dah seminggu aku memulakan rutin harianku semula setelah 2 bulan 'bercuti' di jepun.....masyaAllah!! sampai2 je, melambak dah kerja yang menunggu...(ni yang buat aku nak sambung lagi 'cuti' ni......). 2 hari berehat rasa tak cover pun kepenatan ...... badanpun sakit2.... tidur pun tak dapat cover lagi......selalunyer aku kalau tak pukul 1 tak tidur....tapi sejak balik ni, pukul 10:30 aku dah tergolek....lena sampai pagi......(mimpi pun tak nak ganggu aku....tau aku penat...hehehehe)
minggu pertama balik ni banyak yang aku kena 'catch up'. surat yang melambak atas meja yang perlu tindakan segera, persediaan untuk lawatan pemantauan pss oleh pegawai pkg untuk penggredan pss, sistem fail pss yang tertangguh dan tak lupa pada kelas bahasa jepun aku yang tertinggal lama....(nak ucap terima kasih banyak2 kat umi. yang jalankan tugas di pss dan kat mori sensei yang ambik alih kelas dan tugas2 berkaitan bahasa jepun......お疲れ様でした)
'big origami' yang aku terima.....
perlawanan janken.......
mula2 majlis tu ok lagi..(walaupun dan terkejut...)dengan persembahan dari 2 set kelas dan permainan janken. pastu diaorang bagi aku origami bentuk heart dan tori serta topi jepun yang bertulis 'selamat pulang sensei' . tapi bila kuar je 2 biji kek, aku dah rasa sebak....cuba gak tahan2 supaya tak terburai airmata, tapi bila time potong kek.....termenangis jugak aku....rasa sebak dah sampai ke muka......(alamak!!! 1st time nangis depan student......cover!!....cover!!.... aku control emosi dan buat muka biasa ...(walaupun masih sebak) dan ketawa sama2 diaorang......
2 biji kek yang aku terima.......thanks sadiy!!
aku memang tak sangka, nakal2 pelajar f4 aku tu......sesekali berjaya jugak buat sesuatu yang meninggalkan kesan.....betul la kata ungkapan inggeris 'don't underestimate people'......aku akan kenang batch f4 2010 (7'11) ini.........
bersama mori sensei dan pelajar2 f4 aku.....
papepun, apa yang pelajar aku buat untuk aku ari isnin tu memberi semangat dan kekuatan untuk aku meneruskan kerja selepas ini.......
THANKS GUYS!!!!!