Monday, December 5, 2011

Aku dan Duniaku 205 ..... alhamdulillah, aku akan berhijrah

salam untuk sume,

baru mula bercuti ari ni lepas seminggu di sekolah menjalankan kelas intensif bahasa jepun. dan semalam, alhamdulillah selesai 18 orang bebudak jepun aku ambik exam. 14 orang ambik N5 dan 4 orang ambik N4. resultnye, insyaAllah bulan mac 2012 nanti.

pagi tadi sebelum balik kampung aku mengemas rumah dulu. ye la nak tinggalkan lama. nak balik kampung (bunyi mcm jauh je kampung tu kan...padahal dekat je, kat kajang. tiap2 minggu boleh balik...hihihi). masa nak kuar pg cuci keta, tetiba ofis call (sekolah la tu....)
'kak, nak bagi tau surat tu dah sampai", kat hidayah, kerrani sekolah aku di hujung talian.
"hah?! surat ape??" aku blurr.
"surat tukar akak ke sains sembrong", sambung hidayah lagi.
"oh ye ke??", suara ku perlahan. cam ne nak react pun x tau.
"knapa kak? bunyi cam x gembira je??" tanya hidayah bila mendengar suara aku perlahan.
"err....x la. gembira la. cuma terkejut je sikit. cepat sangat la pulak", jawab ku pantas.
"pape pun tahniah ye kak. jadi guru kanan ni. hidayah letak surat tu dalam pegion hole akak ye," sambung hidayah lagi.
"ok, trima kasih dayah", dan talian pun diputuskan.

maka sah la sekarang pertukaran ku ke sm sains sembrong. tapi aku masih belum percaya. aku cuba melupakan perkara itu dengan menyibukkan diri ku dengan kerja2 yang telah aku rancang hari ini. aku ke pejabat pos mengirimkan cd2 hari kebudayaan kepada sekolah2 yang belum menerimanya, pergi car wash, cuci kereta, pergi makan kfc di giant dan last sekali pg servis keta di wanija, honda. tapi, perbualan dgn hidayah tadi masih menghantui aku. lalu selepas selesai servis keta, aku berpatah balik kesekolah. (aku sepatutnya terus balik ke kampung). naik ke ofis dan terus mencari di pegion hole surat tersebut. dan memang ada surat itu dan baru la aku percaya, baru la aku sedar yang aku akan meninggalkan sekolah ini. waktu itu la perasanku bercampur baur. antara sedih dan gembira.........dan akhirnya, alhamdulillah, aku bersyukur atas rahmatMu ini Ya ALLAH......

sepanjang perjalanan balik ke kampung, bermacam2 yang bermain di pikiran ku. sdar yang bakal ku tinggalkan.....kehidupanku yang bakal berubah.....sekolah baru yang bakal menerimaku....aku jadi blurrr...walaupun aku telah menyediakan hati dan perasaan untuk saat ini (yang memang kurasakan akan tiba), tapi ternyata bila ia benar2 terjadi, masih ada ruang lagi dalam diriku ini yang sukar utk menerimanya........

namun begitu, aku perlu menyiapkan diri untuk satu lagi cerita kehidupanku di tempat baru. buku baru harus mula kutulis seiring dengan tahun baru 2012 yang bakal menjelang. insyaAllah, apa yang berlaku ini ada hikmahnya yang ALLAH ingin berikan kepada ku. ALHAMDULILLAH, dan ku mohon YA ALLAH agar hijrah ku kali ini, KAU iringi dengan rahmahMU. AMIN.....

2 comments:

  1. sedih bila baca sensei nak keluar sdar, apa pun tahniah sensei!!! moga terus sukses di sekolah baru nanti.

    ReplyDelete
  2. tq khairul....mencuba kehidupann di tempat baru...insyaAllah.....

    ReplyDelete