Friday, March 11, 2011

Aku dan Duniaku 193.....Tahniah untuk kalian!!!

salam untuk semua....

citer ni sebenarnya dah lama aku nak tulis, tapi biasa la , sibuk sangat dengan kerja2 'saya yang menurut perintah', aku terpaksa simpan dulu. alhamdulillah, kali ni aku ada ruang untuk menulis, maka aku tulis la citer ni.

1 mac yang lalu aku ke jalan ipoh dgn member aku, hafiza sensei naik van sekolah. amar drive. buka pg jalan2 pun tapi pegi jlsm (japanese society of malaysia) nak ambik result jlpt (japanese language proficiency test) yang budak aku ambik bulan 12 ari tu.......(ala, citer aku tentang budak aku kena escot polis trafik masa nak pegi ambik exam ari tu la.......)

sampai je, sesat kat kompleks mutiara tu nak cari office jlsm. pusing punya pusing lepas 20 min mencari, sampai jugak kami kat situ. dapat je 30 sampul keputusan tu (30 budak aku ambik exam tu) aku dgn fiza punya la tak sabar, terus memilih sampul yang tebal (sebab itu tandanya ada sijil dan tanda lulus) kira2 berapa banyak yang tebal, alhamdulillah 10 orang budak aku lulus. aku dan fiza sensei dengan rasa tak malu, menjerit sendiri dalam bilik tu.....(.cikgunyer yang terlebih gembira pulak).

kami rasa seronok sangat sebab calon n4, sorang lulus, KAMARUL AFIQ aka AG. bangga sungguh aku......dan calon f2 aku yang ambik n5, sorang lulus, SYAHMI. dan kali ni paling ramai yang lulus berbanding tahun2 sebelum ni.......kepada yang lulus n5 yang lain iaitu HARRIS ASRAF, IZZUDIN ZAHIMI, IZZUDIN JAMALUDIN, HARITH ROSELAN, SOLEHIN, HAZIQ BASYYAR, AFIF DAN IQHMAL ......sensei nak ucap tahniah dan terima kasih. tahniah kerana berjaya lulus dan terima kasih kerana ilmu yang sensei bagi, kalian tak sia2 kan.....itu la sebenrnya hadiah yang paling berharga untuk seorang guru, bila ilmu yang dicurahkan kepada pelajarnya membawa kejayaan kepada mereka.

kepada yang kurang berjaya tahun lepas, insyaAllah tahun ni kita cuba lagi ya. insyaAllah sensei dan hafiza sensei akan membantu. jangan putus asa. kepada f5, tumpukan pada spm ya sebab itu nanti akan menentukan masa depan kalian.

kesimpulannya, bersyukurla atas segala yang Allah berikan kepada kita kerana ada hikmah disebaliknya. terbukti, kelewatan menduduki exam tahun lalu, Allah berikan hikmahnya dalam bentuk kejayaan lulus dalam peperiksaan ini. Alhamdulillah.........

dan satu lagi, bagi yang gagal kali ini, ada juga hikmahnya yang akan Allah anugerahkan nanti.....insyaAllah..................

No comments:

Post a Comment