salam untuk sume......
tersangat la lama nyer aku tak mengupdate blog ni. mohon maaf la banyak2 kat guests yang singgah. bukan sebab x de bahan, tapi 'm' (malas) aku tersangat la kerap semenjak 2 menjak ni. tapi x pe la, lupa kan la sume tu.
kali ni aku nak citer pasal 3 hari hujung minggu aku yang lalu (11-13 feb). seronok sungguh aku rasa. bebudak sekolah aku, seramai 620 orang pegi camping kat lambaian danau, chin chin, jasin melaka. tempat tu ada tasik besar. memang sesuai untuk camping. dan cikgu2 pun wajib pegi. bila dah wajib ni, kena la pegi dan stay kat sana (walaupun ada cikgu2 yang x stay....sebab masalah2 yang x dapat dielakkan....tapi diaorang datang, dan balik hari la) tapi aku dan kenkawan rapat, stay sepanjang camping tu.
bila dah berkumpul reramai ni, macam2 la yang menarik berlaku. ada yang buat benda yang x pernak dibuat. ada yang giler2 buat benda yang orang x pernah buat (hrmm.....ade ke..????) tapi yang seronok nyer, puas berposing sakan. macam2 aksi. macam budak2 la pulak. waktu ni la nak release kan tension dan nak lari dari beban kerja kat sekolah. tu yang sanggup join aktiviti tu. aku yang x pernah2 berkayak ni pun, try jugak. menggigil jugk lutut ni bila berkayuh ketengah tasik tu. dah la phobia air......tapi berkat bantuan azimi (partner kayak aku) selamat jugak sampai ke tepi balik.........trima kasih mi!!!
waktu2 camni la kadang2 kita seronok dengan kenkawan. kenkawan yang sanggup tidur berhimpit2 cam ikan sardin dalam bilik yang kecik, 8 orang satu bilik, tido bersilang kaki.........kenkawan yang sanggup sama2 menunggu di tengah panas tepi jalan masa tayar bas yang aku naik pecah dan ambik masa 1 jam nak tukar, dan kenkawan yang sanggup beli tapau makanan waktu aku dah x larat nak kuar pegi makan (bahana badan sakit dek berkayuh kayak siang hari tu). aku cukup sayang dengan persahabatan ini dan aku mengharapkan agar ikatan persahabatan ini akan terus kekal hendaknye.....insyaAllah.
kesimpulannyer, kita x boleh hidup sendiri (walaupun ada kalanya aku lebih selesa bersendirian). kita perlukan kenkawan yang memahami untuk kira merasai nikmat dan menghargai erti persahabatan. buat kenkawan ku (kalian tau siapa kalian), terima kasih kerana menerima diri ini dalam lingkungan sahabat kalian............harap aku tidak mengecewakan........
waktu2 seronok aku dgn kenkawan
No comments:
Post a Comment