Sunday, May 1, 2011

Aku dan Duniaku 195.....bertemu kembali

salam untuk semua,

lama sungguh meninggalkan blog ni. kesibukan yang pelbagai menghalang aku utk menjenguk, apatah lagi menulis post kat sini. ini pun masih ada kerja yang belum selesai, yang perlu dilakukan. tetapi aku gagahkan sekejap untuk menyambung cerita dan memeriahkan semula blog aku ni. sori kat guests yang kerap singgah kerana lebih sebulan dihidangkan dengan cerita lama. insyaAllah selepas ini blog ni akan kembali 'bercerita' (jika ada cerita, jika berkelapangan........)

sebulan tanpa cerita sebenarnya sebulan yang teramat sibuk bagi aku. sekolah aku menjadi pengelola/tuan rumah program hari kebudayaan bahasa jepun (hkbj) sbp ke 8 pada 22~24 april lalu. persiapan untuk program itu memaksa aku menyibukkan diri. terlalu banyak perkara yang perlu dlakukan dan dipantau. menerima kehadiran seramai lebih kurang 500 orang guru dan pelajar dari sbp selruh malaysia memaksa sekolah bersedia sebaik mungkin untuk progam hkbj ini.

berulang alik ke cyberjaya (bpsbpsk), ke jpns, wisma negeri, japan embassy dan japan foundation menguruskan kelancaran program ini benar2 memenatkan. namun begitu, hkbj ini adalah program yang berkaitan dengan aku (bahasa jepun), so aku dan fiza (guru jepun) la yang harus berusaha lebih untuk menjayakannya. pihak pengurusan, guru-guru dan para pelajar yang terlibat sama2 membantu menjayakan program ini.

penat sebelum program, semasa program dan selepas program tidak sama. kepenatan sebelum adalah penat otak, kepenatan semasa adalah penat fizikal dan kepenatan selepas adalah penat otak dan fizikal. walaupun seminggu dah berlalu kepenatan masih belum hilang, dan aku rasa memang x kan hilang pun sebab kerja lain masih menanti . (aku meniggalkan betul2 urusan pusat sumber ku......lepas ni kena 'pujuk' semula ......). tapi papepun, alhamdulllah, program hkbj berlangsung dengan jayanya.....walaupun ada kekurangan (biasa la.......x de yang sempurna). terima kasih banyak2 kepada semua guru sdar yang menjalankan tugas masing2 bagi menjayakan hkbj ini. terima kasih juga kat semua ajk pelajar, khasnya syahmie dan amirul ridzuan. dan kepada smua guru2 bahasa jepun sbp, jutaan terima kasih kerana membantu.

sebenarnya banyak aku nak citer pasal hkbj ni. tapi nanti la, aku sambung kat post yang lan. sebab gambar sekitar program belum lagi aku terima. nanti bila aku dah ada gambar, aku akan citer la............insyaAllah.

aku nak citer pasal 'bookfair' sebenarnya.........ikuti post 196 aku.......hehehehe

No comments:

Post a Comment