Thursday, September 20, 2012

Aku dan Duniaku 213.......terima kasih atas ingatan....

post ini khas untuk kalian..........kalian tahu siapa kalian....

salam untuk sume.....

hari ini, tanggal 20 september adalah hari istimewaku. hari aku menjenguk dunia beberpa puluh tahun dulu.....hahaha...dan alhamdulillah, segala kesyukuran ku panjatkan ke hadrat ALLAH kerana telah mengizinkan aku terus untuk menghuni dunia ini. aku juga bersyukur kerana ALLAH telah mempermudahkan kehidupanku setakat ini, dan sempena ulangtahun kelahiran ini aku memohon ke hadratMU YA ALLAH agar kehidupanku selepas ini akan sentiasa dalam lindunganMU......Amin....

seawal jam 12:01 tgh malam hp dan tablet ku tak berhenti2 berbunyi tanda msg dan post fb masuk. aku tau semua itu adalah ucapan hari jadi daripada teman2, anak2 pelajar dan juga ahli keluargaku. dalam usia sebegini masih ada yang mengingati dan mengirimkan ucapan....(walaupun sebenarnya fb yang mengingatkan mereka, tapi aku menghargai ingatan mereka terhadapku di hari istimewaku ini)..... kepada teman2, anak2 pelajar dan bekas pelajar serta adik2ku, tiada balasan yang dapat kuberikan hanya ungkapan  'TERIMA KASIH'.......kalian membahagiakan hariku......

aku cuba membalas semua msg dan ucapan di wall fb menjelang 12:00 tgh malam ini. andainya ada yang tertinggal, aku mohon maaf.......akan ku cuba membalasnya walaupun telah melewati tarikh 20 sept.

akhir sekali, untuk kalian..................


TERIMA KASIH, THANK YOU
DOUMO ARIGATOU !!!

special present from pyan.....hehehe...love this!!


Jumpa lagi.....ja mata....


p/s
sayang ALLAH, sayang agama, sayang diri, sayang keluarga, sayang bangsa, sayang negara


Thursday, September 13, 2012

Aku dan Duniaku 212....x sangka...


salam untuk sume....

alhamdulillah, aku berjaya 'masuk' kat sini hari ni. sambil2 stroll blog2 informasi tadi, terpikir la pulak nak post citer kat sini. tu yang aku singgah ni.....

macam aku citer kat post 211, pasal tragedi 6/9 yang lalu, ari ni genap seminggu kecedaraan aku....hehehe...cedera la sangat.........alhamdulillah luka dan bengkak terkena tebing longkang dah beransur baik. tapi apa yang memeranjatkan aku ialah bengkak dan lebam timbul di tempat lain pulak. kat lutut, kat peha dan kat lengan.....ni sume aku x rasa dan x perasan masa mula2 kena dulu. dan yang buat aku terkejut ialah bengkak kak kaki kiri aku dan lebam warna hitam......dah tebal semacamm je aku rasa kaki aku ni, dah macam kaki orng mengandung. x sangka sungguh bengkak dan lebam tu akan turun. 

mungkin silap aku jugak, sebab ari isnin ari tu aku bergerak banyank sangat kat sekolah. ye la, aku ingat dah ok, sebab bengkak dan luka dah baik. rupanya keasan drp banyak sangat bergerak dan beri tekanan pada kaki yang masih belum sembuh sepenuhnya, menyebabkan bengkak dan lebam di dalam kulit / pada otot dalaman keluar. dan hari rabu, sekali lagi aku ke klinik dan dapat cuti. nasihat doktor supaya aku rehat dan releks kan kaki tu. jangan banyak bergerak. (tapi camne x banyak bergerak, aku kena bergerak ke kelas dan mengajar. kang mengajar sambil duduk, kena tegur......cikgu mana boleh mengajar sambil duduk, kan??)

ari ni aku ke sekolah jugak. doktor nak bagi ari ni pun cuti, tapi aku kata x yah sebab kalau cuti je, mesti banyak kerja yang terbengkalai. aku x nak kerja bertimbun2. so, aku kuatkan jugak ari ni, dengan kaki berbalut, aku ke sekolah. aku cuba bataskan pergerakan. 

tapi nak gelaknya, seorang pelajar puteri tegur tadi, 
"sensei, saya cakap jangan marah eh. sensei dah x vouge sebab pakai selipar nipis......x kena la sensei pakai baju kurung cantik, tapi pakai selipar......", terkedu gak aku.....hehehe...budak2 perempuan ni peka betul dengan penambilan cikgu2 dia.
"woii, dah kaki sensei camni, camna la nak pakai heels. kalau pakai jugak, itu dah x de otak namanyer. nak cari pasal, mananyer. logik2 la pulak nak vogue pun.....", aku jawab selamba. sudahnya satu kelas gelak.....

rasanya lama jugak la aku akan berselipar ni. nak tunggu baik betul2 baru boleh pakai heels. biar la x vogue, asal selesa......hahaha..

kesimpulannya,
apa yang berlaku pada diri kita, hanya kita yang tau. sakit ke suka ke duka ke, kita yang mengalaminya dan kita yang rasa. biar la orang nak kata apa pun, yang penting kita jaga diri............

jumpa lagi....ja mata...




ke sekolah dengan kaki berbalut ari ni




p/s...sayang ALLAH, sayang agama, sayang diri, sayang keluarga, sayang negara

Saturday, September 8, 2012

Aku dan Duniaku 211 - Tragedi 6 September.....peringatan untuk diri

salam untuk sume.....

cuba memenuhi janji untuk terus menulis dan bercerita kat sini. alhamdulillah ada kelapangan dan ada pulak citer yang nak dikongsi dengan guests. 

dalam hidup kita ni kadang2 kita x memikirkan apa yang akan berlaku kerana terlalu seronok dgn apa yang sedang kita lakukan. betul tak???? sebab tu kadang2 kita perlu dikejutkan oleh sesuatu supaya kita sedar yang kita perlu bersedia dengan apa yang bakal berlaku.....opppsss,...ape benda yang aku cakap ni???...hrmmmm....x pe la. nak paham2 la, x nak paham pun x pe....hehehe.... just nak mukadimahkan citer yang nak aku tulis ni.......hehehe

x pernah2 dalam hidup hampir setengah abad ni aku jatuh longkang, ari khamis 06/09 ari tu aku mencipta sejarah jadi orang pertama jatuh longkang di sekolah baru ni...... hahahaha.....selalu ingatkan budak2 supaya hati2 dengan longkang dikelling sekolah, cikgu la pulak yang lalai....

untuk makluman guests, longkang kat sekolah aku ni dalam dan lebar2. dah lah tu, x de penutup pulak (belum ditutup lagi). bila melangkah, kena berhati2 sebab saiznya adalah sebesar satu langkah orang dewasa. jadi untuk budak memang bahaya la......so, ari khamis ari tu, aku dah jadi mangsa.....

tapi, alhamdulillah insiden ni berlaku bila majlis dah selesai. oh ye, sebelum tu sekolah aku mengadakan sambutan hari raya ari tu. so, lepas majlis dalam pkl 3 aku pun bantu la cikgu2 lain mengemas peralatan majlis di sebelah kanan dewan. sekeliling dewan tu ada longkang. dalam berkemas2 tu aku bersambil jugak berborak dan bergelak2 dengan cg2 kat situ. masa tengah seronok bercerita sambil mengangkat kerusi untuk ntah macam mana masa aku melangkah longkang tu, tetiba je aku rasa kaki aku x mencecah tanah dan terjerumus ke dalam longkang. aku tergamam dan bediri dalam longkang tu. alhamdulillah tak terlentang atau terantuk kat mana2. 

lepas tu tetiba aku rasa sakit teramat sangat pada kaki kiri. dan bila aku tengok, pergelangan kaki aku dah membengkak macam telur ayam. x sangka betul cepat betul membengkak. lepas cg2 yang ada kat situ menarik aku keluar dan mendudukkan aku di tepi longkang tu, kaki ku dituam dengan ais. kakak pekerja kat situ membantu menuam sampai bengkak tu berkurangan. 

lepas tu aku rasa was2. takut2 tulang aku retak ke, patah ke. so aku ambil keputusan nak ke hospital dan x-ray. dengan bantuan sorang cg muda kat situ, aku dibawa ke kpj, kluang. selepas dix-ray, alhamdulillah x de yang patah. doktor suruh aku rehatkan kaki dan aku diberi mc 2 hari. so, jumaat dan sabtu aku betul berehat.

rupa2nya lepas 2 hari baru la aku rasa sakit2 pada tangan (yang menahan pada tebing longkang supaya aku x tumbang) dan bengkak pada bahagian lain mula kelihatan. tapi dengan ubat yang diberikan doktor, alhamdulillah semakin berkurangan. (ubat mesti habiskan sebab aku bayar rm180 untuk sume tu. 1st time bayar rawatan dan ubat mahal camtu...ye la namapun pg kpj, mesti la mahalkan, x-ray lagi......). so, 3 hari ni aku rehat di rumah.

sebenarnya, aku rasa insiden ini adalah peringatan yang Allah tunjukkan untuk aku bahawa balasan untuk terhadap perkara salah yang kita buat x semestinya di akhirat sahaja. Allah boleh berikan bila2 masa saje. dan itu aku alami hari khamis, 06/09 yang lalu. Juga aku rasakan Allah beri aku peluang untuk merehatkan diri dan lupakan seketika kerja dunia untuk bermuhasabah diri. alhamdulillah, aku yakin Allah merencanakan semua ini untuk kebaikan aku juga. alhamdulillah, apa saja yang berlaku itu ada hikmahnya yang Allah ingin berikan. dan aku mengucap kesyukuran kehadratMU YA ALLAH atas segala yang diberikan.......amin

oh ya, kepada semua guru dan kakak pekerja yang membantu aku ari tu, berbanyak2 terima kasih aku ucapkan. hanya ALLAH yang akan membalas budi kalian............

aku stop kat sini dulu.....insyaAllah kita jumpa di post lain.....


TRAGEDI 6 SEPT.....
masih mampu bergelak walaupun dalam kesakitan


cuba menahan kesakitan.............





sayang Allah, sayang agama, sayang diri, sayang keluarga dan sayang negara

Wednesday, September 5, 2012

Aku dan Duniaku 210......Cerita2 Yang Tertangguh......

salam untuk semua.....

tersangat la lama aku x bercerita kat sini. dah berkarat kot sawang yang berselirat ni....hehehe...banyak sebabnya aku meninggalkan dunia aku ni. tapi x yah la aku senarai kan, buat semak je.....oh ye!! aku nak mintak maaf kat guest yang singgah (oppsss.....ada ke guest yang singgah lagi kat sini... :(  , x pe la kalau x de pun....fufufu) sebab lama x bercerita kat sini. (punye la lama x skroll blog ni, sampai password pun aku terlupa.....hahaha...pada muka!!!)

sebenarnya teramatlah banyak cerita yg nak aku kongsi dengan guest tapi x pernah sempat nak menulis citer2 tu.  citer2 camne gembira dan seronoknya aku kat tempat baru, citer2 camne hari2 yang aku lalui kat sini sungguh happening, citer2 tentang anak2 pelajar ku yang lain drp yang lain, banyak lagi citer2 tertanggunh yang aku nak kongsi.....insyaAllah aku akan citer2 satu persatu nanti, di entri2 yang akan datang (harap2 masih ada yang sudi membacanyer nanti ye.....onegaishimasu!!)

sebenarnya entri yang ni pun aku rasa terpanggil untuk menulis bila salah sorang drp pelajar kat sek baru aku ni cakap, "sensei, update la blog. lama sangat sensei x citer2. sume citer dalam blog sensei tu saya dah baca. saya excited nak baca citer2 sensei seterusnya, " hrmmmm.....x sangka la pulak ada yang sampai camtu, tertunggu2 citer seterusnya......terima kasih la kat sape yang rasa camtu. aku hargai sungguh. dan aku minta maaf sebab selalunya menghampakan.

lepas tu aku mula terpikir nak menulis semula. mula pikir nak cari ruang waktu utk aku mengadap blog ni balik. mula pikir nak mengumpul cerita untuk dikongsi bersama guests. dan insyaAllah, lepas ni aku akan cuma untuk sering menulis di sini. x kira la citer pendek ke panjang. aku akan cuba.......

tapi seblm mula menulis semula, aku kena try la dulu layout compose yang baru ni....dah berubah rupa la pulak (tu la, punya la lama x menulis kat sini)...aku ni dah la lemah sikit bab2 IT ni.....hihihi....

sebagai entri pemulih semangat....hihihi...biar la pendek dulu....kira nak bagi salam la kat guests yang aku akan menulis semua, aku akan aktif semula...insyaAllah. terima kasih sekali lagi atas sokongan guests terhadap kewujudan blog aku ni......

sekian dulu......ja mata!!