Friday, September 16, 2011

Aku dan Duniaku 202.....semenjak dua menjak ni....

salam untuk semua,

semenjak dua menjak ni aku cukup malas untuk menulis kat sini. walaupun punya waktu yang terluang, walaupun aku akan online, tetapi untuk berkarya di sini punya la malas....(kalau dah malas tu memang x bolah nak buat ape la kan....). tapi aku seolah punya hobi baru. hobi ini memerlukan aku untuk online selalu.....(bukan3...bukan berfb, aku x berapa gemar kat laman tu....kalau singgah pun just untuk membaca wall kenkawan dan upload/download gambar yang perlu......)

semenjak dua menjak ni aku cukup rajin melayari pelbagai blog yang berbau politik. ntah la kenapa. aku sebenar bukan suka sangat hal2 politik ni. malas nak campur kalau ada member2 aku bercakap pasal politik. aku x suka.....sekarang ni pun x suka.....

tapi semenjak dua menjak ni, bila ada isu yang mempersoalkan tentang pejuang2 tanah air yang telah tiada, aku jadi gelisah. banyak sungguh persoalan yang bermain kat kepala aku ni. yang aku menyampah bila isu perjuangan negara ini dicampur adukkan dengan hal2 politik. eeeiii!!! geram betul aku.

semenjak dua menjak ini aku cuba mencari kebenaran. aku cuba mencari kesahihan isu perjuangan ini. dan saluran yang aku gunakan ialah laman2 web yang berkaitan. tapi apa yang x seronoknya ialah banyak diantara laman2 yang aku jumpa adalah berbau politik, sama ada prokerajaan atau pro pembangkang. membaca tulisan beberapa penulis tegar blog prokerajaan aku dapat melihat dari satu prespektif dan membaca pula tulisan penulis propembangkang, aku melihat prespektif yang lain. aku ingin berlaku adil. aku tidak mahu berat sebelah.....ini isu besar. ini isu perjuangan. ini isu keamanan negara..........x boleh dipandang enteng,

namun begitu, semakin aku didedahkan dengan maklumat oleh kedua2 belah pihak, semakin aku keliru. semakin aku rasa diperbodohkan. semakin aku terasa pembohongan yang berlaku......yang nyata, kebenarannya masih samar.........dan sekarang masih menjadi isu yang belum ada penyelesaiannya...........

kerana itu aku menjadi semakin malas untuk mengambil tahu...(walaupun sebagai rakyat aku patut ambil tahu hal2 negara ini........) sebagai rakyat yang kecil kuasanya, aku merasakan mereka yang besar2 ini banyak menipu rakyat (tidak menyatakan pihak yang khusus). ini lah salah satu sebab ,mengapa aku cukup tidak berminat untuk tahu mengenai politik. bagi aku hal2 politik ini, baik orangnya, fahamannya dan isunya, semua hipokrit!!!

namun begitu, aku tahu aku perlu mengambil berat pasal negara ku ini, malaysia tercinta. di sini lah tempat tumpah darah ku, dan sini la aku akan disemadikan. aku tidak mahu negara ini tergadai kepada mereka yang rakus berpolitik bodoh. aku bertanggungjawab untuk mempertahankan tanah bumi tercinta ini walau apa cara sekali pun........bila tiba masanya nanti. kadang2 suara mereka yang berdegar2 itu hanya kosong, pengecut. tetapi insan yang tanpa suara la yang akan berani ke barisan hadapan.

aku akan teruskan apa yang aku lakukan semenjak dua menjak ini. aku akan terus mencari kebenaran........dan mungkin dengan cara yang lain.........




SELAMAT HARI MERDEKA
SELAMAT HARI MALAYSIA
&
TERIMA KASIH KEPADA PEJUANG NEGARA
KERANAMU AKU MENGECAPI NIKMAT KEMERDEKAAN!!!

No comments:

Post a Comment