Sunday, November 15, 2009

Aku dan duniaku 126 ....... makan free!!!

salam untuk semua..............

buat guests yang sering singgah, aku mintak maaf sebab dah seminggu aku tak tulis apa2 kat sini. ada beberapa sebab aku tak menulis. satu, tak de masa nak mengadap laptop kat umah (kat sekolah aku mengadap la tapi sibuk dengan kerja2 sekolah..............). dua, coverage broadband aku ni lembab sikit. buat sakit ati je bila tengah2 menulis tetiba hilang coverage..... sudahnya aku fedup, shut down je......... dan ketiga, tak de bahan nak tulis (ni sebenarnya penyebab utama.........) macam aku tulis dalam post yang lalu, aku kalau tak de benda nak citer, aku tak tulis apa2.

malam ni dah ada benda nak citer. tu yang aku tulis post ni.

hari2 terakhir sebelum cuti akhir tahun ni, banyak sangat jemputan makan yang aku dan cikgu2 lain terima. kebanyakannya untuk dinner. tadi baru selesai aku di majlis makan malam f3 (ni kali ke 2 f3 buat makan malam............ ari tu lepas raya diaorang dah buat, kali ni buat lagi.......). pape pun aku nak ucap terima kasih kat f3 (kali ni,projek manager ialah solehin...... tahniah solehin!!!) sebab berjaya buat majlis ni. makan sedap!!! cenderamata cikgu pun menarik!! tahniah untuk semua yang telah berusaha menjayakan makan malam ini!!

malam isnin ada dinner lagi. kali ni f4 pulak. makan free lagi!! kemudian, jumaat malam (last day sekolah) makan free kat umbai melaka... (sure makan sedap ni!!!......). ini hm belanja. terima kasih hm!!! (nak ucap in-advance.......). esok nya, hari sabtu, makan free lagi. kali ni kat allson klana......... fuh!!!.... penat dek makan sudahnye....... terima kasih kat sume yang dah dan akan belanja makan ni...hehehe......

p/s .....tak sabar nak tunggu majlis makan malam f5 pulak.......

gambar2 masa ' malam gemilang ke bintang f3 711'

Haziq bersama Pengetua dan PKHEM Cenderamata, brosur & menu


Ajk bersama Tuan Pengetua ........................Gemilang '711


AJK PSS aku..... ...........................Bersama Haziq

No comments:

Post a Comment