berakhirnya minggu ini berakhir la juga kepenatan aku selepas mengendalikan satu majlis besar di sekolah. sekolah menerima kehadiran 'sister school' dari negara jiran, thailand iaitu king's college. persiapan untuk program ini bermula semenjak sebelum cuti hari raya lagi......begitu la besar dan pentingnya program ini....(bagi aku besar la, orang lain punyer pendapat tak tau .....suka ati diaorang la.....) macam2 aku kena settle kan sebelum program ini berlangsung dan macam2 masalah yang timbul....tapi biasa la kan.....masalah tu mesti la ada......tapi alhamdulillah menjelang hari program, semuanya dapat diselesaikan.......
hari program berlangsung, kelam kabut la jugak...sebab 1st time aku dipertanggungjawabkan untuk menguruskan majlis sebegini.......tapi kerjasama dan bantuan daripada rakan2, adik2 dan para pelajar banyak membantu dalam melicinkan perjalanan program ini. begitu juga sokongan daripada pihak pengurusan khasnya tuan pengetua......TERIMA KASIH!!!! dan ucapan terima kasih khasnya untuk mr wong yang memberi kepercayaan kepada aku untuk menguruskan program ini..............kepercayaan yang diberikan sangat2 dihargai......THANK YOU SIR!!!
aku merasakan majlis berjalan dan berkesudahan dengan jayanya (personal opinion) ..........feedback dan ucapan tahniah daripada rakan2 melegakan dan membuktikan kepada diri sendiri yang aku mampu menjalankan tugas yang diberikan. Alhamdulillah....syukur kehadrat ALLAH kerana dengan izinNya lah jugak aku dapat melaksanakan tugas ini......
'don't expect others to do work like u do' dan 'peduli apa orang nak cakap, yang penting aku buat kerja aku'....... dengan 2 prinsip kerja ini dan dengan niat yang betul, insyaAllah ....Allah akan menunjukkan jalan yang betul untuk kita melaksanakan apa juga tugas yang diamanahkan.......
sekali lagi buat rakan2 dan adik2 dan semua pelajar yang terlibat, terima kasih, ikhlas dari hati..... seronok bekerja dengan kalian..................
candid sepanjang program
tuan pengetua bersama guru2 kc......
pelajar2 kc di royal bintang.....
rakan2 guru semasa grand dinner......
backdrop yang unik .....tahap kreativiti guru2 sdar yang mengkagumkan
tema.......'berhari raya di kampung'......
(walaupun raya dah berlalu 3 hari.....)
seolah2 berada di kampung.......
bersama nordin salah sorang ajk pentas
*insyaAllah, gambar2 lain akan diupload kemudian.......
Ikhlas...jujur ...tawakkal.......dan didilamnya ada unsur dakwah...... tahniah syabas......dan kagum dgn keyakinan diri yg tinggi......
ReplyDelete