Sunday, September 5, 2010

Aku dan duniaku 177.....kesesakan 'manusia'...

salam untuk semua......

banyak la pulak citer nak tulis ni..... :) elok la kan, daripada tak de citer......

pagi tadi leaps ambik barang drp member, aku terus ke kl. pikir2 kat umah pun bukan buat ape, dan dah terlanjur keluar, aku ingat nak pg window shopping la kat kl....nak tengok suasana warga kota membeli belah di hujung minggu terakhir sebelum sambutan hari raya......

destinasi pertama aku adalah kat klcc. tapi mungkin sebab hujan pagi tadi, walaupun dah pukul 11:30 klcc masing lengang. tak ramai lagi pengunjung. so, lepas lebih kurang 30 min aku kat situ, aku ambik keputusan ke tempat yang sure ramai orang, tak kira pagi ke, petang ke, malam ke. halatuju aku ialah ke famous spot, JALAN TAR.......

sampai di jalan TAR, aku parking di tempat biasa....underground parking di sebelah semua house. rm3 per entry......murah jika dibandingkan dengan tempat2 lain (rm 8 per entry) . aku sampai dah pukul 12:30....memang peak hour la......

aku ke sogo dulu.....masyaAllah!!! punya la ramai manusia!!.....ruang bargain kat bawah tu sampai tak nampak barang dah. penuh dengan manusia. bersesak2 dan berebut2 memilih handbag dan kasut berjenama yang value buy dan ~% off...... tak sanggup aku nak bergesel2 badan kat situ......eee....x de la....

kesesakan manusia di sogo.....

tarikan diskaun sehingga separuh harga.....

aku naik ke tingkat 2, kat bahagian kasut. aku suka ke sini sebab pilihan kasut banyak. tapi kali ni tak selesa nak tengok dan pilih kasut sebab bukan main ramai orang. sudahnye lepas try beberapa pasang kasut, aku tinggalkan tempat tu dan keluar dari sogo.......tak sanggup nak bersesak2 dan beratur panjang time nak bayar......

di tingkat dua......ruang kasut

aku tukar haluan ke JALAN TAR.....tapi kat sini pun, mak ai!!! lagi sesak, kesesakan tahap ekstrem.....aku tak sanggup nak masuk kat lorong gerai2 kat situ......tak boleh nak bergerak......aku rimas bila tak dapat nak bergerak pantas....(dah biasa kot jalan laju2 stail jepun.....hehehe). sudahnya aku duduk kat entrance semua house dan memerhati gelagak manusia yang bukan main ramai kat situ........seronok jugak tengok macam2 sikap manusia bila bershopping ni......kesian tengok anak2 merengek keletihan, tersandar kat tangga2 dan kaki lima kedai.....sementara menanti mak2 bershopping....(dah tau jalan TAR tu sesak tahap cipan, kenapa la dok angkut anak2 besar tu.....kan terseksa sudahnye diaorang.... orang perempuan ni biasala, bila dah bershopping, memang tak ingat orang keliling dah.....tu bercakap berdasarkan pemerhatian.....hehehe...)

kesesakan kenderaan di jalan TAR

sepatutnye lorong kenderaan......dah jadi lorong manusia

kesesakan di lorong2 gerai......

kesesakan yang buat aku rimas......

kesesakan melampau di hadapan semua house....

seronok sebenarnya kalau jalan2 kat sini, tengok gelagat manusia. walaupun tak beli pape, aku puas dapat turut serta dalam suasana persediaan menjelang hari raya.......(walaupun lepas tu bersungut lenguh kaki dek banyak sangat berjalan......)

tapi papepun, beringat2 la ketika membeli belah tu sebab ada yang akan mengambil kesempatan ketika asyik sangat hingga tak sedar diri diperhati. pegang tangan anak2....(tadi je 2 kali aku dengar pengumuman jumpa budak ditinggalkan ibu bapa di sogo......) jangan nanti keseronokan bertukar kedukaan......dan berjimat2 la ketika berbelanja. pikir dulu perlu ke tidak setiap benda yang hendak dibeli.......sebaiknya rancang perbelanjaan dan sediakan list barang apa yang perlu dan anggaran harga yang bakal dibayar nanti.....insyaAllah lepas raya nanti, tak la pokai menjelang masuk gaji seterusnya.....hehehe.....

Aku dan duniaku 176.......berhati2 di jalan raya.....

salam untuk semua.....


ni nak citer pasal kecuaian manusia. dah penat agaknye iklan kan radio dan tv ingatkan supaya berhati2 dijalan raya terutama dimusim perayaan ini. berkali2 diingatkan supaya men'servis' kenderaan sebelum memulakan perjalanan, terutamanya perjalanan jauh.....aku yang balik kampung dekat ni pun...(ikut lekas highway, 20 minit dah sampai umah....memang lekas!!!...) servis kereta gak......apatah lagi kalau bas2 yang bertanggungjawab membawa penumpang ke destinasi masing2....


nampak cam bas berhenti nak bayar tol je......

pagi tadi aku ada janji dengan member nak jumpa di tol sungai besi sebab dia nak bagi barang kat aku.....tepat jam 10 aku kuar umah......sampai je kat tol sungai beli tiga lorong belah kiri dari selatan kereta tak boleh masuk......sebabnye ada kemalangan dekat tol tu.......betul2 kat laluan tol tu sebuah bas sekolah dengan plat pendaftaran penang tersadai kat situ.......ni mesti bawak rombongan kemana2 sempena cuti sekolah ni......kebetulan pulak lorong yang aku ambk betul2 kat sebelah lorong kemalangan tu........sampai je dekat, rupanya bahagian kanan bas (kat bahagian pemandu tu) dah langgar pembahagi lorong tol.....nasib baik tak langgar pondok tukang kutip tol.....aku rasa penumpang dan pemandu bas tu selamat kot......sebab tak la teruk sangat....tapi yang teruknya adalah dua buah kereta yang tersadai kat lorong tu.....bila aku tanya brother tol tu, dia kata bas tu brek dia tak makan......nak elak dari terus langgar kereta dpan, pemandu bas tu terus langgar pembahagi lorong tu.......

.....tapi sebenarnya berhenti sebab langgar pembahagi lorong


......sebab brek tak 'makan'.......


kereta yang jadi mangsa di tengah lorong tol.....



hrmmm.......aku nak ingatkan sekali lagi la.....pada semua yang akan memandu jauh utk balik beraya tahun ni, servis la kenderaan tu betul2 dan berhati2 la ketika memandu. waktu2 begini....biar la lambat asalkan selamat.....kampung tu tetap akan ada kat situ...tak payah nak di kejar2 ..........


akhir sekali.......aku nak ambik kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI dan JUTAAN KEMAAFAN aku pohon andai ada yang tersinggung dan terasa ketika membaca citer2 aku kat sini........

Wednesday, September 1, 2010

Aku dan duniaku 175......bonus bukan untuk aku..:(

salam untuk semua.......
alhamdulillah...ada citer aku nak post kali ni. lama aku tak tulis citer kat sini. post kali sepatutnya aku tulis dengan mood ceria.....tetapi cam tajuk post aku kali ni .....'bonus bukan untuk aku....'. so, tau la camne mood aku masa ni kan....:(
mula2 aku nak ucap berbanyak terima kasih kat kerajaan yang prihatin sebab tanpa dirancang dapat juga kakitangan kerajaan merasa bonus untuk belanja tahun ni...... memang tak sangka la akan dapat duit raya lebih tahun ni.......gaji bulan ogos yang dah dapat tu sebenarnya dah dibahagi2kan untuk belanja raya.....so, dengan adanya bonus kali ni dapat la tambahan sikit untuk bahagian2 itu.......SEPATUTNYA LA.......
tapi bukan untuk aku la.......bonus raya ni aku terpaksa bagi untuk 'buah hati' aku......nak buat camne, dah tiba masanya untuk 'dia' di'spa'kan....kalau tak nanti, merajuk la pulak.....hrmmmm....sudahnya bonus raya yang aku dapat tu, sume untuk 'buah hati'........cam tak dapat pape je la.........
sebenarnya nak tunggu gak dulu pasal nak antar 'spa' tu. tapi bila pikir, nanti-nanti pun aku kena gak antar, so ada rezeki sikit ni, baik aku antar je la.......dah selesai, senang hati.......kena la berkorban sikit nak jaga hati 'dia' ........lagipun dah tua2 ni, raya ke tak raya ke sama je.......lagipun untuk belanja raya memang aku dah siapkan awal2........
tu la kata orang kan......sume yang berlaku tu ada hikmahnya.......jangan la nak berungut bila kerajaan bagi rm500.....kata tak cukup la, kedekut la, ciput la........dah bagi tu, alhamdulillah.....ni bila tak bagi bising, bila dah bagi pun bising gak.......aku sakit telinga betul bila ada orang yang camni tau.......tak pandai nak bersyukur.......dah banyak tu je yang kerajaan mampu bagi.......terima je la......tu pun, berjuta gak duit kerajaan yang kuar sebab nak bagi bonus kat kaki tangan kerajaan.......tu nasib baik kerja kerajaan, kalau kerja swasta tu....tak dapat pun pape.....ikut syarikat la, nak bagi ke tak...(tapi biasanya x bagi....)
papepun......bersyukur la dengan apa yang kita ada dan kita perolehi......ramai lagi yang tak bernasib baik macam kita.......macam aku ni......dapat bonus tapi bukan untuk aku......untuk WTF 9002 aku.......:(

Thursday, August 19, 2010

Aku dan duniaku 174.... aku dengar orang cakap....

salam untuk semua...........


boring gak la bila tak de citer nak post kat sini. masalahnya bukan aku tak de citer nak tulis, tapi aku kena tapis sendiri citer2 yang nak ditulis dan di publish kat sini. bukan apa, blog ni bukan kita je yang baca tapi orang lain pun baca gak. so, citer dan bahasa yang digunakan kat sini mesti la sesuai dan tak menyinggung hati orang lain. lagipun kalau guests baca post2 aku sebelum ni, banyak aku citer pasal aku je......(ada gak la 2, 3 citer aku tulis pasal orang lain. itu pun citer dedication aku untuk orang tu....kira citer baik2 sumenyer........kan....kan....). malas nak citer pasal benda2 yang tak de kena mengena dengan aku.......malas nak 'busy body'. citer pasal diri sendiri senang.....(biar la orang nak kata ape pun.....aku punya pasal la....yang penting aku tak kacau orang.......betul tak??!!)

mak aiii!!! kemana la pulak aku melalut ni??? sori.....sori......

aku sebenarnye nak citer pasal benda betul dan tak betul yang aku dengar orang cakap........tapi sebenarnya..........

aku dengar orang cakap........dah banyak kali dah citer ni......
tapi sebenarnya........aku pun 'terpercaya' gak la....

aku dengar orang cakap.......tak de sape pun yang sanggup nak kesana
tapi sebenarnya......kat situ pun sama macam tempat2 lain gak....

aku dengar orang cakap.......teruk kerja kat situ....
tapi sebenarnya......kerja kat mana2 pun teruk gak......(orang malas je yang selalu camtu....kerja senang pun kata teruk )

aku dengar orang cakap.......boss kat situ perfectionist......
tapi sebenarnya........mana ada manusia yang perfect.........(nak jadi pun tak boleh)

aku dengar orang cakap ......boss kat situ tegas sangat.....
tapi sebenarnya.......bagus la camtu.....kalau tak, tak la jadi boss.....

aku dengar orang cakap ........boss kat situ, apa2 pun mesti no.1....
tapi sebenarnya........itu satu cabaran untuk orang dibawah......kerja mesti ada kualiti

aku dengar orang cakap.......macam2 citer negatif tentang dia....
tapi sebenarnya.......banyak sifat dia yang positif dan baik yang aku kagumi

sebab tu la ......kesimpulannya...........jangan lekas percaya dengan cakap2 orang........manusia memang suka mencari dan melihat keburukan orang. jangan la terus menghukum seseorang dengan satu sifat negatif yang kita nampak sedangkan banyak lagi kebaikan pada dirinya. betul la kata perpatah inggeris 'don't judge a book by its cover'.

Thursday, August 5, 2010

Aku dan duniaku 173 ...... datang jenguk....

salam untuk semua.......

minggu ni banyak yang berlaku di sekolah (macam biasa la......sdar yang sentiasa sibuk....). ari selasa dah mula exam ogos.....f3 dan f5 dah mula trial exam....sibuk la pulak dengan jaga exam.....aku pulak sibuk nak kemas dan update ape yang perlu kat pss tu....sebab ari rabu pegawai pkg nak datang buat penggredan pss. cikgu2 lain sibuk kemas kini segala macam fail sebab rabu jugak pengetua2 sbt nak lawat sekolah. tu belum lagi persediaan untuk kehadiran pk hem sbp yang kata nak lawat asrama sdar dalam 2, 3 hari ni......sekolah pulak jadi venue untuk majlis anugerah perkhidmatan cemerlang jpn negeri sembilan.......mak aii!! tak menang tangan nak buat sume persediaan.......tapi, camne pun...cikgu2 sdar tetap bersemangat...bagi la kerja apa pun.....mesti siap punyer la.....

dalam kesibukan segala kunjungan dan program rasmi tu, ada juga kunjungan tak rasmi dari bekas pelajar. tengah musim cuti univ masing2......so ambik kesempatan la datang jenguk2 sekolah lama....jenguk cikgu2 yang diaorang masih kenal.....jenguk adik2 penyambung generasi diaorang......jenguk2 tempat2 yang banyak meninggalkan kenangan ...(dorm, dining, kelas, masjid......dan banyak lagi la.....)

ada yang datang dengan perubahan fizikal yang mendadak....(sape yang terasa ....sori ye...hehehe) ada yang masih maintain...still smart.....(perasan la sendiri ye....) ...tapi papepun aku bangga gak la sebab generasi sungai gadut ni rajin datang jenguk sekolah......( pada yang dah graduate tu khasnye, datang2 la jenguk sdar.....)

setiap kali diaorang datang sdar dan datang jumpa aku, banyak citer sebenarnye nak diborakkan. tapi....biasa la, bila datang time sekolah, masa tu agak terbatas.....tapi dalam waktu yang singkat tu pun, macam2 citer dibualkan....khasnye tentang sekolah dan pelajar2 sdar sekarang la......kemudian kenang semula citer2 masa diorang di sdar......sesekali tu pecah jugak gelak bila teringat citer yang melucukan......seronok bual kisah2 lama......

pada helmi, azree, aqeem dan shukur.......thanks sebab sudi datang jenguk sekolah....dan thanks sebab kongsi citer dengan sensei......gud luck ..... study smart n stay smart k.......
insyaAllah.....ada kelapangan kita sambung borak k......hehehe......


dengan batch '06.....azree, aqeem dan headboy, helmi....


dengan shukur.....headboy '05