Sunday, October 24, 2010

Aku dan duniaku 182 ..... lama tak buat kan????

salam untuk semua........
lama gak la tak beridea nak tulis kat sini. satu lagi mungkin dek kesibukan yang melampau menyebabkan aku tak menulis. hrmmmm...... post kali ni pun bukan citer ape pun......just nak konsi keseronokan aku dengan guests je.......
lama dah sebenarnya aku tak buat kerja ni. berjaya menahan nafsu daripada menghabiskan duit melakukan kerja yang sangat aku suka ni......ntah kenapa dah agak lama jugak aku tak buat kerja ni (boleh pulak aku 'gaman' ... maknanye bertahan....). macam aku cakap tadi la, mungkin sebab aku sibuk dengan kerja2 yang lebih penting.......
semalam (sabtu) dan ari ni (ahad) aku sengaja ajak diri ni ke tempat kegemaran aku....kedai buku. ari sabtu, petang, lepas kursus di pd aku ke mph jj seremban. aku habiskan masa hampir 2 jam mencari buku kat situ. kali ni bukan buku untuk koleksi sendiri tapi untuk perpustakaan sekolah. pihak pibg bagi sumbangan untuk tambah buku kat library tu. so, lepas dapat sikit duit sumbangan daripada bendahari pibg, aku pun luangkan masa ke mph.......(kena beli sikit2 sebab ydp pibg dah tanya ari khamis ari tu, buku dah beli ke belum........)
lama tak beli buku, macam budak2 pulak aku seronok memilih dan mengumpul buku ke dalam bakul.....tak terasa lenguh kaki berdiri dan berjalan lama dalam mph tu. sudahnya dapat gak la beberapa buah buku yang aku rasakan sesuai dan menarik untuk pelajar aku baca. seronok aku tengok buku2 baru yang aku beli.
ari ni (ahad), dalam hujan lebat aku kuar jugak ke kedai buku lagi. tapi kali ni aku pg jauh sikit. ke kinokuniya di klcc. tempat ni lagi aku suka. sebab ada buku bahasa jepun......tapi kat sini tak banyak buku yang aku dapat sebab tak banyak buku yang sesuai untuk pelajar. tapi puas jugak la 'window reading' (...hehehe, istilah aku) buku2 jepun yang ada kat situ......
dua hari ni cukup menyeronokkan. aku dapat buat benda yang dah lama aku tak buat. berada di kedai buku memang satu keseronokan, tambahan lagi kalau dapat membeli buku2 yang disukai........memulakan hobi yang lama tertinggal.........hehehe

buku2 yang aku beli.................

2 comments:

  1. wah, banyaknye buku sensei..jeles2..haha..sye nk abiskn buku pon berbulan..hadui..idup uni ni sbuk skit..

    ReplyDelete
  2. Acap.....bukan buku personal la. untuk pss ni...beli sikit2. lepas jugak la gian shopping buku walaupun bukan sendiri punya...hehehe...

    gud luck study k.....

    ReplyDelete