salam untuk semua.....
kebelakangan ni malas sungguh nak mengadap laptop ni. maka tak online dalam masa yang agak lama. kotak e-mail pun dan melambak dengan msg fb. so tadi aku delete mana yang tak perlu. alasan malas tu satu drpnya la. sebenarnya mulai ari selasa lalu sampai la ahad semalam aku mengalami kesibukan yang melampau. selasa sampai khamis petang di btpnns (bhagian teknologi pendidikan negeri, negeri sembilan) di port dickson, menghadiri kursus (yang slotnya sampai malam). kemudian balik je dari kursus, malamnya aku dah mula buat kelas intensif bebudak jepun aku yang nak mengambil jlpt (japanese language proficency test) ahad nanti. pastu jumaat dan sabtu ari pagi sampai malam, kelas intensif (sampai sakit2 la tekak ni mengajar. tapi alhamdulillah ari sabtu member aku, hafiza sensei bantu). dan ahad, seawal jam 7pagi aku dah bertolak ke kl bawak 2 budak jepun aku nak ambk exam N4 di confucion high school (sekolah swasta kat tengah2 bandar kl...kelilingnya stadium merdeka dan stadium negara, puduraya, kotaraya danpetaling street.......
amirul ridzuan, calon N4 sedang menyemak angka giliran
kesesakan di venue exam......calon2 N1, N2 dan N4
ni baru mukadimah citer aku.......ha...lepas ni aku nak citer panjang lagi......
bersama rifqi....akan ke waseda tahun depan....insyaAllah....
ok, sambung citer balik.......sesi exam pagi dah berjalan, aku pg jemput 2 budak kat ukm (yang join program permata pintar) utk exam petang, N5. tahun ni,alhamdulillah 27 orang budak jepun aku ambik N5 (paling ramai setakat ni.....sebab nyer aku rasa adalah mori sensei...... ) dan moga diaorang sume akan berjaya, insyaAllah. Jam 1:30 2 orang budak dari ukm dah sampai kat pusat exam, menanti 25 lagi je.....kemudian aku dapat call dari hafiza (yang bawak budak dalam bas) traffic jam lepas tol sungai besi teruk sangat. lepas tol nak sampai simpang ke istana ambik masa 2 jam......dahsyat sungguh. mula2 aku tak tau sebabnya tapi lepas aku call adik aku baru la aku tau, sebab tarian 1 malaysia dan orang nak buat demontrasi dan berarak ke istana negara........sebab tu la jalan ke istana ditutup, sedangkan itu la jalan paling dekat nak sampai ke pusat exam. (kenapa la bila nak buat sesuatu tu tak pikirkan orang lain????....banyak susahnya dari senang.......hrmmmmm)
jam kat tangan dah hampir 2:30 (waktu exam sepatutnya mula). aku semakin risau. apa akal lagi ni. kudian aku dapat maklumat pihak pengurusan exam tu lewatkan waktu bermula exam 30 min. alhamdulillah.....aku bersyukur......kemudian aku maklumkan pada hafiza sensei dalam bas dan aku cadangkan di turun memohon kerjasama polis kat situ untk bukak kan jalan tu untuk bas sekolah aku lalu. memang kebetulan pulak bas tengah berhenti tak bergerak kat simpang tu. berusaha la hafiza sensei mengadap inspektor dan ketuanya (yang pakai sat paku) di situ. selepas merayu an menyemak voucher exam yang ada pada pelajar (ketua kat situ siap naik bas lagi dan check bebudak aku) dan kemudian dia turun call bos paling besar kat hq.
akhirnya...........alhamdulillah, jalan tu dibukak dan bukan itu saja, bas sekolah aku yang terpampang logo dn nama SDAR telah diescort oleh empat kenderaan polis (kereta peronda kat depan, motor peronda kat kiri, kanan dan belakang).....cam vip tu...!!!!! dan alhamdulillah bebudak aku akhirnya dapat ambik exam tapi dalam keadaan semput dek berlari selepas turun dari bas................harap2 diaorang dapat jawab soalan dengan tenang.......
tu la kan........memang apa yang berlaku tu ada hikmahnya Allah nak bagi. walaupun dalam keadaan terdesak camne pun, kalau niat kita baik, Allah akan tunjukkan jalan untuk usaha kita itu berjaya....... kebetulan bas berada kat simpang sewaktu idea untuk minta bantuan polis tu,aku rasa bukan kebetulan, tapi suratan yang telah ditentukan oleh Allah. selepas insiden lewat dan traffic jam ini, aku pikir balik, ari ni bebudak aku dapat satu lagi penglaman berharga bila diescort polis untuk ke tempat exam. bukan senang nak dapat peluang di layang mcm vip tu kan........
oleh tu, kesimpulannya ialah.......walau dalam keadaan apa pun, senang, susah, perit, masalah, sentiasa la kita mengingat akan Allah. insyaAllah, kalau perbuatan kita baik dan niat kita ikhlas, Allah akan sentiasa membantu. setiap perkara yang berlaku itu, samada baik atau buruk, ada hikmahnya yang akan Allah berikan pada kita.
..............dan semalam, aku mensyukuri hikmah Allah dengan traffic jam yang menggila di kuala lumpur................alhamdulillah.....
hehe..sensei..reefqi memang gempak sensei..kompem ke waseda next year..bangga saya..hehe..n gud luck to sdarians too..da escort cam VIP mestila result power gak an sensei..hehe..
ReplyDeletetu la pasal fikri....bila dgr dia ambik N1 terkejut gak sensei. dia kata sbenarnye x ambik pun x pe sebab N2 dia dah lulus last year. pastu dgr dia apply waseda, ...hrmmm... memang sensei tabik la...bukan senang nak masuk waseda tu...sensei tumpang bangga la kat kecemerlangan rifqi....insyaAllah dia akan berjaya.....
ReplyDeletewah...mesti best kan kene escort...
ReplyDeleteidea yang sngt bernas dri sensei...
n sngt setuju dgn sensei kalau niat baik , ALLAH akn tolong.
illyas....memang la best tapi sensei x de dalam bas tu...huhuhu....tu yang terlepas tu.....seronok dgr citer hafiza sensei je la....hehehe
ReplyDelete