hujung minggu yang aku tunggu.....fuuuhhh....masa untuk rehat....tapi aku ambik masa hujung minggu untuk berjalan....(jam dah kepala otak ni memikirkan projek dan shukudai (homework) yang melambak....) so, ari sabtu ari tu aku kuar menjejak semula tempat2 yang pernah aku kunjungi dulu-dulu......(13 tahun dulu....). cuba mengimbau kembali kenangan di situ.....
nakano eki....
hrmm......mula2 aku ke nakano. tempat aku beli barang2 murah masa kat sini dulu (institut bhs jepun.....sebelum masuk u). tak de yang berubah kat nakano tu..eki (stesen keretapi) masih seperti dulu.....tapi densya (keretapi elektrik) yang dulu warna oren terang dah tak de...dah tukar dengan warna kuning dan silver....kira moden la sikit.deretan kedai di nakano broadway...(nama bukan main canggih kan...)masih seperti biasa. cuma mungkin semakin besar la....macam uniqlo....sempat la beli t-shirt kat sini (kedai ni bakal dibuka kat new york ......dan memang famous kat jepun sebab jual t-shirt murah tapi berkualiti...). dapat jugak la aku beli souviner untuk ank2 buah aku kat sini......
uniqlo nakano....
nakano broadway...
lepas tu aku ke shinjuku....nipun tempat yang dekat dengan institut aku. jalan kaki pun boleh sampai.....aku selalu jugak ke sini dulu......pun tak banyak yang berubah....cuma hutan batu semakin tebal.....jepun semakin berani membina bangunan yang tinggi.....(sebab dah ada solution untuk bina bangunan yang tahan gempa kot......).
takashimaya ..... kompleks beli belah high class
kira macam sama dgn pavillion kl la ni.....
aku kalau ke shinjuku, satu tempat yang aku mesti pegi ialah kat kinokuniya....kedai buku besar kat sini...tak sah kalau aku ke jepun x singgah kinokuniya......aku habiskan hampir 2 jam kat sini.....dan kuar dengan 2 buah buku di tangan.....hrmm.....sebenarnya same je dgn kat klcc tu tapi koleksi buku banyak la kat sini.......
kinokuniya.....tempat aku lepak2 dulu
lepas puas berjalan.....kaki pulak dah sakit....aku pun ambil keputusan balik la. dalam train sempat tido....malam, jam 10 aku dah tido..(kat malaysia jam 9 tau...!!)
papepun aku seronok ari ni. walaupun tak jalan jauh tapi tempat dekat yang aku kunjungi tu mengimbau semula kenangan aku ketika 5 tahun di sini.....nanti aku akan kunjungi lagi tempat2 yang menjadi memori aku di sini terutamanya daigaku (universiti) dan tempat aku tinggal dulu....insyaAllah aku akan sambung lagi cerita jalan2 aku...........
jumpa lagi k.......
No comments:
Post a Comment