Wednesday, December 7, 2011

Aku dan Duniaku 206 ..... langkah pertamaku di sms sembrong....

sekeping gambar yang menggambarkan segala2nye


salam untuk sume,

selepas menerima surat pertukaran hari isnin hari tu, hari ini aku memperuntukkan masa untuk pergi survey tempat aku bakal bekerja taun depan. so, seawal jam 9 pg aku bersama mak, adik dan anak buah aku bertolak dari rumah ke tempat yang dituju.

sebelum tu aku dah search maklumat tentang sms sembrong di laman sesawang, adalah satu blog mengenai sekolah ni yang dihasilkan oleh cikgu kat situ (www. smsainssembrong.blogsopt.com). tengok apa yang dipaparkan bertambah menarik minat aku untuk melihat sendiri sekolah itu. dari maklumat kenkawan juga aku tau perjalanan dari kajang ke sana lebih kurang 4 jam ...(mak aiii!!!! jauh nyer....dan memang jauh pun...hehehe).

selepas berhenti brunch di r&r pagoh, aku terus menyusuri jalan ke selatan dan keluar di plaza tol air hitam. menuju ke arah kluang hanya memakan masa lebih kurang 1/2 jam aku pun sampai di bandar kluang. tercari2 arah sms sembrong tapi masih belum berjumpa. teringat pesan kawan, 'cari je arah ke sm sains johor, dan lepas tu insyaAllah adalah sign board sm sains sembrong". dan itu lah yang aku lakukan. dan akhirnya aku melihat signboard 'sm sains sembrong' yang pertama berhadapan binaan batu membentuk perkataan 'jagalah kebersihan dan keindahan bandar kluang - kluang'. aku lega kerana dah ada petunjuk untuk ke situ. dan berpandukan 2 lagi signboard nama sekolah tersebut, akhirnya akupun sampai tepat jam 1:04 petang. alhamdulillah.....

selepas memohon kebenaran pengawal keselamatan aku pun masuk dan terus kebangunan pejabat/pentadbiran. sebuah bangunan kuning yang simple dan unik.....aku naik, tetapi bilik pejabat berkunci (kerana aku datang waktu lunch break, so tiada siapa di ofis). so, aku ambik keputusan jalan2 melihat sekitar kawasan sekolah. tempat yang mula2 sekali aku tuju ialah apartment guru dan staff. nun jauh dihujung kawasan sekolah tersergam 2 bangunan apartmen 3 tingkat yang masih kosong. aku lega...insyaAllah ada satu untuk aku tinggal nanti. aku seterusnya singgah melihat bangunan2 yang lain......asrama, bilik darjah, dewan dan kantin.

sejam di sm sains sembrong, aku semakin teruja untuk memulakan khidmat ku di sini. keadaan dan persekitaran yang baru, menyemarakkan lagi semangat ku untuk menabur bakti di bumi johor ini. walaupun aku terpaksa mengharungi perjalanan sejauh lebih kurang 527 km pergi balik, namun tidak memusnahkan semangatku untuk bertugas di sini.

aku berazam untuk membantu bersama2 guru2 yang lain untuk membentuk budaya dan identiti sm sains sembrong ini. insyaAllah dengan niat yang murni ini ALLAH akan membukakan jalan kepada aku dan guru-guru lain untuk membina kecemerlangan di sini.


......sejam di sms sembrong

di hadapan sekolah.....


bilik darjah yang masih 'suci'....hehehe


di antara tunjuk arah yang banyak terdapat di situ.... (insyaAllah, x kan sesat)


satu shot di hadapan dewan
(mcm banglo style inggeris kan??)

di hadapan blok pentadbiran yang simple & unik....


satu sudut bangunan akademik (kelas)


asrama puteri.....


apartmen guru & staff.......


...menjejaki bandar kluang


...signboard pertama yang dijumpai .....


surau dan dewan makan yang berkongsi bangunan
(surau dibahagian atas dan dining di bawah)

3 comments:

  1. tempat baru, semangat baru.. good luck sensei dalam membangunkan sekolah yang masih suci dari sebarang tradisi2 lama...

    ReplyDelete
  2. tq....insyaAllah akan cuba membentuk budaya dan membangunkan sekolah yang baru.....

    ReplyDelete
  3. Salam cgu.. alhamdulillah .. ada jgk cerita dr guru psl sains sembrong.. insyaAllah 6/1/16 anak saya mendaftar dusini.. cgu masih ada lg ke disini?.. tq

    ReplyDelete