Tuesday, March 30, 2010

Aku dan duniaku 151 .....kejutan.....

salam untuk semua.......

sabtu 27/03 yang lalu aku menerima satu kejutan.....sedang menyiapkan entah apa kerja di pejabat tiba2 aku menerima panggilan telefon. suara lelaki dihujung talian tak aku kenali. aku cuba meneka tapi gagal.....dia kemudian memperkenalkan diri........sebaik sahaja namanya disebut aku jadi tak menentu.....(kalau ada yang nampak muka aku waktu tu sure ingat macam aku baru jumpa hantu....) dia yang dihujung talian adalah 'teman' yang pernah aku kenali 27 tahun yang lalu.......dia yang pernah rapat dengan ku.....dia yang aku tinggalkan kerana pendirian hidup yang berbeza.....dan dia yang aku telah lupakan lama dulu...........


kenapa sekarang dia hubungi aku??..........kenapa sekarang dia mencari aku...?? kenapa sekarang aku perlu mengingat semula kenangan bersma dia....??? ahh....aku benci dengan apa yang berlaku......dan aku mengharapkan dia tidak akan terus menghubungi aku...........

panggilan telefon itu mengubah mood ku ...... tak dapat aku nak gambarkan macammana perasan aku. selepas panggilan telefon berakhir, aku jadi lupa pada apa yang berlaku.....aku tak ingatpun apa yang aku bualkan ..... cuba mengingat membuat aku jadi sedih.....aku lepaskan dengan menangis sendirian..........

dan tika itu juga teman aku datang, terkejut melihat keadaan aku..... aku sandarkan diri dibahunya untuk meluahkan perasaan.....dan terima kasih teman kerana sudi mendengar. namun begitu maaf kerana membebankan dengan cerita nostalgia ku........sepetang temanku bersama, melayan perasaan ku........petang yang tak akan aku lupakan........

buat dia, aku ucap terima kasih kerana mancari aku tapi aku mohon agar hidup ku jangan diganggu lagi, dan buat teman yang bersama mendengar cerita aku, aku ucapkan terima kasih kerana memahami........kehadiranmu bersama petang itu amat aku hargai dan membuat aku bahagia............terima kasih

Thursday, March 18, 2010

Aku dan duniaku 150 ..................panggilan telefon....

salam untuk semua.......

petang aku hari ini dikejutkan dengan satu panggilan telefon. biasanye kalau tak de nama kat phone tu aku tak angkat. tapi tadi ntah camne ringan je tangan aku menjawab. dihujung talian suara lelaki
"mariana najmudin ye? maktab perguruan batu rakit 87/89?" eh?? aku terkedu. sape pulak ni. aku tertanye2.
"sape ni?"
"tak kenal ke?" tanya nya lagi.
"alumni mpktbr ye? satu batch dengan saya ke?" aku bertanya lagi.
"a'ah. awak pm5 dan saya pm6. kita sama2 elektif pj. sama2 naik bukit besi. ingat lagi tak?" jelasnya panjang.
lama aku mangambil masa untuk mengingat tapi tak jugak ingat2 (citer punye la lama....mana nak ingat.....27 tahun dulu......)
"hrmm......sori la. sape ni?" tanya ku lagi.
"azamy la. photographer......" jawab nya.
"alamak, sori la. saya ni bab nak ingat nama sori la. kalau tgk gambar mungkin boleh ingat kot," aku pula menerangkan. (sebenarnye malu sebab dia masih ingat kat aku dan masih ingat peristiwa sama2 dimaktab dulu sedangkan aku memang x ingat langsung.......)

selepas itu perbualan kami berkisar masa zaman maktab, bertanyakan teman2 yang masih dihubungi. rupanye ramai teman2 aku satu batch di maktab dulu dah jadi pensyarah di maktab dan kolej. mungkin kat u pun ada.

seronok betul dapat mengimbau kembali citer2 zaman remaja....hehehe.....aku tabik la kat member ni sebab usaha cari aku. satu lagi kelebihan fb.....menghubungkan kembali silaturrahim rakan2 yang dah lama hilang kabar berita. azamy jumpa aku di fb, hubungi sekolah unuk dpatkan no telefon aku. pastu dia call untuk confirmkan yang aku memang kawan masa maktab dulu. (thanks azamy sebab hubungi saya.......)

selepas ini aku menantikan gathering rakan2 sekolah aku waktu di convent kajang dulu....(ada member yang akan uruskan........x sabar rasanye.....) dan selepas ini aku mengharapkan akan ada lagi teman2 maktab yang akan aku temui di dunia maya ini........

ps.....azamy....sori sebab masih gagal untuk mengingati......

Sunday, March 14, 2010

Aku dan duniaku 149 ........ tahniah MARDI!!!

salam untuk semua............

post ni aku tulis dari penang. tengah bercuti dengan adik aku dan anak2 buah aku. semalam lagi aku dah berada kat sini. awal2 pagi, lepas subuh semalam aku dah bertolak dari rumah di kajang terus ke pulau mutiara ni.....

aku ke sini sebenarnye untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja aku. asalnye aku nak datang sorang menumpang reen, kawan aku yang kampungnya kat kulim. so kami akan sama2 ke majlis tu. tapi, kebetulan adik aku memang nak bawak anak2 dia berjalan cuti sekolah ni, apa lagi, senang la aku. so, sudahnya aku pegi dengan adik sekeluarga.

sampai penang jam dah tengahari, just nice nak makan kenduri. masalahnya tempat yang nak dicari tu punye la susah. susah sebab baca peta tak betul...(ke peta yang dibaca x betul?? hehehe....) dalam sesat mencari rumah pengantin, jumpa la dengan haslina sekeluarga, rakan sekerja jugak yang turut mecari rumah pengantin. sudahnye kami konvoi sama2 cari rumah pengantin. lebih kurang 1/2 jam mencari, alhamdulillah, jumpa jugak. just nice pengantin sedang berarak.

cantik dan manis kawan aku, sipengantin tu. dia memang tak pernah make up, so bila dimakeupkan, naik seri di muka. sweet sungguh... padan juga la dengan teman disebelah, sipengantin lelaki. ramai jugak teman2 sekerja yang datang. waktu aku sampai, yusliana, hasmahan, azhar dan ada kat situ. kemudian bersama aku, haslina. sebentar selepas tu norhafizah, shazreen dan en razlan kantin pun datang. masa aku nak balik, dato haji azam, bekas pengetua sdar pun datang. kira meriah jugak la majlis ni.....ramai rakan2 sekerja yang hadir.

Sipengantin baru, Mardiana bersama suami......TAHNIAH!!


pape pun aku nak ucap tahniah buat MARDIANA dan suami kerana telah membina mahligai rumahtangga. di doakan semoga bahagia sehingga ke akhir hayat.


di antara teman2 yang hadir......



*maaf mardi, gunakan gambar tanpa izin ......
.

Thursday, March 11, 2010

Aku dan duniaku 148......tahniah buat kalian!!!

salam untuk semua.....

ari ni sibuk sikit kat sekolah.....macam2 perkara yang berlaku. ada lawatan dari sekolah luar, ada forum perdana sempena maulidur rasul, ada interview pemilihan ke jepun dan event yang besar sekali ialah result spm 2009 kuar.......alhamdulillah sekolah aku berjaya kekalkan kecemerlangan dengan 53 ornag drp 156 calon dapat straight A......bangga jugak la aku (...walaupun aku x mengajar diorang f5...)


yang aku bangga, anak2 pss aku sume cemerlang.....adalah 3, 4 orang yang datang cari aku....ucap terima kasih.....(sdangkan aku x buat pape pun untk diaorang.... terima kasih, harris, thaqif, syahmi syahiran, firdaus syukri sebab cari sensei......tahniah sensei ucapkan.....yang lain mane?????). kemudian yang lain, yang datang ucap terima kasih juga, aku nak ucapkan tahniah atas kejayaan dan terima kasih ........(sensei doakan kalian akan berjaya dalam perjuangan seterusnya....) buat syafiq md noh, ahmad fikri, amir zamri, jabbar, taufik, alim, irsyad, (sekadar menyebut beberapa nama......) dan yang lain yang sensei tak ingat nama.....(sori......cuba mengingat tapi still x ingat jugak........ehem....tau, tau je la.....umur dah camni....hehehehe)
sempat mengabdikan kenangan bersama......
thaqif, harris, syafiq, syahmi n fikri......congrats n gud luck, guys!!


perjalanan kalian baru bermula......jalan yang luas dan berliku2 terbentang untuk kalian terokai......pandai-pandai la membuat pilihan.............insyaAllah, kalian akan berjaya.......


untuk semua batch '509 TAHNIAH!!! dan 'GUD LUCK'........may success be with all of u........
keep in touch......n stay smart k...!!!!