Sunday, March 14, 2010

Aku dan duniaku 149 ........ tahniah MARDI!!!

salam untuk semua............

post ni aku tulis dari penang. tengah bercuti dengan adik aku dan anak2 buah aku. semalam lagi aku dah berada kat sini. awal2 pagi, lepas subuh semalam aku dah bertolak dari rumah di kajang terus ke pulau mutiara ni.....

aku ke sini sebenarnye untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja aku. asalnye aku nak datang sorang menumpang reen, kawan aku yang kampungnya kat kulim. so kami akan sama2 ke majlis tu. tapi, kebetulan adik aku memang nak bawak anak2 dia berjalan cuti sekolah ni, apa lagi, senang la aku. so, sudahnya aku pegi dengan adik sekeluarga.

sampai penang jam dah tengahari, just nice nak makan kenduri. masalahnya tempat yang nak dicari tu punye la susah. susah sebab baca peta tak betul...(ke peta yang dibaca x betul?? hehehe....) dalam sesat mencari rumah pengantin, jumpa la dengan haslina sekeluarga, rakan sekerja jugak yang turut mecari rumah pengantin. sudahnye kami konvoi sama2 cari rumah pengantin. lebih kurang 1/2 jam mencari, alhamdulillah, jumpa jugak. just nice pengantin sedang berarak.

cantik dan manis kawan aku, sipengantin tu. dia memang tak pernah make up, so bila dimakeupkan, naik seri di muka. sweet sungguh... padan juga la dengan teman disebelah, sipengantin lelaki. ramai jugak teman2 sekerja yang datang. waktu aku sampai, yusliana, hasmahan, azhar dan ada kat situ. kemudian bersama aku, haslina. sebentar selepas tu norhafizah, shazreen dan en razlan kantin pun datang. masa aku nak balik, dato haji azam, bekas pengetua sdar pun datang. kira meriah jugak la majlis ni.....ramai rakan2 sekerja yang hadir.

Sipengantin baru, Mardiana bersama suami......TAHNIAH!!


pape pun aku nak ucap tahniah buat MARDIANA dan suami kerana telah membina mahligai rumahtangga. di doakan semoga bahagia sehingga ke akhir hayat.


di antara teman2 yang hadir......



*maaf mardi, gunakan gambar tanpa izin ......
.

4 comments:

  1. wah..cikgu mardiana da kahwen..
    siyes sensei first time tgk gmba td x dapat cam cikgu mardiana hehehe..laen bebenor
    semoga bahagia la ek hingga ke anak cucu(xtau cmne nak wish kat cikgu mardiana..tolong sampaikan la ek sensei hehe)

    boeta 0105

    ReplyDelete
  2. insyaAllah, nanti sensei sampaikan wish kamu pd cikgu mardiana.....

    ReplyDelete
  3. laaa, dh kahwen rupanya cikgu mardiana..
    xtahu pulak saya..
    mmg laen muka beliau yg dh dimake up tu.. huhu..
    sensei2, tlg wishkan juga yer dkt dia..
    gokekkon, omedetou gozaimasu!!! haha..

    ReplyDelete
  4. aarrrgghhhh!!! frust2! hahahah~ papehal pon, tahniah kepada cikgu mardiana dan suami... selamat menempuh hidup berumahtangga [kalau rumah teres 2 tingkat] / berumahlif [kalau rumah condo ataupon pangsapuri] dan semoga berbahagia hingga ke anak cucu~

    ReplyDelete