salam untuk semua ........
semalam (jumaat) aku kembali ke sekolah lepas kursus yang memeningkan kepala selama 4 hari kat kl ari tu. kat sekolah pulak banyak sangat kerja yang nak disiapkan. dalam pigeon hole dah ada macam2 surat. dan satu drpnya ialah surat mesyuarat lagi.............. adussss!!!! baru je ingat nak rehat hujung minggu ni........... dah kena pergi mesyuarat lagi........ (rajin pulak pihak2 ni nak buat mesyuarat la, taklmat la, kursus la........ hujung2 tahun ni........ pelik kan???)
bila jumaat ni waktu kat sekolah singkat. kelas abis pukul 12:30. waktu ni la petang2 boleh buat urusan lain. ari ni aku sibuk sikit sebab nak siapkan borang claim kursus ari tu, nak buat minit curai, nak siapkan record book, nak masukkan markah exam akhir tahun, nak pegi pejabat pos bayar bil air, nak siapkan dokumen utk hantar kat satu tempat petang ni............ aduh!! banyak betul nak buat. itu belum lagi urusan kerja kat library. rasa tak cukup tangan. tambahan pulak minggu depan aku tak de lagi kat sekolah...... lagi la nak siapkan apa yang patut. waktu ni la jugak budak silih berganti datang nak print kad jemputan jamuan (memang sibuk diorang berlumba2 nak buat jamuan...... jamuan kelas la, jamuan kelab persatuan la, jamuan unit beruniform la............ memang makan free memanjang cikgu2 hari2 akhir sesi persekolahan ni.) tapi alhamdulillah la, dapat gak curi2 masa sikit pegi makan.......
petang ke seremban punya la sesak, pada hal dah pukul 3. sebabnya, hujan lebat...... tu yang menyesakkan seremban. lepas urusan kat seremban, terus balik, lebih kurang pukul 5:30 sampai umah. punye la penat!!! tergolek aku kat sofa depan........... sedar2 dah pukul 7:30 mlm.
dan malam, alhamdulillah, aku dapat rehat sikit. lepas kemas pakaian untuk mesyuarat minggu depan (sebab sabtu nak balik kajang.......), aku sambung balik hobi aku yang dah lama tinggal iaitu baca buku..... lagipun malam tak de citer best kat tv.... tapi bila dah start membaca aku tak boleh nak berhenti pulak........ sudahnya aku paksa2 jugak stop dan bukak pulak laptop ni. lepas baca berita on line (... sebab x sempat nak baca paper masa kat sekolah tadi...) update blog dengan citer ni. lepas ni boleh la tido...........
hrmm....... penat2 pun, aku seronok. sebab setiap hari aku mesti ada sesuatu yang baru dan berbeza akan berlaku. dan alhamdulillah, hari ni pun ada yang menarik berlaku pada aku..........apa dia???? sori, ini rahsia. tak boleh citer........ hehehe...... gomen nasai........ tapi aku akan senyum lebar untuk beberapa hari ni................. hrmmm...........
No comments:
Post a Comment