salam untuk sume....
alhamdulillah, aku berjaya 'masuk' kat sini hari ni. sambil2 stroll blog2 informasi tadi, terpikir la pulak nak post citer kat sini. tu yang aku singgah ni.....
macam aku citer kat post 211, pasal tragedi 6/9 yang lalu, ari ni genap seminggu kecedaraan aku....hehehe...cedera la sangat.........alhamdulillah luka dan bengkak terkena tebing longkang dah beransur baik. tapi apa yang memeranjatkan aku ialah bengkak dan lebam timbul di tempat lain pulak. kat lutut, kat peha dan kat lengan.....ni sume aku x rasa dan x perasan masa mula2 kena dulu. dan yang buat aku terkejut ialah bengkak kak kaki kiri aku dan lebam warna hitam......dah tebal semacamm je aku rasa kaki aku ni, dah macam kaki orng mengandung. x sangka sungguh bengkak dan lebam tu akan turun.
mungkin silap aku jugak, sebab ari isnin ari tu aku bergerak banyank sangat kat sekolah. ye la, aku ingat dah ok, sebab bengkak dan luka dah baik. rupanya keasan drp banyak sangat bergerak dan beri tekanan pada kaki yang masih belum sembuh sepenuhnya, menyebabkan bengkak dan lebam di dalam kulit / pada otot dalaman keluar. dan hari rabu, sekali lagi aku ke klinik dan dapat cuti. nasihat doktor supaya aku rehat dan releks kan kaki tu. jangan banyak bergerak. (tapi camne x banyak bergerak, aku kena bergerak ke kelas dan mengajar. kang mengajar sambil duduk, kena tegur......cikgu mana boleh mengajar sambil duduk, kan??)
ari ni aku ke sekolah jugak. doktor nak bagi ari ni pun cuti, tapi aku kata x yah sebab kalau cuti je, mesti banyak kerja yang terbengkalai. aku x nak kerja bertimbun2. so, aku kuatkan jugak ari ni, dengan kaki berbalut, aku ke sekolah. aku cuba bataskan pergerakan.
tapi nak gelaknya, seorang pelajar puteri tegur tadi,
"sensei, saya cakap jangan marah eh. sensei dah x vouge sebab pakai selipar nipis......x kena la sensei pakai baju kurung cantik, tapi pakai selipar......", terkedu gak aku.....hehehe...budak2 perempuan ni peka betul dengan penambilan cikgu2 dia.
"woii, dah kaki sensei camni, camna la nak pakai heels. kalau pakai jugak, itu dah x de otak namanyer. nak cari pasal, mananyer. logik2 la pulak nak vogue pun.....", aku jawab selamba. sudahnya satu kelas gelak.....
rasanya lama jugak la aku akan berselipar ni. nak tunggu baik betul2 baru boleh pakai heels. biar la x vogue, asal selesa......hahaha..
kesimpulannya,
apa yang berlaku pada diri kita, hanya kita yang tau. sakit ke suka ke duka ke, kita yang mengalaminya dan kita yang rasa. biar la orang nak kata apa pun, yang penting kita jaga diri............
jumpa lagi....ja mata...
ke sekolah dengan kaki berbalut ari ni |
p/s...sayang ALLAH, sayang agama, sayang diri, sayang keluarga, sayang negara
No comments:
Post a Comment