salam untuk sume.....
hari ini, tanggal 20 september adalah hari istimewaku. hari aku menjenguk dunia beberpa puluh tahun dulu.....hahaha...dan alhamdulillah, segala kesyukuran ku panjatkan ke hadrat ALLAH kerana telah mengizinkan aku terus untuk menghuni dunia ini. aku juga bersyukur kerana ALLAH telah mempermudahkan kehidupanku setakat ini, dan sempena ulangtahun kelahiran ini aku memohon ke hadratMU YA ALLAH agar kehidupanku selepas ini akan sentiasa dalam lindunganMU......Amin....
seawal jam 12:01 tgh malam hp dan tablet ku tak berhenti2 berbunyi tanda msg dan post fb masuk. aku tau semua itu adalah ucapan hari jadi daripada teman2, anak2 pelajar dan juga ahli keluargaku. dalam usia sebegini masih ada yang mengingati dan mengirimkan ucapan....(walaupun sebenarnya fb yang mengingatkan mereka, tapi aku menghargai ingatan mereka terhadapku di hari istimewaku ini)..... kepada teman2, anak2 pelajar dan bekas pelajar serta adik2ku, tiada balasan yang dapat kuberikan hanya ungkapan 'TERIMA KASIH'.......kalian membahagiakan hariku......
aku cuba membalas semua msg dan ucapan di wall fb menjelang 12:00 tgh malam ini. andainya ada yang tertinggal, aku mohon maaf.......akan ku cuba membalasnya walaupun telah melewati tarikh 20 sept.
akhir sekali, untuk kalian..................
TERIMA KASIH, THANK YOU
DOUMO ARIGATOU !!!
DOUMO ARIGATOU !!!
sayang ALLAH, sayang agama, sayang diri, sayang keluarga, sayang bangsa, sayang negara
No comments:
Post a Comment