alhamdulillah, aku dapat singgah lagi kat sini utk berkongsi citer dgn guests sume. pada yang selalu datang melawat tapi asyik tengok post lama je, aku mintak maaf. banyak sebab yg buatkan aku x tulis pape kat sini. (...hrmmmm, janji nak aktif balik kan...tapi hampeh tul, ntah pape tah ,kan!!???)....ok, la, sori, sori.......
hujung minggu baru ni aku balik kampung kat kajang. bukan balik saje2 je. ada conferance bahasa jepun kat um, kl selama dua hari. so, alang2 dah lama x balik, akupun join la conferance tu.....kira sambil menyelam minum air la ni..............ok la, bukan nak citer pasal conferance tu sebenarnya, tapi pasal lain.....
lepas penat 2 hari suntuk di um, ari isnin aku ambik cuti rehat khas (kat seremban dulu x pernah kot aku ambik cuti rehat ni, tapi sejak kat kluang ni, dah 2 hari aku ambik crk ni......perjalanan jauh memenatkan....)
so, ari isnin, masa nak balik kluang, aku singgahlah kat sekolah lama, sdar. sebenarnya ada tujuan aku singgah tu. nak ambik barang aku kat bilik jepun yang masih ada dan belum dikemaskan. so, bila dah sampai sana, mana naknyer sekejap. jumpa rakan2 guru yang ada kat situ, maka banyak la citernye. jumpa la jugak beberpa orang budak jepun aku. ada yang secara kebetulan, ada pulak yang tau je aku ada kat sdar, terus datang cari aku (buat aku terharu je.....fufufu).
baru lebih kurang 10 bulan tingalkan diarang, bila jumpa, masayAllah!!! dah jadi orang bujang. kata org tua2 dulu, dah besar panjang. Hazman (headboy) dah semakin tinggi, dah semakin hansem....ehem2...(memang patutpun bagi teddy bear kamu tu kat sensei, dah x patut pun kamu pegang....hehehe).
dengan Hazman...... |
kemudian masa kat kantin, tengah makan dengan tcher Umi, datang pulak Haziq dengan Amin. tanya la jugak perkembangan akademik dia. yang baiknya, Haziq ambil kesempatan nak ucap terima kasih dan mohon maaf atas segala kesalahan dia kat sensei dia ni (dia sorang je yang mintak maaf....). InsyaAllah Haziq akan berjaya dalam hidup nanti.........
dengan Haziq.....(Amin tukang ambik gambar, sori ye Min) |
Dan akhir sekali sebelum balik, Omar Farouk pulak datang jumpa aku kat kantin. Tersengih2 dia bertanyakan khabar. aku pun sempat bertanyakan perkembangan akademiknya, sebab dah nak SPM ni....alhamdulillah, keputusan peperiksaan percubaan agak cemerlang. InsyaAllah, Omar pun akan berjaya dengan cemerlang nanti. (doa sensei moga apa yang Omar lakukan selepas ini akan beroleh kejayaan.....btw, sensei x kan lupa janji kamu pada sensei dan sensei akan tunggu, tau!!)
dengan Omar....sensei akan tuntut janji kamu, insyaAllah |
dan kepada bekas pelajar2 jepun 812 yang x sempat sensei jumpa, gud luck untuk SPM dan doa sensei moga kalian akan berjaya dengan cemerlang..............
kepada rakan2 guru, khasnya Umi, Pearl n Fiza, terima kasih atas layanan yang diberikan....(walaupun aku yang kena belanja korang....hish).....aku seronok sungguh ari tu...insyaAllah, ada keluangan waktu, kita akan jumpa dan gelak2 lagi...........
aku stop kat sini dulu...insyaAllah jumpa kat lain post.....
ja mata...
p/s sayang Allah, sayang diri, sayang agama, sayang keluarga, sayang bangsa, sayang negara
No comments:
Post a Comment