Tuesday, January 26, 2010

Aku dan duniaku 142 .....SBT....

salam untuk semua.............

aku bangga jugak la bila sekolah aku dipilih sebagai sekolah berprestasi tinggi (sbt) oleh kpm semalam. bangga sebab hanya 20 buah sekolah daripada ribu2 sekolah kat malaysia ni yang diiktiraf sebagai sekolah berprestasi.............tinggi pulak tu.......

tapi....bimbang jugak la camne nanti pelaksanaan kat sekolah. camne agaknye trademark yang nak sekolah aku tunjukkan yang berprestasi tinggi tu. apa yang perlu berprestasi tinggi?? camne dengan beban kerja guru dan tekanan yang bakal dihadapi.....dek guru dan juga pelajar....... camne nak membuktikan pada sume yang sekolah aku ni memang layak untuk diiktiraf dan digelar sekolah berprestasi tinggi??? camne dengan budaya kerja yang diharapkan nanti??? camne nak kekalkan prestasi tinggi ni nanti??? camne.........(banyaknye pulak camne tu.....cam tak yakin je....) bukan tak yakin......cuma bimbang, mampu ke nak mengekalkan prestasi tinggi tu......

tapi papepun aku nak ucap terima kasih pada kepimpinan sekolah tahun 2009 sebab penilaian untuk tahun tu berjaya meletakkan sekolah aku ditempat yang paling tinggi.......(nama pun berprestasi tinggi. ) pada sume warga sekolah tahniah dan selamat berjaya.................

Thursday, January 14, 2010

Aku dan duniaku 141 ..... 3 hari penuh makna.....semalam, hari ini, esok.....

salam untuk semua......

kali ni aku bukan nak citer pasal aku. (lari sikit drp konsep blog aku ni......cerita2 aku....) aku nak citer pasal seorang insan yang dalam tiga hari ni pelbagai peristiwa indah berlaku padanya.

semalam
(rabu) insan ini diraikan dalam majlis perpisahan di sekolah aku. majlis yang gilang gemilang itu sudah pastinya akan meninggalkan kenangan yang tidak akan dia lupakan. pastinye perasaan yang bercampur baur dia rasai dalam majlis itu......... sedih meninggalkan sekolah dan gembira serta terharu diraikan segemilang itu.
terima kasih.............

hari ini
(khamis) akan menjadi satu hari yang melakar sejarah dalam diari kehidupan insan ini. hari ini dia menerima anugerah dari istana dan sekalu gus menerima gelaran yang tinggi......
(aku rasa memang dah tiba masa untuk dia menerima penghargaan sebegini.......tika saat dihujung2 perkhidmatan..............) tahniah..............

esok
(jumaat) insan ini akan mencurah ilmu dan bakti di tempat baru......... bakal memimpin pengurusan sebuah sekolah baru. pastinye dia teruja dan gembira berada di situ nanti.......

semoga berjaya.............

ini adalah citer 3 hari penuh makna insan ini.......ini adalah citer dia.......


bekas pengetua kat sekolah aku......,
yang berbahagia datuk..........,
bakal pengetua sekolah baru.....
.
...........Datuk Haji Azam bin Md Atan.............


p/s ......setiap yang berlaku itu ada hikmah dari ALLAH.......orang yang dianiaya itu disayangi ALLAH...............rezeki itu datang tanpa disangka2.........alhamdulillah...........

Sunday, January 10, 2010

Aku dan duniaku 140 ...... fuuuhhhhh...!!!!

salam untuk semua..............

fuuuhhhh..... tak tau camne nak bagi tajuk post kali ni.......... tapi tajuk ni menggambarkan apa yang aku rasa selepas seminggu ni............akhirnya dapat melepaskan penat....

alhamdulillah, berlalu dah seminggu hari persekolahan yang memenatkan...........minggu yang terlalu pack dengan mcm yg perlu dibuat. minggu pertama mula bekerja semula, lepas bercuti panjang......(dah cuti panjang pun nak berunguk jugak bila mula kerja balik kan...... apa la.....)

ari isnin dan selasa buat aku rimas......rimas sebab library aku dlm keadaan kucar kacir..... kata orang macam tongkang pecah.....bersepah. budak pun aku tak bagi masuk lagi. sebabnye....kontraktor tengah pasang aircond baru....... lapan unit tuuuu.....!!!!!!! (menggigil la lepas ni duduk kat library.....) selepas hampir 3 bulan tak de aircond kat library tu, akhirnya nyaman dan selesa la semula kat situ.......(terima kasih aku nak ucapkan kat penolong kanan sebab usahakan aircond ni.......)

tapi, yang sakitnya lepas kerja pasang aircond tu, ialah bila time nak kemas balik library tu. banyak kerja nak buat. nak buang habuk, nak lap rak2 dan meja, nak mop lantai dan nak susun semula kerusi meja yang huru hara tu. ambik masa 2 hari jugak la aku dgn kak liza (pembantu library aku....) nak jadikan suasana selesa balik dalam library tu.............. tapi alhamdulillah hari khamis budak dah boleh masuk dan gunakan library dengan selesa...............

hari isnin tu jugak nazir datang memantau sekolah. datang check library pulak tu......tension betul.....dah la kena kemas library, nak layan pegawai tu lagi........fuuuhhhh, mencabar betul....

hari selasa, hari kedua sekolah dah mula masuk kelas, mengajar. pastu petang ada taklimat dan pendaftaran kelab/persatuan, unit beruniform dan sukan/permainan.


masa taklimat dan pendaftaran kelab/persatuan


hari ketiga, rabu...kelas seperti biasa la. tambah lagi kerja2 kat library......dan pastu petang ada mesyuarat rumah sukan......sampai pukul 4:30 petang.



masa mesyuarat rumah sukan

hari keempat, khamis.... petang dah mula perjumpaan kelab dan persatuan.....mesyuarat agung dan perlantikan jawatankuasa majlis......sampai pukul 6 petang...

hari jumaat....walaupun kelas habis jam 12:30 tgh, bukan boleh releks pun.....petang ada perjumpaan dengan pengawas pss pasal lantikan ajk baru..... itupun sampai lewat petang gak....

dan sabtu ...(orang lain cuti.....kami kena ke sekolah....) ada gotong royong perdana kat sekolah. aku terpaksa berkemas di 3 tempat iaitu bilik guru,bilik gerakan guru dan bilik bhs jepun....(sebab barang2 aku banyak kat tempat2 tu......walaupun aku x de kat situ...) tu pun sampai pukul 12:30 tgh..........lepas zuhor ke kl, ada urusan mustahak.....balik dah malam.......



masa gotong royong perdana

dalam seminggu ni aku rasa flat betul.....malam seawal jam 10 aku dah tido....(selalunye aku tido paling awal jam 12 mlm.....) aku perah betul tenaga seminggu ni.... sudah nye ari ahad aku lepas geram.....berekat dan tido sakan kat umah......fuuuuhhhhh......akhirnya dapat jugak aku hilangkan penat dek kesibukan seminggu ni........alhamdulillah....

dan esok........minggu baru bermula.......

p/s.....minggu ni aku tak usik langsung buku cerita yang aku sedang baca.......hrmmmm.....

Friday, January 1, 2010

Aku dan duniaku 139 ..... tahun baru, azam baru???

salam untuk semua............

selamat tinggal 2009, selamat datang 2010..........!!!! alhamdulillah, di panjangkan usia oleh ALLAH untuk aku melangkah ke tahun baru........

bercakap pasal tahun baru pastinye sinonim dengan azam baru.......kenapa bila datang tahun baru je baru nak ada azam baru.....??? bila tahun baru je ke yang boleh ada azam??? hari2 lain x boleh ada azam baru ke???..........beberapa persoalan yang selalu ada dalam otak aku setiap kali tahun baru.......

special sangat ke tarikh 1 januari setiap tahun tu??? bagi aku, same je dengan hari2 lain . cuma beralih ke satu hari baru je.....kenapa 1 januari tu di sambut di serata dunia, kalau sekadar satu hari yang sama mcm ari2 lain??? hrmmm.....entah la. lain orang lain pulak andaian dan penerimaan dia.

bagi aku, azam atau perubahan yang kite nak buat tu tak payah tunggu tahun baru baru nak buat. bila2 masa pun boleh. kalau ke arah atau kepada benda yang elok tu lagi bagus kalau selalu2 kita lakukan..........bagi aku, bila hati terdetak yang membuat perubahan, kalau ruang waktu dan suasana mengizinkan, x salah rasanye perubahan itu dilakukan............so, tak yah ada azam2 ni bila datang tahun baru je. kekadang tu, berazam je lebih, tapi buatnye tak.........sampai la hujung tahun (365 hari masa ada untuk buat perubahan tu...........)hampeh pun x de!!!! pastu, buat azam yang sama untuk tahun baru seterusnye plak........tak ke kerja bodoh tu!!!??(sori, bahasa kasar sikit...........). (tambahan pulak kalau sambut tahun baru dengan aktiviti yang x bermoral...........)

so, kesimpulannye..........tepuk dada, tanye hati....(entah sejak bila peribahasa ni ditukar......). untuk berubah ke arah kebaikan, x yah tunggu tahun baru..........bila2 masa boleh dilakukan........dan satu lagi jangan buat azam secara umum.....(cth: saya nak cemerlang dalam peperiksaan..........)kena khusus la....(cth: saya nak cemerlang dalam peperiksaan semua subjek dengan mendapat markah 90++ setiap kali peperiksaan) sebab dengan itu, kesungguhan untuk mencapai matlamat tu akan lebih tinggi...........

hrmmm...........apa azam tahun baru.....???........heheheh