Saturday, March 19, 2011

Aku dan Duniaku 194.....Tak ternilai!!

salam untuk semua......

cuti seminggu hampir habis. aku dah ada kat seremban semula. walaupun sebenarnya banyak kerja yang perlu aku buat (berkaitan hari kebudayaan bahasa jepun), tapi aku paksa diri untuk bercuti. rehatkan pikiran aku yang dah berserabut ni. langsung aku tak usik apa2 yang berkaitan dengan kerja sekolah cuti ni. marking paper pun baru esok aku nak siapkan.......(nasib la kertas nak mark x banyak)

rancangan menghabiskan cuti banyak sebenarnya tapi satu je yang memang aku tunggu2 dan x nak miss ialah reunion dengan kenkawan aku masa kat convent kajang dulu. memang x sabar sungguh aku nak tunggu hari reunion tu. sebabnya aku dah 3 kali miss reunion tu yang member2 aku buat sebelum ni. so, kali ni aku pastikan yang x kan ada rancangan lain yang ganggu reunion kali ni.


tarikh 16 mac, masa 12:00 tghari dan tempat bbq chicken di metro point kajang...............saat indah yang aku lalui. bertemu semula teman2 lama. hampir 28 tahun terpisah, terima kasih kepada facebook, kami bertemu semula..........sungguh tak ternilai saat kami bercerita mengenang kisah lama. walaupun yang hadir tak ramai tapi cukup meriuh rendahkan restoran tu dengan gelak kami yang pecah ntah berapa kali.

aku bertemu semua member rapat dulu, sejak dari sekolah rendah bersama, sampai lah habis form 5 di convent tu. siti norazimah.................hampir tak terkata aku tika imah (panggilan buat dia) datang memeluk ku. 'terima kasih', hanya itu yang mampu aku bisikkan tika itu. terima kasih kerana sudi datang dan kita dapat bertemu. setelah lama bercerita, rupanya imah juga tinggal dan bekerja di seremban. kami berjanji untuk bertemu lagi selepas ini.

aku seharusnya mengucapkan terima kasih kepada usu@yan@wan norazian, yang menjadi pencetus dan mastermind merealisasikan reunion ini. (3 reunion sebelum ni pun dia yang uruskan). usu, panggilan aku untuk dia sebab kami berempat sebenarnya rapat seperti adik beradik masa zaman sekolah dulu. berempat kami ialah along (suzana-x hadir), angah (anita-juga x hadir), alang (aku sendiri) dan usu (wan norazian). kecewa jugak sebab along dan angah x dapat hadir, tapi insyaAllah kami akan usahakan untuk bertemu semula.

berjumpa semula aishah abas, linda munir, alinawati rahman, sharifah rozita, mastura rahman, siti aishah, mayzatul akmam, wan norazian dan siti norazimah betul2 menceriakan hariku. banyak sangat yang kami nak kongsi. tanpa sedar 4 jam berlalu. rasa sekejap je berjumpa. masing2 sebenarnya berat nak balik, tapi takut si suami masing2 merajuk (kecuali aku dan mastura....yang masih solo), terpaksa la diakhirkan perjumpaan tu. tapi kami berjanji untuk jumpa lagi, kali ni dengan teman2 lain jugak. InsyaAllah.

memang la betul kata orang, zaman sekolah memang saat yang paling menggembirakan. bila berpeluang berkongsi sekali lagi saat2 itu, lagi terasa indahnya. walaupun semuanya dah berusia, tapi bila mengingat kembali zaman sekolah, kami seolah2 kembali semua ke zaman itu, bergelak ketawa dan ceria bersama.

walaupun sudah 28 tahun x bertemu, ikatan persahabatan yang telah ada sekian lama tidak menjanggalkan gurau senda dan perbualan kami. dan mengenal semua teman2 yang ada, tidak ada yang berubah tentang sikap mereka. yang jelas berubah ialah saiz badan masing2......hehehehe...............x de siapa yang menafikan itu.........

kepada semua, terima kasih atas saat2 yang cukup indah itu. moga persahabatan kita bertambah utuh dan kekal selamanya. insyaAllah.


saat2 indah bersama teman2

x ternilai saat riang bersama.......................


saling bertukar2 cerita lama.............


x nak miss mendengar cerita teman2


terima kasih .........sayang kalian semua
siti aishah, sharifah rozita, aku, linda, alina, yan
mastura, imah, mayzatul, aishah abab



alang dan usu..........lepas ni kita ajak along dan angah ye......


dengan imah..........antara teman paling rapat....

No comments:

Post a Comment