salam untuk semua......
dah lama tak naik pengangkutan awam, siang tadi aku saje2 ke kl naik bas. target kerja nak buat hari ni, dah awal siap, so bila pikir2 boring la pulak nak duduk umah, tambah pulak cuaca cantik, so lepas zuhor akupun kuar ke kl...sorang2 (aku suka kuar sorang2 sebab bebas ......senang aku nak berpanjang langkah.......). kereta aku park kat terminal dan aku naik bas ke kl.
aku tak tau pulak terminal bas dah ada yang baru. kalau dulu bas berhenti kat depan central market turunkan penumpang, tapi kali ni bas dah ada terminal baru kat jalan hang tuah.....berhadapan bangunan polis bahagian siasatan tu.....berhenti kat situ dan aku naik monorel sampai medan tunku.
shopping la jugak kat sogo dan jalan tar. lenguh jugak kaki.....(lama tak berjalan jauh). waktu nak balik dah plan nak naik bas jugak. tapi bila pikir kena naik monorel ke jalan hang tuah, aku cancel la. so aku balik naik komuter dari kl sentral.......
ni yang aku nak citer pasal sorang mamat bangang ni......
kat stesyen komuter sekarang dah ada ruang koc tengah untuk penumpang wanita sahaja. (aku seronok dan sokong 110% pengasingan koc untuk wanita ni. demi keselamatan dan keselesaan. negara2 lain dah lama amal2 ini.....alhamdulillah malaysia pun dah ke arah memartabatkan kaum wanita..............terima kasih)
masa beratur kat platform kat kl sentral tu, memang semua perempuan. bila train sampai, maka bersesak2 la masuk. lepas pintu ditutup, aku tengok ada sorang mamat ni elok je berdiri kat tengah2 koc wanita tu. dengan muka selambanya dia berdiri sambil pegang tiang kat sini. ramai kaum wanita dalam koc tu pandang2 dan senyum2 kat dia. yang buat aku bengang tu, dia pun senyum balik.......dia tak tau ke orang senyujm2 tu sebab mengata dia.....mak aii!!! muka getah sekerap betul dia.....tak tau malu!!! kat dinding dalam koc tu banyak dilekatkan pelekat koc wanita. siap dalam 6 bahasa lagi.......tak kan la tak boleh baca.....tu yang aku kata bangang tu!!!
ke, dia memang ambik kesempatan untuk bergesel2 dengan kaum wanita dalam koc yang sesak tu kot......eeeeeee....geram betul!!! tu la kan, dalam dunia ni ada macam2 ragam manusia. yang pandai tu, pandai sangat, dan yang bangang cam mamat ni pun ramai jugak........dan akhir nya dia turun di stesen ukm......aku pun terpikir, jangan la budak u. sebab kalau betul la memang bangang betul la dia........dah ke menara gading tapi notis yang simple tu pun x paham.......tapi last2 aku buat kesimpulan.......memang dia nak ambik kesempatan ....(sori kalau tersilap, hanya kesimpulan yang aku buat sendiri.....)
pengajarannya........hormati la hak kaum wanita yang telah ditetapkan. semua yang di lakukan adalah untuk kebaikan semua. kalau baru perkara yang simple tu pun tak dapat nak patuhi, macam mana dengan peraturan Allah yang sememangnya kearah kebaikan umat........pikir2 kan la.......
pelekat yang terdapat di semua dinding dlam koc wanita....(tak kan la tak nampak....kan???)
No comments:
Post a Comment