Monday, January 24, 2011

Aku dan Duniaku 189.....YEAAHHH!!!

salam untuk semua......

yeaaahhhhh!!!! aku seronok betul hujung minggu baru ni. sampai sekarangpun seronoknye masih terasa.......!!!!

opps!! biar aku mintak maaf dulu la......kepada pengunjung setia 'duniaku' ni aku nak mohon maaf sekali lagi sebab laaaaaaaama sangat tak menulis ...... kesibukan melampau menghalang aku untuk mengetuk huruf2 kat laptop ni......

k, sambung balik kisah aku seronok ni.....sebenarnya hari sabtu baru ni (21/01) sekolah aku buat merentas desa. biasa la bulan2 pertama mula sekolah ni, semua sekolah buat merentas desa. sebenarnya x de yang lainnya merentas desa kali ni, sama dengan taun2 lepas pun......tapi ape yang buat aku seronok ialah setelah sekian lama tak menang johan keseluruhan, akhirnya tahun ni, rumah sukan aku.....rumah TEMENGGUNG......rumah warna MERAH berjaya menjadi juara!!! semangat betul budak2 TEMENGGUNG tahun ni.......garang, segarang warna merah yang menjadi identiti rumah TEMENGGUNG....... bertambah seronok ialah johan kelas 3 dan kelas 1, TEMENGGUNG jugak yang sapu!!! jolap habis merentas desa tahun ni....hihihihi......
tambah lagi mata yang dikutip kali ni iaitu 772 jauh meninggalkan rumah di tempat kedua iaitu rumah syahbandar yang mengutip 723 mata.........

sebenarnye la, bila aku tengok ari tu, semangat budak2 ni yang membantu mereka berjaya. seniors mengarah dan memastikan juniors turun menjalani latihan setiap petang beberapa hari sebelum kejohanan bermula......ditambah lagi dengan sokongan daripada cikgu2 temnggung yang bersemangat yang diketuai oleh ustaz zanuri, boss temenggung taun ni.........

papepun, jangan leka TEMENGGUNG........ untuk meneruskan kejayaan banyak yang perlu dilakukan. 3k iaitu keceriaan dorm asrama dan penyertaan di dalam aktiviti koko juga menyumbang untuk mengutip markah rumah. dan yang paling penting ialah kecemerlangan dalam akademik yang semesti akan benyak menyumbang...........

kepada semua warga TEMENGGUNG SDAR.......kita tiupkan semangat
1 WARNA 1 CITA2.....2011 TEMENGGUNG PUNYER........
YEEAAHHHHH!!!!!

(seronoknyer aku.....hehehehe)


waktu2 seronok aku.......


dgn kenkawan yang sentiasa menggembirakan........



dgn org2 kuat TEMENGGUNG tahun ni.......



1 warna 1 kejayaan........caya la TEMENGGUNG


thumbs up ustaz tu bawak kejayaan........



'red resurrection'.......semangat taun ni........


No comments:

Post a Comment