan....). macam aku cakap tadi la, mungkin sebab aku sibuk dengan kerja2 yang lebih penting.......
semalam (sabtu) dan ari ni (ahad) aku sengaja ajak diri ni ke tempat kegemaran aku....kedai buku. ari sabtu, petang, lepas kursus di pd aku ke mph jj seremban. aku habiskan masa hampir 2 jam mencari buku kat situ. kali ni bukan buku untuk koleksi sendiri tapi untuk perpustakaan sekolah. pihak pibg bagi sumbangan untuk tambah buku kat library tu. so, lepas dapat sikit duit sumbangan daripada bendahari pibg, aku pun luangkan masa ke mph.......(kena beli sikit2 sebab ydp pibg dah tanya ari khamis ari tu, buku dah beli ke belum........)
lama tak beli buku, macam budak2 pulak aku seronok memilih dan mengumpul buku ke dalam bakul.....tak terasa lenguh kaki berdiri dan berjalan lama dalam mph tu. sudahnya dapat gak la beberapa buah buku yang aku rasakan sesuai dan menarik untuk pelajar aku baca. seronok aku tengok buku2 baru yang aku beli.
ari ni (ahad), dalam hujan lebat aku kuar jugak ke kedai buku lagi. tapi kali ni aku pg jauh sikit. ke kinokuniya di klcc. tempat ni lagi aku suka. sebab ada buku bahasa jepun......tapi kat sini tak banyak buku yang aku dapat sebab tak banyak buku yang sesuai untuk pelajar. tapi puas jugak la 'window reading' (...hehehe, istilah aku) buku2 jepun yang ada kat situ......
dua hari ni cukup menyeronokkan. aku dapat buat benda yang dah lama aku tak buat. berada di kedai buku memang satu keseronokan, tambahan lagi kalau dapat membeli buku2 yang disukai........memulakan hobi yang lama tertinggal.........hehehe

buku2 yang aku beli.................

Friday, October 15, 2010

Aku dan duniaku 181.....terima kasih...

salam untuk semua.......

berakhirnya minggu ini berakhir la juga kepenatan aku selepas mengendalikan satu majlis besar di sekolah. sekolah menerima kehadiran 'sister school' dari negara jiran, thailand iaitu king's college. persiapan untuk program ini bermula semenjak sebelum cuti hari raya lagi......begitu la besar dan pentingnya program ini....(bagi aku besar la, orang lain punyer pendapat tak tau .....suka ati diaorang la.....) macam2 aku kena settle kan sebelum program ini berlangsung dan macam2 masalah yang timbul....tapi biasa la kan.....masalah tu mesti la ada......tapi alhamdulillah menjelang hari program, semuanya dapat diselesaikan.......

hari program berlangsung, kelam kabut la jugak...sebab 1st time aku dipertanggungjawabkan untuk menguruskan majlis sebegini.......tapi kerjasama dan bantuan daripada rakan2, adik2 dan para pelajar banyak membantu dalam melicinkan perjalanan program ini. begitu juga sokongan daripada pihak pengurusan khasnya tuan pengetua......TERIMA KASIH!!!! dan ucapan terima kasih khasnya untuk mr wong yang memberi kepercayaan kepada aku untuk menguruskan program ini..............kepercayaan yang diberikan sangat2 dihargai......THANK YOU SIR!!!

aku merasakan majlis berjalan dan berkesudahan dengan jayanya (personal opinion) ..........feedback dan ucapan tahniah daripada rakan2 melegakan dan membuktikan kepada diri sendiri yang aku mampu menjalankan tugas yang diberikan. Alhamdulillah....syukur kehadrat ALLAH kerana dengan izinNya lah jugak aku dapat melaksanakan tugas ini......
'don't expect others to do work like u do' dan 'peduli apa orang nak cakap, yang penting aku buat kerja aku'....... dengan 2 prinsip kerja ini dan dengan niat yang betul, insyaAllah ....Allah akan menunjukkan jalan yang betul untuk kita melaksanakan apa juga tugas yang diamanahkan.......

sekali lagi buat rakan2 dan adik2 dan semua pelajar yang terlibat, terima kasih, ikhlas dari hati..... seronok bekerja dengan kalian..................
candid sepanjang program
tuan pengetua bersama guru2 kc......
pelajar2 kc di royal bintang.....
rakan2 guru semasa grand dinner......
backdrop yang unik .....tahap kreativiti guru2 sdar yang mengkagumkan
tema.......'berhari raya di kampung'......
(walaupun raya dah berlalu 3 hari.....)
seolah2 berada di kampung.......
bersama nordin salah sorang ajk pentas
*insyaAllah, gambar2 lain akan diupload kemudian.......

Monday, October 4, 2010

Aku dan duniaku 180..... majlis, majlis dan majlis.....

salam untuk semua......

masih dalam bulan syawal. masih banyak jemputan rumah terbuka sehingga 8 oktober ni...... kat sekolah pun banyak majlis yang berlangsung. hujung minggu baru ni pun satu hari sampai 2 majlis dijalankan. sampai x lepas tangan la cikgu2 dan pelajar2 yang terlibat......sudahnya jamputan rumah terbukan hari ahad x dapat pergi sebab dah flat, kepenatan........

hari jumaat ada majlis perpisahan untuk guru bersara dan bertukar.....sebaik sahaja selesai ada majlis jamuan hari raya warga sekolah. esoknya, sabtu ada majlis anugerah kokurikulum dan diukti pulak dengan majlis bacaan yassin dan solat hajat untuk tingkatan 3 dan 5. di antara majlis2 tu ada jugak benda lain yang berlangsung. jumaat petang pukul 3, raptai majlis anugerah koku. malam pun ada gak.....tapi sebab blackout, cancel....(alhamdulillah.....sebab siang dah penat satu hari, malam dah x larat.........ada hikmah disebalik apa sahaja yang berlaku.....)

ari sabtu lepas majlis koku, curi masa ke sms rembau....pegi kenduri perkahwinan bekas pengetua dulu......pastu balik untuk majlis solat hajat.......petang tergolek kepenatan..........

hujung minggu ni aku ada presentation hasil kursus masa kat jepun dulu di um. tension jugak dibuatnyer...... tapi aku kena berterima kasih banyak2 kat partner aku, chin siew siew, sensei dari alam shah kerana dia banyak membantu menyediakan bahan...... THANKS SIEW2!!!.......

3 hari lepas tu ada majlis besar lagi. sekolah menerima tetamu dari thailand.......2 hari kena melayan tetamu. aku jadi s/u pulak tu........lepas tu aku jadi ajk untuk sdar rugby open........lepas tu terlibat pulak dengan program lepas pmr....... nak buat kelas lagi untuk budak2 yang naqk ambik N4 dan N5(tahun ni ramai pulak yang ambik....30 orang).......hrmmmm...bila la kerja nak selesai.....lepas satu, satu...... tak sabar rasanyer nak cuti sekolah.........tapi macam member aku cakap, tanggungjawab yang diberkan mesti dilaksanakan................itu janji kita pada profesion yang kita ceburi ni..........

paper pun.....penat camne pun kadang2 ada keseronokan yang diperolehi dalam setiap kerja yang dibuat tu....itu yang buat aku seronok dengan kerja sekarang.......macam2 adaaaa....!!!!
Posing2 semasa majlis .........

me n umi dgan mr wong...... happy retirement sir!!

trio wind..... dulu dan kini ......tahniah monsieur zaili!!!!!

trio japanese teachers.........mori, fiza n me

trio gelak sama2...... reen, umi n me.....
panitia bahasa antarabangsa......
fiza, mori (jepun), pn shariah (gkmp), zaili (perancis), ustaz azizee (arab),
chan (mandarin) n me (jepun)
mentor n protege.......me n erry....
trio green.....faisal, me n azrul aziz......
suasana jamuan hari raya......
'comel nye mori'...... kata uztaz zaidi.....
di meja tetamu........
posing lepas majlis anugerah koku........

dengan iznel.....