salam untuk sume.....
cuba memenuhi janji untuk terus menulis dan bercerita kat sini. alhamdulillah ada kelapangan dan ada pulak citer yang nak dikongsi dengan guests.
dalam hidup kita ni kadang2 kita x memikirkan apa yang akan berlaku kerana terlalu seronok dgn apa yang sedang kita lakukan. betul tak???? sebab tu kadang2 kita perlu dikejutkan oleh sesuatu supaya kita sedar yang kita perlu bersedia dengan apa yang bakal berlaku.....opppsss,...ape benda yang aku cakap ni???...hrmmmm....x pe la. nak paham2 la, x nak paham pun x pe....hehehe.... just nak mukadimahkan citer yang nak aku tulis ni.......hehehe
x pernah2 dalam hidup hampir setengah abad ni aku jatuh longkang, ari khamis 06/09 ari tu aku mencipta sejarah jadi orang pertama jatuh longkang di sekolah baru ni...... hahahaha.....selalu ingatkan budak2 supaya hati2 dengan longkang dikelling sekolah, cikgu la pulak yang lalai....
untuk makluman guests, longkang kat sekolah aku ni dalam dan lebar2. dah lah tu, x de penutup pulak (belum ditutup lagi). bila melangkah, kena berhati2 sebab saiznya adalah sebesar satu langkah orang dewasa. jadi untuk budak memang bahaya la......so, ari khamis ari tu, aku dah jadi mangsa.....
tapi, alhamdulillah insiden ni berlaku bila majlis dah selesai. oh ye, sebelum tu sekolah aku mengadakan sambutan hari raya ari tu. so, lepas majlis dalam pkl 3 aku pun bantu la cikgu2 lain mengemas peralatan majlis di sebelah kanan dewan. sekeliling dewan tu ada longkang. dalam berkemas2 tu aku bersambil jugak berborak dan bergelak2 dengan cg2 kat situ. masa tengah seronok bercerita sambil mengangkat kerusi untuk ntah macam mana masa aku melangkah longkang tu, tetiba je aku rasa kaki aku x mencecah tanah dan terjerumus ke dalam longkang. aku tergamam dan bediri dalam longkang tu. alhamdulillah tak terlentang atau terantuk kat mana2.
lepas tu tetiba aku rasa sakit teramat sangat pada kaki kiri. dan bila aku tengok, pergelangan kaki aku dah membengkak macam telur ayam. x sangka betul cepat betul membengkak. lepas cg2 yang ada kat situ menarik aku keluar dan mendudukkan aku di tepi longkang tu, kaki ku dituam dengan ais. kakak pekerja kat situ membantu menuam sampai bengkak tu berkurangan.
lepas tu aku rasa was2. takut2 tulang aku retak ke, patah ke. so aku ambil keputusan nak ke hospital dan x-ray. dengan bantuan sorang cg muda kat situ, aku dibawa ke kpj, kluang. selepas dix-ray, alhamdulillah x de yang patah. doktor suruh aku rehatkan kaki dan aku diberi mc 2 hari. so, jumaat dan sabtu aku betul berehat.
rupa2nya lepas 2 hari baru la aku rasa sakit2 pada tangan (yang menahan pada tebing longkang supaya aku x tumbang) dan bengkak pada bahagian lain mula kelihatan. tapi dengan ubat yang diberikan doktor, alhamdulillah semakin berkurangan. (ubat mesti habiskan sebab aku bayar rm180 untuk sume tu. 1st time bayar rawatan dan ubat mahal camtu...ye la namapun pg kpj, mesti la mahalkan, x-ray lagi......). so, 3 hari ni aku rehat di rumah.
sebenarnya, aku rasa insiden ini adalah peringatan yang Allah tunjukkan untuk aku bahawa balasan untuk terhadap perkara salah yang kita buat x semestinya di akhirat sahaja. Allah boleh berikan bila2 masa saje. dan itu aku alami hari khamis, 06/09 yang lalu. Juga aku rasakan Allah beri aku peluang untuk merehatkan diri dan lupakan seketika kerja dunia untuk bermuhasabah diri. alhamdulillah, aku yakin Allah merencanakan semua ini untuk kebaikan aku juga. alhamdulillah, apa saja yang berlaku itu ada hikmahnya yang Allah ingin berikan. dan aku mengucap kesyukuran kehadratMU YA ALLAH atas segala yang diberikan.......amin
oh ya, kepada semua guru dan kakak pekerja yang membantu aku ari tu, berbanyak2 terima kasih aku ucapkan. hanya ALLAH yang akan membalas budi kalian............
aku stop kat sini dulu.....insyaAllah kita jumpa di post lain.....
TRAGEDI 6 SEPT.....
masih mampu bergelak walaupun dalam kesakitan |
cuba menahan kesakitan............. |
Citer ni ............nak kata kelaka x buleh....nak kata kasian....... x patut.....doa supaya cepat sembuh.... dan tabah.....diperantauan Salam Aidilfitri.....
ReplyDeleteboleh je masuk sume kategori tu Sifu.....hehehe.....
ReplyDeleteTerima kasih atas doa....
Selamat Hari Raya, Maaf zahir batin .....