Monday, February 28, 2011

Aku dan Duniaku 192 .....Selamat Pengantin Baru!!!

salam untuk semua.......

semalam (27/02, Ahad) aku berpelung pergi ke malis perkahwinan bekas pelajar aku Shahrul Nizam aka Cikun kat Kuala Pilah. Aku pegi dgn azie, bekas cg sdar. aku sebenarnya memang dah membooking tarikh ni untuk menghadiri majlis shahrul. memang aku pastikan x de rancangan lain yang akan mengacau tarikh ni.

aku sebenarnya telah dijemput olah shahrul 6 bulan sebelum tarikh ni lagi. waktu tu aku di jepun pegi kursus 2 bulan. masa berjumpa shahrul kat sana dia dah nyatakan hajatnya nak berumah tangga (kira aku ni orang paling awal la tau mengenai berita gembira shahrul ni). dan shahrul juga cakap "sensei mesti datang tau wedding saya nanti". waktu tu jawapan aku ialah "insyaAllah" . dan lepas tu aku memang dah bertekad nak menghadiri hari bahagia shahrul. dan alhamdulillah, semalam aku dapat bersama2 meraikan majlis persandingan shahrul dan pasangannya zunita.

alhamdulillah, dalam hati ku bersyukur kerana akhirnya shahrul dapat hidup bersama dengan pilihan hatinya, dan selepas ni dah ada insan tersayang yang akan sama2 menempuh susah dan senang kehidupan. harapnya shahrul x akan berduka lagi........semua yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya. dah sekarang shahrul dah pun menembuh alam bahagia bersama isteri tersayang. sensei doakan shahrul dan zunita akan bahagia sehingga ke akhir hayat.

nak citer balik pasal majlis semalam, satu lagi yang menyeronokkan ialah bila ramai kenkawan satu batch dulu yang datang meraikan shahrul. lama sungguh x jumpa diaorng. macam2 yang kami citer. majlis tu kiranya kami la yang paling last sekali balik. pukul 12 sampai pukul 3 sakan bercerita dan bergelak ketawa mengingat citer dulu2 dan sekarang. seronok aku jumpa diaorang. ada yang still maintain macam dulu dan ada pulak yang dah berubah mendadak........tapi papepun memang havoc majlis tu dek galak ketawa kami.......

BUAT SHAHRUL DAN ZUNITA, SELAMAT PENGANTIN BARU

dan buat iszmir, ridwan, syahrir, fauzi, ezwan, ashiran, said, azizie, zhafir, azhar, rahmat, hadi, khizir, saiful azuan, nooh, dan izzat fadhli si pengapit.......(harap x de yang tertinggal) terima kasih untuk waktu2 yang menyeronokkan. kepada yang akan naik pelamin pulak lepas ni, jangan lupa jemput ye......hehehe.....


POSING SEKITAR SHAHRUL & ZUNITA'S WEDDING........

bersama kedua mempelai........


bersama pengantin dan kenkawan yang hadir..............


bergambar bersama kenkawan shahrul (sdar) dan zunita (stf)


kenkawan yang hadir meraikan shahrul dan zunita


bersama shahrul, zunita dan azie

Tuesday, February 22, 2011

Aku dan Duniaku 191.....seronoknyer tengok mereka.....

salam untuk semua,

just nak singgah kejap je. banyak keje nak buat sebenarnya ni. tapi sebab ada citer nak kongsi dgn guests, aku singgah dah tulis la kejap post ni.

ari sabtu lepas ada kursus latihan dalam perkhidmatan untuk cikgu2 sekolah aku. kursus membuat blog panitia matapelajaran. kursus ini tercetus hasil idea tuan pengetua yang nakkan semua panitia kat sekolah aku ada laman blog berinformasi sendiri. so, jk pss, perkembangan staf dan ict bekerjasama menganjurkan kursus ni.

alhamdulillah walaupun ari sabtu tapi cikgu2 yang menyertainya sungguh bersemangat. 5 jam kursus terasa kejap je. tapi yang penting lepas je kursus tu semua panitia dah ada laman blog masing2 (kecuali pjk, sebab cikgu2 dia x ada). pegawai pkg, en norizan dan member dia en shafi'e yang bagi kursus.

yang seronoknya tengok ckgu2 punya la terlalu khusyuk, sampai nak ajak makan waktu break pukul 10 pun susah. 1st time buat kursus cikgu2 tak nak pegi makan. sampai terpaksa guna kuase veto dan arahkan berhenti, baru la diaorang berhenti. pastu rehat yang 1/2 jam sepatutnya, jadi 15 min je sebab cg2 tak sabar2 nak sambung semula. suka sungguh aku tengok bila cikgu2 bersemangat ni.

pastu apa yang seronoknya aku tengok ialah hampir semua blog yang siap, bukan main canggih lagi. siap flash lip lap lip lap lagi. (mengalahkan blog aku ni.....hehehe) tapi x pe la, yang penting semangat tu.

aku harap cikgu2 ni akan terus aktif mengupdate blog panitia masing2. dan aku x heran la kalau lepas ni diaorang wujudkan pulak blog peribadi. lagi la seronok nak baca, kan??.........x sabar aku nak mengikuti perkembangan blogger2 baru yang ghairah ni.....hehehehe.....

buat cikgu2 sdar, selamat memblog. semoga ilmu yang dipaparkan di blog masing2 tu akan memberi manfaat kepada semua pelajar di luar sana.

oh ye......kalau nak jenguk blog cikgu2 sekolah aku ni, pegi je ke link pss sdar seremban kat blog list aku ni dan klik je......senang je kan........

Wednesday, February 16, 2011

Aku dan Duniaku 190.....hujung minggu yang menyeronokkan!!!!

salam untuk sume......

tersangat la lama nyer aku tak mengupdate blog ni. mohon maaf la banyak2 kat guests yang singgah. bukan sebab x de bahan, tapi 'm' (malas) aku tersangat la kerap semenjak 2 menjak ni. tapi x pe la, lupa kan la sume tu.

kali ni aku nak citer pasal 3 hari hujung minggu aku yang lalu (11-13 feb). seronok sungguh aku rasa. bebudak sekolah aku, seramai 620 orang pegi camping kat lambaian danau, chin chin, jasin melaka. tempat tu ada tasik besar. memang sesuai untuk camping. dan cikgu2 pun wajib pegi. bila dah wajib ni, kena la pegi dan stay kat sana (walaupun ada cikgu2 yang x stay....sebab masalah2 yang x dapat dielakkan....tapi diaorang datang, dan balik hari la) tapi aku dan kenkawan rapat, stay sepanjang camping tu.

bila dah berkumpul reramai ni, macam2 la yang menarik berlaku. ada yang buat benda yang x pernak dibuat. ada yang giler2 buat benda yang orang x pernah buat (hrmm.....ade ke..????) tapi yang seronok nyer, puas berposing sakan. macam2 aksi. macam budak2 la pulak. waktu ni la nak release kan tension dan nak lari dari beban kerja kat sekolah. tu yang sanggup join aktiviti tu. aku yang x pernah2 berkayak ni pun, try jugak. menggigil jugk lutut ni bila berkayuh ketengah tasik tu. dah la phobia air......tapi berkat bantuan azimi (partner kayak aku) selamat jugak sampai ke tepi balik.........trima kasih mi!!!

waktu2 camni la kadang2 kita seronok dengan kenkawan. kenkawan yang sanggup tidur berhimpit2 cam ikan sardin dalam bilik yang kecik, 8 orang satu bilik, tido bersilang kaki.........kenkawan yang sanggup sama2 menunggu di tengah panas tepi jalan masa tayar bas yang aku naik pecah dan ambik masa 1 jam nak tukar, dan kenkawan yang sanggup beli tapau makanan waktu aku dah x larat nak kuar pegi makan (bahana badan sakit dek berkayuh kayak siang hari tu). aku cukup sayang dengan persahabatan ini dan aku mengharapkan agar ikatan persahabatan ini akan terus kekal hendaknye.....insyaAllah.

kesimpulannyer, kita x boleh hidup sendiri (walaupun ada kalanya aku lebih selesa bersendirian). kita perlukan kenkawan yang memahami untuk kira merasai nikmat dan menghargai erti persahabatan. buat kenkawan ku (kalian tau siapa kalian), terima kasih kerana menerima diri ini dalam lingkungan sahabat kalian............harap aku tidak mengecewakan........

waktu2 seronok aku dgn kenkawan

tersadai kat tepi jalan sebab tayar bas meletup
(dgn cg rozita yang naik satu bas....tq, ta!)


bersama pk hem dan kenkawan kat tapak perkhemahan
(pk hem sporting betulll!!!!)


posing jap kat tepi tasik......


ikan patin yang aku dapat........
(dpt pegang je, cg sahak kat belakang tu yang kail)
...hehehe....


cuba gak nak memancing ni.......
(sifu kat sebelah tu ada pun x berjaya jugak)



tapi akhirnyer......berjaya juga!!!!
(walaupun sebenarnye ni ikan ustaz zanuri)
....hehehe.....

ni posing sebelum aktvt berkayak.....


kenkawan aku yang seronok naik rakit
dan buat aksi lambaian hantu kak limah gituuu.....
(aku lagi seronok sebab naik bot.....hehehe)


dgn pk ko yang sporting dan kenkawan yang menceriakan